Irdina mengeluh buat kali ke sejutanya. Otaknya langsung tidak dapat berhenti dari memikirkan soal kelmarin. Sakit dihati masih terasa hingga kini.
" Dina..." Lembut lelaki itu menyebut namanya.
" Aku appreciate sangat kau suka aku, aku suka effort kau nak rapat dengan aku and effort kau nak buat aku jatuh hati pada kau. " Bicara lelaki itu membuatkan dia tanpa sedar mengukir senyuman kecil.
Perlahan Zafril menoleh ke arahnya dengan muka yang serius. " But I don't think we can be more than friends. " Langsung berubah air mukanya. Daripada senang menjadi muram, daripada tersenyum menjadi terkesima.
" Wha– what ? But why ? Do you think that I'm not good enough for you ? I– I can change you know. I'll be better. I– " Bicaranya langsung dipotong oleh lelaki itu.
" But you're not Lia. "
Ringkas dan padat. Jawapan Zafril membuatkannya diam seribu bahasa. Tiada kata-kata yang mampu dia luahkan lagi. Tidak pernah dalam hidupnya dia kehabisan kata-kata untuk berborak dengan orang lain tapi kali ini dia benar-benar kehilangan kata. " What ? "
Mungkin dia tersilap dengar. Dia berharap lelaki itu mengulang semula kata-katanya tetapi dengan ayat yang lain.
" You're awesome, Dina. You're pretty, you're kind, you're smart and you're popular but you're just not Lia. " Zafril memperjelaskan lagi ayat terakhirnya itu membuatkan mata Dina berkaca-kaca. " Selama ni kau suka Lia ? " Lelaki itu mengangguk kecil.
" She's the reason behind my smile and only she will. "
" DINA ! " Irdina tersentak seketika mendengar jeritan itu.
Laju dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu. " Shit Han, what the fuck ? Panggil slow sikit bolehkan ? " Farhan menepuk bahunya perlahan sebelum melabuhkan punggung disebelahnya. " Eh kak oi, aku dah panggil kau beribu kali. Berangan je kau ni kan ? Orang suruh buat kerja sibuk dok berangan. "
Dia tersenggih kecil. " Sorrylah babe, otak tengah mental sikit. " Laptop dihadapannya itu ditatap lama sebelum kembali fokus mengetik. Sudah setengah jam dia menghadap laptop itu tetapi belum separuh muka surat pun terisi dek kerana fikirannya melayang.
" Zaf huh ? " Irdina menoleh.
" What did you just say ? "
" Zaf ? " Membulat matanya mendengar lelaki itu menggulang kata-katanya.
Badannya yang sedari tadi tegak kini dipusing menghadap lelaki itu. " You know ???? " Lelaki itu tersenyum bangga sambil mengangguk. " Mestilah aku tahu, fasal korang ni apa je aku tak tahu. Aku boleh baca muka korang ni. Korang tak bagitahu pun aku tahu. " Semakin membulat matanya seperti mahu terkeluar.
" Kau tahu Zaf suka Lia ? " Farhan mengangguk kecil.
" Omg how ?! " Farhan mengukir senyuman kecil kepadanya sebelum mengeluh kecil. " Doesn't matter how. Yang penting sekarang, move on. Jangan sebab dia tak suka kau lebih dari kawan menyebabkan kau dengan dia berhenti jadi kawan. Lama kita kawan takkan tiba-tiba nak stop. "
Tersentak dia mendengar bicara rakannya itu. Memang ada dia bercadang mahu berjauhan dari Zafril kerana terlalu malu. " Try your best untuk buang that feeling, we're friends. Rugi kalau tiba-tiba hilang friendship ni macam tu je. One day you'll find someone. "
But what if dia takkan nak someone ? Dia mahu Zafril.
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Cerita Pendek❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...