RIS6

10 3 0
                                    

Mereka berlima berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk mall itu. " So kita nak makan mana sekarang ni ? " Soalan Irdina itu membuatkan dia berfikir seketika. Dia kalau boleh nak makan ditempat yang dia dan Irdina perlu duduk berdua. Hm. Dimana ? Ada yang boleh cadangkan mana-mana tempat ? No ? Ceh, sombonglah korang ni.

Belum sempat dia berbicara, Amalia terlebih dahulu memulakan bicara membuatkan dia menjeling ke arah wanita itu. Sibuk je bila dia nak berbual dengan Irdina. " Aku rasa aku nak pergi beli buku dululah. " Elok juga kalau wanita itu pergi ke kedai buku. Kalau Amalia pergi, pasti Zafril juga pergi jadi dia akan tinggal bersama Farhan dan Irdina. Peluang keeemasan ni. " Bagus juga tu, aku pun nak be– " Belum sempat Irdina menghabiskan bicara, Zafril tiba-tiba menarik tangan wanita itu menjauhi dirinya. Dah apahal ni ? Jangan dibawa jauh-jauh wanita itu.

" Kalau semua pergi nanti penuhlah kedai yang kita nak makan tu. Kau ingat tak kau kata ada satu kedai baru buka yang sedap nak mampus seafood dia ? Lambatlah kita dapat makan kalau kita semua pergi kedai buku. " Wanita itu memang paling pantang kalau perut tidak dapat dipuaskan tepat waktunya. " Okay senang macam ni. Aku, Han dengan Dina pergi jaga meja and Ryan teman Lia pergi beli buku. Okay jom ! " Lelaki itu langsung tak memberi peluang sesiapa untuk bercakap dan terus langsung menarik lengan Farhan dan Irdina ke arah kedai makan yang mereka mahu pergi.

Dia hanya mampu memandang mereka bertiga dengan pasrahnya. Cis. " Dah tu, jomlah. Takkan aku nak dukung kau pula, tangan kau patah bukan kaki. "

Dia terlebih dahulu memulakan langkah. Lebih cepat sampai ke sana lebih cepat semuanya selesai dan lebih cepat dia dapat menghabiskan masa bersama Irdina. Selepas beberapa minit mereka berdiam diri, wanita itu yang terlebih dahulu memulakan perbualan. " Kau ni single memanjang, takda perempuan ke kau suka ? Jangan cakap kau suka lelaki sebab tu kau rapat dengan Zaf. " Mendengar kata-kata Amalia itu mengundangnya untuk tertawa besar.

" Kau jangan bongok sangat eh ! "

" Kalau aku suka lelaki pun, takdanya aku suka si bongok tu. " Semakin besar tawa mereka. Tapi takdalah dia suka lelaki, dia masih dijalan yang benar. Takkanlah dia suka Irdina kalau dia suka lelaki. " Tapi aku sebenarnya dah lama nak bagitahu kau satu benda ni. " Memandangkan mereka sedang berada ditopik cinta ni, lebih baik dia bertahu Amalia tentang perasaannya. Lagipun wanita itu yang paling rapat dengannya jadi wanita itu layak tahu.

" Apa ? " Dia memberhentikan langkahnya lalu memusingkan badan menghadap ke arah wanita itu sepenuhnya. Kedua-dua tangannya dibawa memegang bahu wanita itu sambil bibirnya mengukir senyuman lebar.

" Aku suka Dina ! "

Melihat senyuman lebar wanita itu buatkan dia semakin teruja. Lega hatinya bila tahu yang rakan baiknya menerima secara positif luahan hatinya itu. " I KNEW IT ! No wonder kau rapat and manja sangat dengan Dina. " Ryan tersenyum malu. Dia bukan nak menunjukkan kemanjaan tu tapi pernah dengar orang kata lelaki kalau cari gaduh dengan perempuan maknanya lelaki tu suka perempuan tu. Orang itu sangat betul.  " Obvious sangat ke ? Aku mulanya tak nak buat nampak ketara sangat aku suka dia tapi I can't help doh. "

" Tolong aku boleh ? " Dia memandang wanita itu dengan wajah penuh harapan. Wanita itulah harapannya. " Tolong apa ? " Soalan Amalia buatkan dia memegang erat tangan wanita itu lalu dia memulakan langkahnya. " Alah buatlah 'girl to girl' talk ke apa. Tanyalah dia suka lelaki macam mana ke apa, tolong eh ? " Tak salahkan dia minta bantuan rakannya untuk mendapatkan hati wanita idamannya ? Tak salahkan ?

" Boleh eh ? Yes ! That's why your my best friend. " Fuh~selesai satu hal.

MS : Untuk KitaWhere stories live. Discover now