" Nah, air teh ais. "
Air yang dihulurkan oleh Zafril itu disambut dengan lemahnya lalu dia kembali memandang ke arah depan semula. Melihat pemandangan indah didepan matanya itu membuatkan hatinya tenang. " Zaf.. " Amalia berhenti seketika sambil memikirkan sama ada dia perlu tanya lelaki itu soalan yang sentiasa bermain difikirannya itu ataupun tidak. Lelaki itu hanya menunggu bicara dengan sabar. Zafril tak pernah memaksanya untuk berbicara, lelaki itu akan membiarkannya berbicara atas kerelaannya sendiri.
" Aku ada nampak satu soalan ni dekat instagram. Dia kata kalau kau tahu orang yang kau suka tu suka orang lain, kau akan lepaskan orang tu tak ? "
Amalia memandang ke arah lelaki itu sambil menantikan jawapan dari lelaki itu. Lama lelaki itu berdiam diri sebelum memusingkan badan menghadap dirinya. " I will. " Dia memandang lelaki itu dengan muka yang agak terkejut. Dia sangkakan lelaki itu ialah orang yang susah nak berputus asa dan sentiasa akan berusaha bermati-matian untuk suatu benda yang lelaki itu suka. Dia tak jangkakan jawapan itu.
" Why ? Bukankah kalau kita sayang seseorang, kita kena berusaha dapatkan dia ? "
Zafril tersenyum kecil sebelum kembali menatap matanya. " Listen, Lia. We CAN love anyone but we CAN'T force anyone to love us back. Kalau orang tu dah tak suka kita, kita tak boleh paksa dia nak suka kita. Sometimes the right way to love is to leave. " Mendengar jawapan lelaki itu membuatkan dia mengalihkan pandangannya memandang pemandangan dihadapannya. Kesimpulan akhir dari kisahnya, dia perlu buang jauh-jauh rasa suka pada Ryan supaya Ryan bahagia dengan Irdina. Wow.
" Orang kata setiap kisah cinta akan dapat pengakhiran yang gembira. Then where's my happy ending ? " Mana pengakhiran bahagianya itu ? Mana ? Dia tak lihat pun sinar harapan untuk kisah cintanya itu. " Relaxlah sahabat, there's plenty of sea in the fish. " Lelaki itu meletakkan tangan dibahunya sambil tersenyum lebar. Dia memandang ke arah lelaki itu sebelum mengetuk lembut kepala lelaki itu. " There's plenty of FISH in the SEA bongok. " Lelaki itu tertawa kecil sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya.
" Selfie ? "
Dia mengangguk kecil. Beberapa keping gambar diambil sebelum lelaki itu membuka aplikasi Instagram untuk memuat naik gambar itu. " Post yang aku nampak cantik eh ! Jangan yang buruk-buruk. " Lelaki itu memandangnya dengan senyuman yang penuh makna membuatkan dia ragu-ragu. Lelaki itu memang paling gemar serta gembira memuat naik gambar buruknya. " Kena tengok sendirilah kalau nak pastikan. "
Liked by cokicoki and others
zafrilaiman_ sad gurl gituw @liasarah
view all 546 comments
fasyalin aku perhati je budak dua orang ni, couple ke apa ?
inazin awek ke Zaf ?
raflyn.official MOHON HORMAT ORANG SINGLE ! ಥ‿ಥ
|emmawatson tulah...:(
zaffans should I change my username to zafliafans ? ♡
|mybabyisyou OMG YES !
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...