" Wey pinjam pen Dina, pen aku habis inklah. "
Ryan memandang ke arah Irdina sambil menantikan tindakan wanita itu. Bukan dakwat pennya yang dah habis, dia sengaja je nak pinjam pen wanita itu. Bukannya Irdina yang menghulurkan pennya malah Amalia yang memberinya pinjam pen. " Nah, guna pen aku. " Huluran wanita itu ditolak perlahan sambil kepalanya menggeleng laju.
" Aku nak pinjam Dina punya pen, bukan kaulah pendek. " Tak bolehkah wanita itu beri dia peluang mencipta sweet moment dengan Irdina ni ? Ada saja mahu menghancurkan peluangnya.
" Nahlah, kecoh betul. " Wanita itu menghulurkan pen padanya lalu disambut mesra oleh dirinya. Walaupun wanita itu memberinya dengan keadaan yang tak ikhlas, dia tetap gembira. Siapa je tak gembira dapat bermesra dengan orang yang dia suka ? Cakap !
" Biar akulah pinjam pen kau Lia, pen aku tertinggal dekat tandaslah. " Pen yang sedari tadi berada ditangan Amalia diambil oleh Farhan tetapi wanita itu hanya membiarkan sahaja tindakan lelaki itu. Biasanya wanita itu akan marah sesiapa yang sentuh barangnya tapi kenapa tidak hari ini ? Dia semakin curiga dengan sikap wanita itu.
Sedang dia berfikir dengan keras tentang kenapa sikap wanita itu menjadi sebegitu rupa, Farhan tiba-tiba bersuara. " Haus tak ? Aku haus. Ryan dengan Dina pergi beli air. " Lupakan hal Amalia. Jika dia dapat peluang berduaan dengan Irdina, dia tak akan lepaskan. Bukan senang dia dapat berjalan berdua dengan wanita itu kerana kebiasaannya wanita itu berjalan bersama Zafril. Naik cemburu dia lihat dua orang itu.
" Apahal aku pula ?! " Sementara Irdina merungut-rungut, Ryan menarik lembut tangan wanita itu ke arah kantin fakulti mereka dengan gembiranya.
Walaupun wanita itu suka makan tetapi bila masa wanita itu sedang belajar, wanita itu aka tidak memperdulikan apa-apa pun termasuk makan. " Kau nak air apa ? " Wanita itu tidak melihat ke arahnya tetapi hanya fokus pada skrin telefon sahaja membuatkan dia rasa marah. " Air apa-apa jelah. Kau orderlah, aku tunggu dekat meja tu. " Wanita itu pergi meninggalkan lalu duduk dimeja berdekatan kaunter itu. Melihat wanita itu tersenyum semasa bermain telefon itu membuatkan dia tahu wanita itu sedang memesej seseorang.
" Sirap limau dua, teh ais dua. "
Dia berdiri disitu sambil menantikan air yang dia pesan dan matanya masih melihat ke arah Irdina yang terlihat gembira itu. " Ikmal ! " Makcik itu menjerit namanya membuatkan dia terkejut lalu menghadapkan badan ke arah makcik itu. " Makcik panggil Ikmal banyak kali, Ikmal tak dengar pun. Ni air dah siap. " Hah okay, ni duitnya. Terima kasih. '' Dia cuba mengangkat keempat-empat air itu sendiri tetapi tiba-tiba makcik itu memegang tangannya.
" Ikmal suka Dina ke ? "
Kata-kata makcik itu membuatkan tangannya menggigil. Makcik itu memang rapat sangat dengan mereka berlima, dari tahun pertama mereka disitu lagi. Tapi dia tak sangka makcik itu akan bertanya soalan sebegitu rupa pada dirinya. " Betullah ni Ikmal suka Dina ? " Makcik itu menepuk-nepuk perlahan bahunya sambil tersenyum kecil. Dia jadi seratus peratus terkaku kerana dia sangat terkejut. " Ikmal tak nak bagitahu dia ke ? Bagilah tahu, nanti diambil orang pula. "
" Eh makcik, Ikmal pergi dululah. Assalamualaikum. Dina tolong aku angkat air ni ! "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...