AQA8

17 4 0
                                    

" Damn- you're here. "

Dia yang sedang berdiri diluar lapangan terbang itu memeluk tubunnya sendiri sambil menggelengkan kepala melihat betapa penatnya lelaki itu. " Kau tak payah nak acah macam kau berusaha sangat tak nak lambat. Aku nampak mama kau hantar kau naik kereta tu, bukan kau jalan kaki. " Lelaki itu tersenggih melihat dirinya. Perlahan-lahan lelaki itu menegakkan badan dan berhenti berlakon. " You know me very well. Dahlah jom. " Lelaki itu menarik cepat tangannya dan berjalan masuk ke dalam kawasan lapangan terbang itu.

Sepanjang perjalanan mereka menuju ke arah rakan-rakan mereka, tiada sebarang perbualan yang wujud. Dia diam, lelaki itu pun diam. " Kenapa diam ? Sorrylah buat kau tunggu lama. Lagipun flight kita sejam lagi. " Lelaki itu masih tidak berhenti berjalan tetapi selepas tidak mendengar jawapan darinya, lelaki itu berhenti lalu menghadap ke arahnya. " Kau marah aku ke Lia ? " Nada serius lelaki itu membuatkan dia menelan air liurnya. Dah kenapa tiba-tiba ni ?

" Ta..taklah. Aku hauslah tunggu kau lama-lama, nak berdebat dengan kau kena guna banyak air liur. Tu yang aku diam. "

Tindakan lelaki itu menepuk lembut kepalanya membuatkan Amalia terdiam. Kenapa lelaki itu seperti memberinya harapan ?! Dia bencikan layanan yang sepert itu. " Good girl. Kau pun tahu aku tak boleh gaduh dengan kau, nanti rindu. " Shit. Hatinya cair. Lelaki itu beritahu dia yang lelaki itu sukakan Irdina jadi bukankah lelaki itu perlu berhenti melayannya seperti itu ? " Ak- " Belum sempat dia bersuara, kehadiran Irdina disitu membuatkan Ryan automatik menjarakkan diri mereka.

" Sampai pun kau Ryan, lama orang tunggu kau. Lia, jom tangkap gambar. " Amalia mengangguk kecil. Wanita itu menarik tangan Ryan dan tangannya ke arah luar lapangan terbang itu. Hari ini kenapa dia asyik ditarik ? Dia ni anjing ke apa ? " Ryan, kau tangkapkan gambar kitaorang. " Seperti lembu dicucuk hidung, Ryan hanya mengikut arahan Irdina itu. Dia yang melihat itu cuma kekal tenang, tenanglah sangat. " Okay, one two three pose ! Pose ! Pose ! Okay dah. "

Lelaki itu mengembalikan telefon bimbit itu pada Irdina yang sedang membuat muka tak puas hati. " Ambil gambar pun tak ikhlas. Zaf jelah yang paling ikhlas tangkap gambar. " Wanita itu menjelirkan lidah pada lelaki itu sementara dia hanya berdiam diri disitu. " Gambar tu hantarlah dekat aku, aku nak post. " Irdina mengangguk. Mereka bertiga berjalan masuk kembali ke dalam lapangan terbang itu untuk ke teman rakan mereka yang lain berada.

" Done. " Dia tersenyum melihat gambar yang dihantar itu. Macam mana dia boleh benci wanita itu sedangkan wanita itulah teman baiknya.

 Macam mana dia boleh benci wanita itu sedangkan wanita itulah teman baiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liked by syarifaman and others

liasarah cool kids need some rest too bro @diiina
view all 8657 comments
cutetakkakton bestnya dapat cuti dengan kawan-kawan :(
farahsha cuti mana babe ?
rafiena BEAUTIFULNYA BOTH OF YOU ╥﹏╥
emmawatson tips jadi cantik sis ?
zafliafans masyaAllah cantiknya girlfriend Zaf ni ♡

MS : Untuk KitaWhere stories live. Discover now