Memandangkan hari sudah menjelang petang, mereka bercadang untuk ke Lumpini Park. Tempat itu dikenali dikalangan orang-orang yang mahukan ketenangan dan ada juga pasangan yang datang ke situ untuk menghabiskan masa bersama. Mereka mahu melihat matahari terbenam sebelum balik ke hotel untuk mandi dan solat. " Aku cari tandas sekejap. " Farhan terus berlari ke arah mana pun dia tak tahu. " Zaf, jom tolong aku tangkap gambar dekat sana. " Irdina pula segera menarik lengan Zafril dan meninggalkan mereka berdua duduk dibangku itu.
" Aku ikut Di– "
Belum sempat Ryan berdiri, dia terlebih dahulu menahan lengan lelaki itu. " Sekejap lagi diaorang datang balik sini, bukan jauh pun dia pergi. " Memang wanita itu hanya ada berdekatan mereka, apa yang perlu dirisaukan oleh Ryan ? Lelaki itu kembali duduk disebelahnya tetapi mata lelaki itu tetap memandang Irdina. " Ryan.." Jelas terlihat lelaki itu resah melihat kemesraan Zafril dan Irdina. " Ryan, kawan aku ada suka someone ni tapi lelaki tu bagitahu dia yang lelaki tu suka orang lain. Kau rasa dia patut luahkan perasaan dekat lelaki tu ke dia patut lepaskan ? "
Dia tak boleh bertahu yang 'kawan' yang dia sebut itu sebenarnya dirinya. " Lepaskan. " Menggigil bola matanya mendengar jawapan lelaki itu. " Cakap dengan dia, jangan jadi bodoh perjuangkan benda yang mustahil. " Dia boleh rasakan matanya panas. Dia boleh mengalirkan air matanya bila-bila masa sahaja. Betullah tu. Jangan jadi bodoh dia kata Lia, so jangan jadi bodoh dan lepaskan je dia. Amalia mengalihkan pandangannya ke arah lain untuk mengesat air matanya dan pada masa yang sama Farhan berjalan ke arahnya.
Sudah pasti lelaki itu lihat tangisannya. " Eh aku nak duduk sebelah Ryanlah. " Lelaki itu duduk ditengah-tengah antara dia dan Ryan membuatkan Ryan mendengus marah. " Sempitlah Han ! " Dua orang lelaki itu bergaduh hanya kerana tempat duduk. Dia tahu Farhan sengaja buat begitu supaya dia boleh mengesat air matanya sementara tiada yang lihat. Tapi masalahnya air matanya tak mahu berhenti. Tangannya menyentuh lengan Farhan tanda dia perlukan bantuan.
" Hah apa Lia ? Kau nak aku tangkapkan gambar untuk kau dekat hujung sana ? Okay jom. " Tangannya dipimpin oleh lelaki itu dengan cerianya menjauhi bangku yang sedang Ryan duduk. " Menangislah sementara takda yang tengok. " Langkah kaki mereka masih diteruskan begitu juga dengan air matanya. Mengalir seperti air terjun. Satu lagi tangannya yang bebas itu dibawa ke muka untuk menutup muka hodohnya. " So what's your final decision ? " Mereka akhirnya berhenti dan lelaki itu perlahan-lahan menghadap ke arahnya.
" I gave up. "
Farhan memegang dagunya lalu diangkat supaya dia melihat wajah lelaki itu. Perlahan-lahan tangan lelaki itu menghapus air matanya yang mengalir dipipi. " You did a great job. " Senyuman lelaki itu membuatkan dia cuba untuk mengukir juga tetapi air matanya tetap mengalir. Segera dia masuk ke dalam dakapan lelaki itu sambil cuba menghentikan esakkannya. " Nangislah sepuas kau. "
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...