" Baby Zaf ! "
Zafril menghela nafas berat sebelum menoleh ke arah suara itu. Maisarah berjalan ke arahnya dengan wajah ceria yang membuatkan dia meluat. " Can you stop calling me that ? " Cegahnya. Meremang bulu kakinya mendengar panggilan itu. Jijik. " Kau nak apa ? Cepat cakap, cepat aku boleh blah. "
Sudah hampir 10 minit dia menunggu wanita itu. Maisarah mengajaknya berjumpa disebuah kafe yang dia tidak tahu pun wujud dan sangat sepi. Kopi yang dihidangkan pun agak hambar.
Wanita itu berkerut kecil. " Wow, chill. Apa yang nak cepat-cepat sangat ni ? " Dia hanya mencuba untuk tidak memaki wanita itu kerana dia masih ada kewarasannya. " Look Zaf, I miss you. I miss us. " Wanita itu cuba memegang tangannya tapi segera dia mengelak membuatkan wanita itu mendengus marah.
" We're over Mai, we're not even serious pun. Tu semua cinta monyet, kita budak sekolah lagi time tu. Aku dah move on lama dah. " Tegasnya. Dapat dia lihat wajah wanita itu merona merah menahan amarahnya. " We're not done ! I love you and I know you still love me ! Perempuan sundal tu just tempat kau lepaskan bosankan ?! "
Kata-kata wanita itu berjaya membuatkan dia hampir menampar wajah Maisarah tetapi ditahan. Kuat dia mengempal penumbuknya bagi menghalang dirinya dari menjadi lelaki dayus. " Don't you ever call her that again ! Sedar sikit diri tu, aku taknak kau pun. " Naik turun dadanya kerana menahan amarahnya.
" Apa yang kau nampak dekat sundal tu ?! Takda apa pun dekat dia, kita ni yang cinta satu sama lain. " Zafril mengetap kuat giginya.
" I– "
" What the fuck did you say about me ? " Amalia yang tiba-tiba muncul disitu membuatkan wajah Maisarah berubah. Dapat dia lihat teman wanitanya itu sedang menahan emosinya.
" Sayang just hide here. You dengar nanti apa yang perempuan tu cakap. I'm sure you'll be shock. "
" L– Lia, kau buat apa dekat sini ? " Gagap bicara wanita itu.
" I heard everything, tak payah kau pura-pura innocent. " Semakin dekat wanita itu berjalan menuju ke arah mereka. Dia hanya mampu menyembunyikan senyumannya kerana rancangnya untuk membongkar identiti sebenar Maisarah berjaya.
" Fuck you, he's supposed to be mine ! Kau tak layak dapat dia ! "
Maisarah tiba-tiba mencekik leher Amalia membuatkan dia terkejut. Segera dia menolak kuat wanita itu supaya teman wanitanya terlepas dari cekikan itu. Agak susah untuk dia lepaskan cekikan itu kerana wanita itu meletakkan seluruh tenaga pada serangan itu. Pekerja dikafe itu hanya mampu melihat dalam ketakutan kerana mereka semua wanita.
" Just fucking die ! "
Dia akhirnya dapat melepaskan cekikan itu dan membuatkan wanita itu jatuh ke lantai. Amalia mencuba untuk mengatur nafasnya kerana cukup lama wanita itu dicekik. Cuak dia melihat perkara itu berlaku. " You crazy bitch ! " Dia berdiri dihadapan teman wanitanya bagi mengelakkan wanita gila itu menyerangnya lagi.
" Sayang, trust me. She's not a good one, she's a psycho. "
Wanita itu membuat wajah tidak percaya. Dia hanya mampu mengeluh, dia tahu wanita itu tidak bakal percaya dirinya. " Sayang, she's my ex from highschool and mama tak suka dia langsung pun. And i believe that mama tak invite dia pun, dia yang stalker sampai tahu family I picnic dekat sini. If you don't believe me about that, ask mama nanti. "
Amalia masih memikirkan apa yang dia bicarakan. " Dia takkan muncul tanpa sebab sayang, dia mesti ada agenda sendiri. Trust me dia tahu kita together and dia pura-pura je. She's sick sayang, please trust me. She'll do anything to hurt you. "
" Are you okay sayang ? "
Dapat dia lihat leher wanita itu memerah, kuat dia dicekik. " Take a deep breath sayang. " Dia tahu wanita itu hampir kehabisan nafas, jika dia terlambat mungkin wanita itu tidak lagi bernyawa. Dia sudah meletakkan kamera tersembunyi bagi merakam segala yang berlaku.
Dia jangka akan ada sesuatu yang berlaku tetapi dia tak jangkakan yang itu akan berlaku. " Don't you dare touch my girlfriend ever again, you fucking psycho. "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...