" Ahh~Bangkok. "
Mereka berdiri dihadapan hotel yang telah mereka tempah itu sambil melihat sekeliling mereka. Cantik sangat. Dah lama dia mahu ke situ dan akhirnya dapat dia jejakkan kaki ke kota ini. " Boleh check in sekarangkan ? Kita check in dulu lepastu letak beg bagai and kita pergi makan. " Kata-kata Zafril itu dibalas dengan anggukan. Dia memang jenis mengangguk je, jadi maafkan dirinya. Mereka berjalan masuk ke dalam lobi hotel itu lalu terus menuju ke arah kaunter.
" Sawadee kha~ how can I help you ? " Wanita Thailand yang menjaga kaunter itu merapatkan kedua-dua tangan tanda menyambut kehadiran mereka disitu. " Sawadee kha. I already booked two rooms, under my name. Nur Irdina Alya. " Wanita itu mengangguk kecil sebelum mencari sesuatu dikomputer didepannya itu. Wanita itu mencapai dua key card lalu dihulurkan pada Irdina. " This is room at floor 6, here's the key card. Our bellboy will help you to bring your luggages to your room. " Mereka tersenyum mesra pada wanita itu. Wanita itu berjalan ke arah seorang pekerja lelaki hotel itu lalu bercakap bahasa yang tak dapat otaknya terjemahkan.
" Let me help you with this. " Lelaki itu membantu mereka meletakkan beg-beg mereka diatas satu.. (I don't know what we called it, basically you know bellboy tolak beg guna apakan ? Kalau tak tahu, google) Jujur dia katakan, that boy is super hot. Kenapa jadi bellboy ? Kenapa tak jadi model ? " This way. " Dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir, lelaki itu menunjukkan mereka arah ke bilik mereka. Setibanya mereka disitu, Irdina menghulurkan satu key card pada Ryan yang sedang berdiri seperti orang bodoh itu.
Dia mengabaikan mereka berdua itu lalu memandang ke arah pekerja hotel itu. " Thank you for helping us. " Lelaki yang tadinya menunduk kerana sedang meletakkan beg mereka itu menegakkan badan dengan tiba-tiba membuatkan dia menelan air liurnya. He's so freaking hot especially that hairstyle doh. " Woi pendek ! " Dia tersedar dari lamunannya selepas kepalanya diketuk oleh Ryan. Wei sakit woi ! Kepala dia ni banyak ilmu tahu tak ?!
" Apa kau nak ?! "
Dia memandang lelaki itu dengan pandangan tajam. Tak nampak ke dia sedang menikmati pemandangan yang indah ni ? " Kau ni pantang betul tengok jantan handsome. Cepatlah, Dina dah lapar. " Ryan terus menarik lengannya ke arah luar hotel itu dimana rakan-rakannya yang lain sudah berkumpul. Jarang dapat menikmati wajah Thailand seperti itu. " Cafe jom ? Ada satu cafe yang halal dekat sini, aku ada buat research. Jom, dekat je. Jalan kaki. " Wanita itu mula berjalan membuatkan mereka juga memulakan langkah.
Wanita itu memang suka buat pencarian sebelum pergi bercuti kemana pun, lain pula dengan dirinya. Dia lebih suka pergi macam itu sahaja dan akan buat pencarian selepas sampai ke destinasi. " Pergilah jalan dengan Ryan, nilah peluang nak bersweet. " Zafril menolak lembut bahunya yang sedang menunduk lemah itu. Dia memandang ke arah Ryan yang sedang berjalan sambil tertawa mesra dengan Irdina itu membuatkan dia semakin kecewa tetapi cuba dia sembunyikan. " Taknaklah, aku nak jalan dengan kau. Dah lama tak jalan dengan kau. "
Lelaki itu meletakkan tangan dibahunya lalu menariknya untuk lebih dekat dengan lelaki itu. " Comel je kau ni bila jealous tapi lagi comel bila kau senyum. " Zafril mencuit lembut hidungnya membuatkan dia tertawa kecil. Kan dia kata yang lelaki itu tak pernah gagal buatkan dia kembali ceria. " Tada~ dah sampai. " Irdina dengan cerianya menunjuk ke arah kafe yang baginya sangat cantik. Mereka berjalan masuk ke dalam kafe itu dengan terujanya lalu terus ke arah kaunter untuk memesan.
" Korang orderlah apa-apa untuk aku, biar aku dengan Zaf jaga tempat. "
Amalia menarik tangan lelaki itu sambil matanya meliar mencari meja kosong untuk mereka duduk. " Tingkat dua jom ? " Dia menyengetkan kepalanya sambil memandang lelaki itu. Lelaki itu hanya menggangguk tanda setuju. " Such a beautiful cafe. Aku nak juga buka kedai cantik macam ni. " Dia duduk dikerusi itu sambil matanya masih meliar. Terlalu cantik tempat itu buat dirinya. " Kau tahukan kita ni ambil medic ? " Dia memandang lelaki itu dengan muka menyampah. Suka benar merosakkan imaginasinya, biarlah dia berangan-angan.
" Suka hatilah. Dahlah tangkapkan gambar aku. " Segera dia menghulurkan telefonnya pada lelaki itu. Lelaki itu menangkap gambarnya dengan segera lalu memberi telefonnya itu semula. " Ei ikhlas sikit boleh tak ? Kalau tak cantik, aku campak kau. " Dia melihat-lihat gambar yang ditangkap oleh lelaki itu dan memang seperti sangkaannya, tak pernah ikhlas lelaki itu ! " Kau tak post gambar yang aku tangkap tu, aku tendang kau. " Okay, okay. Dia akan muat naik.
Liked by anatasi and others
liasarah let go of him
📸: jantan paling tak guna
view all 7579 comments
zamirtam let go of who ?
emmawatson BABE, SO PRETTY !
zafliafans siapa yang tak guna tu
|yuyun_. ZAFLAH ! ♡♡♡
tashaman pergi mana babe ?
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Historia Corta❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...