NIA1

11 2 0
                                    

" Wah, Zaf dah berubah ke ? Dia ponteng kelas wey. "

Dia masih tak percaya perkara itu. Sebelum ini dia pernah minta Zafril ke rumahnya semasa dia sakit tetapi lelaki itu kata dia akan ke sana selepas kelas tapi lelaki itu sanggup tinggalkan kelas macam itu sahaja untuk Amalia ? Dia tak kata dia tak suka Amalia, cuma dia tak suka bila Zafril terlalu melebihkan wanita itu. Lelaki itu buatkan dia rasa lelaki itu sukakan Amalia.

" Can you stop ? She's our friend, mestilah Zaf nak teman Lia bila Lia perlu. You know how close they are. " Ryan memarahinya membuatkan dia memuncungkan bibirnya. Memanglah Zafril dan Amalia teramat rapat tetapi bila hati dah suka pada lelaki itu, dia jadi cemburu tahu tak ?! Sakitnya bila cemburu tu luar biasa.

" Wey Han, kau tak rasa ada something ke between Zaf dengan Lia ? " Dia memusingkan kepalanya ke arah Farhan yang sedari tadi berdiam diri. Dia tahu lelaki itu diam bukan sebab fokus tapi sebab mengantuk. Dah berapa banyak kali dia nampak lelaki itu menguap. " I don't think so but actually..I do think so. " See ? Bahkan lelaki itu pun setuju dengan dirinya. Ryan memang tak pernah nak setuju dengannya.

" Guys, they're just a couple that their fans created. They're not even real ! " Terkebil-kebil matanya melihat kelakuan rakannya itu. Pelik benar marah sehingga begitu. " Mr Ryan, I'm talking about our economy right now and you said that they're not even real ? What's wrong with you ? " Dia menutup wajahnya dengan buku kerana takut dimarah juga. Yang jerit orang lain, tak fasal-fasal dia kena juga nanti.

" Tak prof, Dina..aish~ " Membulat matanya memandang Ryan supaya menghentikan percakapannya.

Lelaki mengeluh kecil. " So you really don't wanna be in my class ? " Suara pensyarahnya itu memang sangat lembut tetapi ayatnya itu buatkan Dina rasa bersalah tapi dia hanya mampu berdiam diri. Takut mahu campur tangan dalam hal itu." I'm sorry prof, I can't help but thinking about Lia prof. Saya risau jadi apa-apa dekat dia. " Mereka sudah maklumkan sebelum ini yang Amalia kemalangan jadi dia fikir, itu mungkin boleh jadi satu alasan yang bagus.

" Hm. Jangan buat lagi, fokus dalam kelas. Lepas kelas pergi jenguk dia. Kirimkan salam saya sekali. " Selepas pensyarahnya itu berlalu pergi, Ryan melepaskan nafas lega. Jantungnya boleh tercabut hanya kerana itu. " You have to control your anger doh, Ryan. " Dia menggeleng kecil. Tidak mengerti kenapa lelaki itu bersikap sebegitu. Lain sungguh perangai Ryan dan Zafril.

Ryan sejenis yang kasar, random, senang marah dan boleh dikatakan bukan lelaki idamannya. Lain dengan Zafril. Lelaki itu lembut, sopan, kacak, pandai menjaga hati orang. Kiranya macam prince charming dan sebab itu juga dia jatuh hati pada lelaki itu. Oh my my. Imagine being his wife AAAAAAAAA–

Angan-angannya terhenti apabila teringat sesuatu. Dia menoleh ke arah rakannya yang sedari tadi mendiamkan diri. " Ryan, teman aku lepas kelas ni. Aku nak pergi somewhere. "

MS: Untuk KitaWhere stories live. Discover now