Dia memandang ke arah Zafril yang sedang berbual dengan seorang lelaki itu lalu menggeleng kecil. Matanya kembali fokus pada skrin telefon bimbitnya. Terkeluar tawanya bila memikirkan perkara yang dikatakan oleh Farhan itu, terlalu mengarut.
Telefonnya itu diletak ke tepi lalu dia terpandang powerbank yang sedang mengecas telefonnya itu. Apa powerbank dalam bahasa melayu ek ? Bank kuasa ? Ah whatever. Powerbank itu dia pilihkan untuk Zafril tahun lepas kerana lelaki itu memaksanya. Tak sangka pula lelaki itu masih gunakannya. Mahal kot powerbank tu. Kalau dialah, dia tak beli powerbank tu :p. " Kawan aku kata FOC. " Mendengar kata-kata lelaki itu membuatkan matanya membulat.
" FREE OF CHARGE ?! "
Amalia menjadi teruja sebentar sebelum dia kembali waras. " Eh, mana boleh. Aku kena bayar juga. " Dia cuba untuk mengeluarkan dompetnya dari beg tetapi segera dihalang oleh lelaki itu. " Kawan aku bulan ni untung besar, tu yang dia kata nak sedekah sikit. So dia kata FOC jeje untuk kau. " Hatinya memang mahu menerima terus tawaran itu tetapi otaknya cuba menolak. Melihat anggukan lelaki itu buatkan dia tersenyum kecil.
" Thank you..."
"...tapi aku nak bayar juga ! " Zafril mengeluh berat sebelum tertawa kecil. " Okay, apa kata kau bayar aku. Bayar aku dengan cara pergi dinner dengan aku. Biar aku yang mewakili kawan aku. " Cadangan lelaki itu terus dipersetujui olehnya. Dia tak suka berhutang dengan orang, hatinya jadi berat. Setakat belanja makan, tak jadi masalahkan ? " Kau laparkan ? Jom aku bawa pergi makan. "
Tak dapat dia nafikan, Zafrillah yang paling prihatin dengannya. Lelaki itu memang jarang melayan perempuan dan bila lelaki itu menjaganya, dia terasa dirinya istimewa. " Ane, order. " Selepas dapat duduk, lelaki itu terus memanggil pelayan yang berada disitu. Mereka hanya ke mamak yang berdekatan dengan bengkel itu, maklumlah nak jimat duit minyak. " Teh tarik satu, mee goreng satu. Kau nak apa ? " Zafril memandang ke arahnya sambil menantikan jawapan darinya.
" Sama macam kau jelah. "
" Hah ane, order tadi buat dua. " Mamak itu pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua disitu. " Uhm Zaf. Aku ada benda nak bagitahu ni tapi kau janji jangan bagitahu sesiapa ! " Lelaki itu hanya mengangguk kecil sambil menunggu bicara selanjutnya. " Sebenarnya..." Dia jadi berdebar tahu tak ? Entah kenapa dia jadi sebegitu. " Sebenarnya.."
" SEBENARNYA APA ? "
" Sebenarnya aku suka Ryan ! "
Keadaan disitu jadi senyap. Laju jantungnya berdegup, entah kenapa. " Ka..kau suka Ryan ? Ryan Ikmal tu ? " Perlahan dia menganggukkan kepalanya. Kan jadi malukan ehek. Amalia memandang ke arah Zafril dengan mata yang penuh dengan harapan. " Kaukan paling rapat dengan Ryan, tolonglah aku sikit-sikit. Bolehlah, aku belanja makan nanti. " Dia laju memeluk lengan berotot lelaki itu supaya dapat melembutkan hati keras lelaki itu.
" Yelah, yelah. " Lebar senyumannya mendengar jawapan itu. Dia tahu lelaki itu pasti akan membantunya. " Yeah ! I love you, Zaf ! "
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...