" Hah Ris, kau tengok-tengokkanlah motor ni. Harga apa-apa kau cakap je, aku bayar. " Zafril berkerut dahi melihat rakannya, Faris itu tersenyum-senyum selepas mendengar kata-katanya. " Kau kenapa senggih macam kerang busuk tu. Gila dah ke ? " Lelaki itu hanya tertawa melihat reaksinya.
" Takdalah, jarang-jarang bawa awek datang sini. Kalau kau bawa tu memang betullah kau suka perempuan tu, kan ? " Dia mengetap bibirnya.
Zafril mencuri-curi memandang ke arah Amalia yang sedang tertawa kecil sambil tangannya ligat menaip diskrin telefon bimbitnya. " Tu kan memang kawan rapat aku, family aku pun dah kenal sangat dia. Pelik-pelik jelah kau ni. " Dia menepuk perlahan bahu rakannya itu menyuruhnya meneruskan kerja.
Dia memperhatikan kerja lelaki itu. Sangat teliti sebab tu dia suka datang ke kedai rakannya itu. " Takda apa sangat pun motor dia ni, sikit-sikit je rosaknya. " Dia mengangguk-angguk kecil. Dia menyeluk tangan ke dalam poket belakangnya untuk mengambil dompet supaya dia dapat membayar khidmat rakannya itu.
" Eh tak payah bayarlah, aku belanja. Lagipun aku untung banyak bulan ni. Kira hadiah sebab happy tengok kawan aku tengah jatuh cinta. " Zafril menekan kuat bahu rakannya itu supaya lelaki itu memperlahankan suaranya. Kalau wanita itu dengar, sia-sia je. " Apa-apa pun thank you do Ris, nanti kita lepak sama. "
Dia mengatur langkah ke arah Amalia yang sedang duduk agak jauh dari tempatnya berdiri tadi. Disapa wanita itu dengan senyuman kecil. " Kawan aku kata FOC. " Membulat mata wanita itu mendengar kata-kata. Pecah tawanya melihat reaksi itu. Comel. Sangat comel.
" FREE OF CHARGE ?! "
Amalia menjadi teruja sebentar sebelum tiba-tiba wanita itu berdiri menghadap dirinya. " Eh, mana boleh. Aku kena bayar juga. " Wanita itu cuba untuk mengeluarkan dompetnya dari beg tetapi segera dihalang oleh dirinya. " Kawan aku bulan ni untung besar, tu yang dia kata nak sedekah sikit. So dia kata FOC je untuk kau. "
" Thank you..."
"...tapi aku nak bayar juga ! " Zafril mengeluh berat sebelum tertawa kecil. " Okay, apa kata kau bayar aku. Bayar aku dengan cara pergi dinner dengan aku. Biar aku yang mewakili kawan aku. " Dia mencadangkan perkara itu dengan harapan wanita itu mempersetujuinya. Alang-alang tu dapat dia menghabiskan masa berdua. " Kau laparkan ? Jom aku bawa pergi makan. "
" Ane, order. " Selepas dapat duduk, dia terus memanggil pelayan yang berada disitu. Mereka hanya ke mamak yang berdekatan dengan bengkel itu, maklumlah nak jimat duit minyak. " Teh tarik satu, mee goreng satu. Kau nak apa ? " Zafril memandang ke arah wanita itu sambil menantikan jawapan darinya.
" Sama macam kau jelah. "
" Hah ane, order tadi buat dua. " Mamak itu pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua disitu. " Uhm Zaf. Aku ada benda nak bagitahu ni tapi kau janji jangan bagitahu sesiapa ! " Dia hanya mengangguk kecil sambil menunggu bicara selanjutnya.
" Sebenarnya..." Dia menyembunyikan rasa berdebarnya.
" Sebenarnya.." Sebenarnya apa ni ?!
" SEBENARNYA APA ? " Bentaknya lembut.
" Sebenarnya aku suka Ryan ! " Nah..nak sangat tahukan. Makan tu.
Rasa macam tersekat terus ruang pernafasannya itu. " Ka– kau suka Ryan ? Ryan Ikmal tu ? " Perlahan wanita itu menganggukkan kepalanya. Aduh ini menyakitkan hati sangat. Kiranya dia bertepuk sebelah tanganlah ni ? Patutlah wanita itu lebih pedulikan Ryan dari dirinya yang sedari dulu berada disisi wanita itu. " Kaukan paling rapat dengan Ryan, tolonglah aku sikit-sikit. Bolehlah, aku belanja makan nanti. "
Lengannya digoncang perlahan membuatkan dia mengeluh kecil. Macam manalah dia mahu menolak permintaan wanita itu, comel sangat. Walaupun permintaan itu melukakan hatinya, dia terpaksa menerimanya. " Yelah, yelah. " Lebar senyumannya mendengar jawapan itu.
" Yeah ! I love you, Zaf ! " Perlahan bibirnya mengukir senyuman.
' I love you too ' Bisik hati kecilnya.
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...