" Good morning everyone ! "
Irdina melangkah masuk ke dalam kelas itu dengan senyuman yang cukup lebar. Setelah dua bulan berlalu, akhirnya mereka kembali kepada rutin mereka sebagai pelajar universiti. Selama dua bulan itu jugalah dia cuba menghapuskan perasaannya pada Zafril.
" Good morning sugar. " Amalia menyapanya dengan pelukan hangat. Ah dia merindukan pelukan itu. Sepanjang mereka bercuti, jarang mereka dapat berjumpa kerana masing-masing sibuk. Jadi hanya berkomunikasi dari telefon bimbit sahaja. " Mana yang lain ? " Soalnya.
Maksudnya dari yang lain itu adalah Zafril, Ryan dan Farhan. " Biasalah, macam tak biasa pula jantan-jantan tu lambat. " Dia hanya mengangguk kecil lalu melabuhkan punggung disebelahnya Amalia. Belum sempat dia bersuara tiba-tiba wanita itu memotongnya.
" So, what's up ? " Dahinya berkerut.
" What's up ? " Soalan itu kembali diulang.
" Come on sugar, I can sense something happened to you. Tapi aku taknak tanya dalam phone so aku tanya depan-depan. So what ? " Irdina terdiam seketika. Mahu dia katakan yang benar, dia rasa tak sedap. Mahu menipu pun tidak dia suka. Otaknya ligat memikirkan apa yang perlu dikatakan.
" So sepanjang dua bulan ni.. "
" Dina jom pergi mall. "
" Dina pantai jom. "
" Din, genting genting. "
" Din, Din, Din. "
Lelaki itu memaksanya ke mana-mana. Siapa ? Ya, Ryan. Sepanjang masa cutinya langsung dia tidak dapat berehat dek kerana dipaksa oleh lelaki itu. " Chill Dina, bukan selalu kita macam ni. Kalau kau dekat rumah pun, kau nangis-nangis je. So better keluar macam ni. "
Irdina tersenyum kecil. Ada betulnya yang dikatakan oleh lelaki itu. Dirumah dia hanya akan menatap dinding dan bersedih. Pemandangan pantai itu ditatap lama. Tenang angin yang menampar lembut pipinya dan suara kanak-kanak yang seronok bermain dengan air membuatkan dia lebih gembira.
Kepalanya ditoleh ke arah lelaki itu. " Ryan, apa jadi kalau one day aku ajak kau lari dari sini and hilang dari semua orang ? Kau nak ? " Lelaki itu menatap ke arahnya dengan pandangan kosong sebelum tertawa kecil. Berkerut dahinya melihat reaksi lelaki disebelahnya itu.
" You're so cute. Sempat lelaki itu memujinya.
" Of course I will run away with you. Kau tak ajak pun aku nak. Aku culik je kau ni bukan susah sangat, bagi gula-gula jalan je. " Kuat dia mencubit lengan lelaki itu sehingga lelaki itu menyerah. Dia serius boleh pula lelaki itu bergurau senda.
" But I'm serious, I want to. Even dalam hutan ke dalam gua ke, as long as I'm with you, I'm okay with it. "
Senyuman kecil dihadiahkan kepadanya. Dapat dia rasakan keihklasan dalam senyuman lelaki itu. Selepas menghabiskan banyak masa bersama, baru dia nampak sisi lain dari lelaki itu. Dulu dia hanya lihat sisi buaya, jahat, kurang beradab lelaki itu tetapi sekarang dapat dia lihat sisi yang lelaki itu sembunyikan. Lembut, perhatian, sopan.
" Ryan.. " Dia membuka bicara selepas lama mereka berdiam diri. " Will you be my boyfriend ? "
" AHHHHHHHHHHHH !!! "
Jeritan Amalia itu membuatkan ceritanya terhenti. Dapat dia rasakan wajahnya merona sepanjang dia bercerit itu. " OH MY GOD, KAU YANG AJAK DIA COUP– " Sebelum sempat wanita itu menghabiskan bicaranya, dia segera menutup mulutnya. Dia hanya tersenggih pada rakan sekelas mereka yang memandang ke arah mereka berdua. " Don't say it out loud. Nak bagitahu satu universiti ke ?! "
" Sugar, trust me. Satu universiti akan tahu. Your fans are better than any detective. " Dia menggigit bibir bawahnya. Benar juga kata rakannya itu. " So what's the end of the story ? Dia accept ke reject ? No way lah dia reject kan ? " Irdina tersenyum kecil.
" Wh– what ? Ulang balik apa kau cakap. " Ryan yang sedari tadi menghadap ke arah laut kini 100% menghadap ke arahnya. Disuruh ulang pula, wajahnya dah merona merah. " Will you be my boyfriend ? " Mahu tak mahu harus dia ulang kata-katanya tadi.
" No..No no no. " Membulat matanya mendengar jawapan lelaki itu. Dia ditolak ? Belum sempat dia mencerna jawapan lelaki itu, tiba-tiba lelaki itu menyuruhnya berdiri. Dengan rasa bingung, dia berdiri menghadap lelaki itu.
" Nur Irdina Alya– "
Lelaki itu tiba-tiba melutut dengan satu kaki seperti orang mahu melamar membuatkan dia panik. " Would you be the love of my life ? " Satu cincin dikeluarkan dari poket lelaki itu membuatkan dia semakin terharu. Entah dari bila lelaki itu menyimpan cincin tersebut, tapi dia terharu.
" I would ! "
" Oh my, dia boleh selembut itu ? I could never imagine. " Kata-kata Amalia membuatkan dia tertawa kecil. Dia pun tak pernah menyangka lelaki itu ada sisi lainnya. Kalau dia ceritakan itu pada orang lain, mungkin mereka akan katakan yang itu bukan Ryan yang sebenar.
" I'm happy for you, sugar. "
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Conto❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...