" Zaf mana ? " Soalnya sebaik saja turun ke lobi hotel.
Soalannya itu membuatkan Ryan yang sedang mendengar musik itu mengangkat keningnya. " Katanya nak suruh Lia tangkapkan gambar dia. " Dia mengeluh berat. Lia Lia Lia. Kenapa lelaki itu tidak memperdulikannya ? Dia pun ada bakat untuk menangkap gambar, dia pun boleh tolong. Dia menghempas punggungnya di atas sofa itu.
" Alah kau ni, kan aku dah kata diaorang memang rapat gila namatey. Jangan risau sangatlah. " Lelaki itu cuba menenangkan hatinya. Macam mana dia mahu tenang kalau sudah jelas didepan mata yang lelaki itu langsung tidak menghiraukannya. Bermacam cara suda dia cuba untuk membuat lelaki itu menyukainya.
" Aiya jangan sidih-sidihlah. Sudah tak cantikkan sekarang ? " Muncung bibirnya mendengar kata-kata Ryan. Dia sedih ke dia happy ke dia tetap cantik ! Jangan pertikaikan kecantikannya. " Ni, aku ada lagu best. Dengar guna earphone aku ni. "
Ryan memasang earphone itu dikedua-dua belah telinganya supaya dia boleh mendengar lagu yang sedari tadi lelaki itu dengar. " Lagu apa ni ? Bestlah. " Irdina tersenyum lebar. Tetapi dia pelik kenapa lelaki itu memandangnya sambil tersenyum. Pelik. Ujar hatinya kecil. Dia mengabaikan perasaan itu dan menutup mata untuk menghayati lagu itu lebih dalam.
" I wish you liked me like I like you. "
Dug.
Jantungnya hampir terhenti. Perlahan bicara lelaki itu tapi masih dapat dia dengar walaupun lagu yang didengarinya itu cukup kuat. Dia tak salah dengarkan ? Lelaki itu suka padanya ? Dia cuba kekal tenang dan terus tidak membuka mata. " Wey Ryan. " Kehadiran Zafril, Amalia dan Farhan disitu menyelamatkannya.
Segera dia membuka earphone itu dan menghulurkan pada Ryan semula. Langkah kakinya terus diatur ke arah Zafril sedangkan otaknya masih cuba memproses apa yang dikatakan oleh Ryan tadi. " Zaf jom teman aku tangkap gambar juga ! " Tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu, Irdina menarik lelaki itu ke suatu arah.
Cubaan melarikan diri dari Ryan.
Dia sangat pasti lelaki itu tidak mahu dia mendengarkan ucapannya itu. Sebab itu suara lagu yang dia dengar tadi tiba-tiba semakin kuat. " Tangkap dekat sini cantik. " Dia berhenti disuatu sudut yang lelaki itu arahkan. Indahnya masa-masa berdua begini. Andai dia boleh ucapkan apa yang dia rasa pada lelaki itu. Andai lelaki itu kembali sayang padanya.
" Lamanya senyum, aku dah sudah ambil gambar kau. " Angannya terhenti. Irdina menyenggih melihat lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala. Dia melihat-lihat gambar yang diambil oleh lelaki itu sambil tersenyum. Cantik. Lebih indah jika lelaki itu berada disebelahnya di dalam gambar itu.
" Dina. "
Suara lelaki itu memanggilnya membuatkan dia berhenti melihat gambar tersebut lalu mendongakkan kepala. Kening diangkat menanyakan kenapa. " Kau suka aku ke ? " Laju senyumannya pudar. Oh shit. Ryan ke yang bagitahu ni ? Shit shit shit. " M- mestilah aku suka kau, kau kan kawan aku. " Cuba dia tutup rasa takutnya dengan ketawa kecil.
" Bukan as kawan, as a man. Kau suka aku dengan perasaankan ? " Lembut suara lelaki itu membuatkan dia semakin takut.
" Ke-kenapa kau tanya ? Fans aku ada kacau kau cakap apa-apa ke ? " Masih cuba dia bersikap tenang dengan soalan tiba-tiba lelaki itu. Getar ni weyyy. " Takda tapi dari gerak-geri kau, cara kau. Aku tahu kau suka aku kan ? " Bibirnya terasa kering, tekaknya ibarat disekat oleh sesuatu.
" Maksud kau ? " Soal Irdina.
Zafril yang sedari tadi memandang ke hadapan tiba-tiba menoleh ke arahnya. " Lain cara kau layan Ryan dengan Han, lain cara kau layan aku. Tak perlu ada orang bagitahu pun aku boleh tahu yang kau ada perasaan dekat aku. Kan ? Aku tahu perangai kau dengan Ryan macam mana tapi kau tak sama bila dengan aku. Kau macam tahan perangai sebenar kau tu bila dengan aku. "
Dia terdiam. Suasana hening disekeliling mereka. " Ya aku suka kau ! " Zafril tersenyum kecil. Entah apa yang lelaki itu makan sehingga dia boleh setenang itu selepas Irdina meluahkan perasaan padanya.
" Dina.. "
ANDA SEDANG MEMBACA
MS : Untuk Kita
Historia Corta❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...
