Jam ditelefon menunjukkan sudah jam 2 pagi tetapi matanya masih sibuk melihat akaun Instagram seseorang. Ya, akaun Zafril.
Separuh dari gambar yang dimuatnaik adalah gambar bersama Amalia. Bahkan ada 'highlight' yang dilabel sebagai 🐻❄️ yang dipenuhi gambar Amalia. Satu persatu gambar tersebut ditekan, satu persatu juga hatinya berkecai.
Liked by liasarah and other
zafrilaiman_ the one that my soul loves 🥷🏻
view 7658 comments
zafliafans mana nak beli lelaki macam Zaf ni huaaaaaaa
| ratufarahdiva tolong letak beg kuning, nak beli satu
unaquin._ untungnya jadi cantik :(
drpendektinggi nak jadi tinggi atau pendek ? boleh dm kami.
theunknown89 couple ke diaorang ni ? kalau tak, nak try Lia
| farisgt berangan jelah bro, kita mana selevel dengan dia
| radinop real, no cap.
liasarah yang buruk juga dipostnya
| zafrilaiman_ kan cantik je tu, manada buruk ❤️Itulah orang tua-tua cakap jangan main telefon sebelum tidur, mahu menyesal pun tak guna. Dia yang mahu melihat akaun lelaki itu. Sungguh patah hati terbesarnya. Selama ini dia tak mahu mengendahkan apa-apa yang dimuatnaik oleh lelaki itu. Dia bahkan tidak menyesyaki yang lelaki itu ada perasaan pada Amalia.
Setelah segala yang diluahkan oleh lelaki itu, baru terbuka matanya. Emoji 🐻🐻❄️ yang digunakan mereka berdua pun seperti pasangan bercinta. Seperti tukang parking selalu cakap–
MUNDUR BANG MUNDUR !
Otak kata mundur, hati kata cuba sikit lagi. Perlahan dia usap dada memujuk cik hati. " Macam mana nak buat kalau dia dah ada pilihan hati sendiri, kita tak boleh paksa dia berubah hati. " Andai saja dia boleh menggunakan ilmu hitam. Segera dia menghapus pemikiran itu dari otaknya.
Jangan disebabkan hatinya terluka, dia sanggup menyakiti rakan-rakannya. Jangan sesekali ! Irdina mencampak telefon itu disebelahnya. Lama-lama dia melihat akaun lelaki tersebut, semakin lama dia terasa sakit. Tiada guna dia menangis pun. Tangisannya tak mampu membuatkan Zafril berpaling arah.
" Let's move on ! Yes, we can do this cik hati. WE CAN ! "
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Kısa Hikaye❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...