Amalia mengeluh kecil apabila tiba-tiba skrin telefonnya menjadi gelap menandakan telefonnya sudah habis bateri. Dia melihat tangannya yang baru dibalut itu membuatkan dia mengeluh berat. Pada mulanya dia tak mahu beritahu tentang kemalangannya itu pada rakan-rakannya tapi dia perlu beritahu. " Lia ! " Pintu ruang unit kesihatan yang tiba-tiba dibuka dengan keras itu membuatkan dia terkejut. Dia bukannya dah nazak sangat, rasanya boleh buka pintu tu elok-elok kot.
" Macam mana boleh jadi macam ni Lia ? Kau patah tangan ke ni ?! Tell me Lia ! " Zafril memegang perlahan tangannya yang dibalut itu membuatkan dia terdiam seketika. " Zaf.. " Lelaki itu mendongakkan kepala memandangnya sambil menantikan bicaranya. " Ryan mana ? " Keadaan disitu jadi senyap, terlalu senyap hingga dia boleh dengar bunyi nyamuk yang berterbangan. Mata mereka menatap antara satu sama lain tanp ada sebarang bicara yang keluar.
" I mean yang lain mana ? "
Lelaki itu perlahan-lahan melepaskan tangannya itu lalu menjauhkan sedikit diri dari Amalia. " Diaorang o– " Belum sempat lelaki itu menghabiskan bicaranya, pintu ruangan itu sekali lagi dibuka dengan keras. " ROSAK WOI PINTU AKU TU ! " Doktor yang sedari tadi duduk disitu akhirnya bersuara. Kalau sekali je pintu itu dibuka dengan kasar takpa, ni dah dua kali. " Sorry doktor. Lia, kau okay tak ? " Kehadiran Ryan dan rakan-rakannya yang lain disitu membuatkan senyumannya semakin lebar. Keprihatinan lelaki itu yang dia perlu sekarang.
" Ada kereta langgar motor kau ke apa ? Aku dah kata jangan bawa motorkan ?! " Teriakan lelaki itu tak membuat dia sedih, dia bahkan gembira mendengar teriakan itu. Lelaki itu benar-benar risaukan dirinya. " Aku okaylah. Tadi ada kucing tiba-tiba melintas, aku try elak tapi terbabas pula. " Dia menghadiahkan setiap orang disitu satu senggihan kecil. Bukan dia cuai, mungkin ini sudah takdirnya. Dah nak jadi, apa boleh dia buat ? Tiada apa. " Kau nak makan apa-apa tak ? Aku belikan. "
Perlahan-lahan dia menggeleng. Keprihatinan lelaki itu pun sudah membuatkan dia kenyang. " Korang pergilah masuk kelas, cakap dengan prof aku accident. I'm okay nowlah. " Dia memandang wajah rakan-rakannya itu sambil tersenyum lebar. Dia paling tak suka bila rakan-rakannya risaukan dirinya, rasa seperti dirinya menyusahkan mereka. Kenapa perlu mereka risaukan dirinya sedangkan mereka lebih perlu risaukan diri mereka sendiri ?
" Biar aku jaga Lia, korang pergilah. "
Laju dia menggeleng mendengar kata-kata Irdina itu. " Dina, aku okay. Aku nak balik je ni, nak pergi bengkel repair motor tu. Aku okay sangat dah ni. Trust me guys. " Tangan wanita itu dipegang sambil bibirnya mengukir senyuman supaya wanita itu mempercayainya. " Kau nak duit tak repair motor tu ? " Sekali lagi dia menggeleng. Dia tahu wanita itu sangat baik dengannya tapi dia tak nak menyusahkan rakannya itu. Itu motornya, biar duitnya yang keluar untuk betulkan motor itu.
" Biarlah aku teman kau pergi bengkel. Kawan akukan ada buka bengkel, mana tahu dapat murahkan ? " Zafril yang sedari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara dan tawaran yang dibuat oleh lelaki itu berjaya memaut jiwa missqueennya (miskin). " Bolehlah kalau macam tu eh tapi kau tak pergi kelas ke ? Kau mana pernah ponteng. " Lelaki itu memandangnya lama sebelum mengalihkan pandangan ke arah rakan-rakannya yang lain.
" Guys, cakap dengan prof aku sakit perut. "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...