" ZAF JOM TEMAN BELI SOUVENIRS. " Irdina menarik-narik lembut tangan lelaki itu. Bukan selalu dia dapat berdua-duaan dengan lelaki itu, ini saja peluangnya. " Ye jom, excited sangat kenapa ? " Dia hanya menghadiahkan lelaki itu senyuman lebarnya. Ligat tangannya mencari barang yang berpatutan untuk dia beli.
Matanya tiba tiba tertarik pada Zafril yang sedang membelek-belek gantungan kunci berbentuk gajah itu. " Nak beli untuk siapa tu ? " Tanyanya kepada lelaki itu. " Nak beli untuk family akulah, comel-comel je barang ni. " Senyuman kecil terukir saat mendengar jawapan ringkas lelaki itu. Family guy, very green flag.
" Nak beli untuk mama Lia sekali. " Senyumannya pudar.
" Ma– mama Lia ? Kenapa ? " Zafril menoleh ke arahnya dengan wajah pelik. Lelaki itu mengukir senyuman padanya sebelum kembali fokus pada barangan tersebut. " Kan memang aku selalu beli juga untuk mama Lia, mama dia kira macam mama aku juga. Kitaorangkan memang rapat dari dulu. " Lama dia terdiam. Apa hubungan mereka berdua sebenarnya ? Entah kenapa komen yang dibaca digambar yang dia muat naik semalam kembali menghantu fikirannya.
' Memang betul ke Zaf dengan Lia ? ' Detik hati kecilnya.
" Aku pergi bayar dulu, kau pun cepat sikit pilih. " Irdina mengangguk kecil. Macam tak ada peluang saja dia mahu mendapatkan lelaki itu. Nak cakap dia rapat dengan family Zafril ? Amalia lebih lebih lebih lebih lagi rapat dengan mereka. Boleh dikatakan Amalia itu dah jadi sebahagian dari family lelaki itu. Nak cakap lelaki itu selesa meluahkan apa pun padanya ? Amalia lebih tahu segalanya tentang lelaki itu.
Amalia lebih dahulu ada dihati lelaki itu. Keluhan berat dilepaskan. Kakinya lemah melangkah untuk membayar barang yang dipilihnya itu. " Eh, dah sudah ke ? Bayarlah, takut diaorang tunggu kita pula. " Matanya terpandang tangan lelaki itu yang cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Lama dia perhatikan tangan lelaki itu membuatkan Zafril tiba-tiba memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
" Bayar Dina. Termenung pula kau. " Irdina tersenyum kecil pada lelaki itu.
" Hah tu diaorang pun datang sini. " Dapat dia lihat dari mata lelaki itu, begitu bersinar saat melihat seseorang. Dia menoleh ke arah mana yang lelaki itu lihat. Amalia. Kecil hatinya berbisik. Selesai dia membayar, lelaki itu terus melangkah kaki ke arah rakan-rakan mereka itu meninggalkan dia dibelakang.
" Wey Lia, bagi ni dekat mama. Aku tengok dekat kedai sana tadi, cantik kalau mama pakai. " Dia hanya mampu melihat wajah teruja lelaki itu sewaktu menghulurkan bungkusan tersebut pada wanita itu. " Wah, thanks ! Mahal ke ? Nanti aku bayar dekat kau. " Ingin benar hatinya menangis disana tapi apakan daya. Lelaki itu pun bukan miliknya jadi lelaki itu bebas melakukan apa yang dia mahu.
" Tak payahlah, cakap dengan mama yang bakal menantu kesayangan dia belikan. " Lagi terguris hatinya mendengar kata-kata itu. Bakal menantu ? Aduh peluangnya memang betul-betul hancur ni. " Kau ni tak habis-habis Lia, mama Dina kau ada belikan ke ? Mama aku ? Mama Han ? " Kata-kata Ryan itu membuatkan dia mendongakkan kepala yang sedari tadi menunduk.
Zafril memandang Ryan dengan muka yang pelik. " Bukan selama ni kita pergi bercuti, aku memang selalu belikan mama Lia hadiah ke ? Kenapa tiba-tiba kau pun minta ni ? Jealous ke bro ? " Lelaki itu menolak-nolak perlahan bahu Ryan sambil tersenggih. Dia melihat ke arah Ryan dengan mata yang sayu. Dia tahu apa niat lelaki itu bertanya soalan sebegitu dan dia hanya mampu tersenyum kecil.
" Dahlah tu, jom balik hotel. Nak kemas barang lagi. " Ya pulang. Biar hatinya tidak semakin sakit.
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...