RIS3

13 4 0
                                    

Cool Kids only ⚠
🐒💗, Lia mok, Han, Zaf..

Lia mok

Aku dekat unit kesihatanlah
korang...

Aku–

accident.

Zaf
I'M COMING FOR
YOU !

Bro, tunggu Hanlah.

Dia dekat tandas.

Kau okay tak Lia ?

Lia ?

Telefonnya itu dimasukkan ke dalam poket semula lalu matanya dialihkan pada Irdina yang berada disebelahnya itu. " Zaf ni kenapa nak cepat sangat ? Tak boleh tunggu kita ke ? " Wanita itu berkerut seribu sambil membaca mesej di dalam group WhatsApp mereka itu. Dia hanya tersenyum kecil. " Biasalah tu, Zafkan memang selalu risaukan Lia. Macam tak biasa. " Itu memang sikap Zafril. Sikit-sikit Lia, sikit-sikit Lia. Mana pernag lelaki itu abaikan wanita itu. Sampai Zafril dan Amalia dikatakan pasangan bercinta kerana terlalu rapat tapi dia tak tahulah kebenarannya. Dia tak pernah rasa nak tanya.

" Wey aku baca dekat group yang Lia accident, korang buat apa lagi dekat sini ? Tak pergi tengok Lia ke ? " Lelaki itu bertanya dengan muka tak bersalahnya.

" Kitaorang tunggu kaulah bongok ! " Serentak dia dan Irdina memarahi lelaki itu. Sabar jelah mendengar soalan lelaki itu, kalau boleh dipijak lelaki itu dah lama dia pijak. " Ouh ye ke ? Hah jomlah, bukan jauh sangat unit kesihatan dari sini. " Laju mereka berjalan ke arah unit kesihatan itu selepas banyak membuang masa. Apa jadilah dengan rakannya yang seorang itu. Dia risau juga ni. Sesampai mereka disitu, Ryan terus membuka pintu itu dengan kasarnya kerana dia takut dia terlambat atau apa pun.

" ROSAK WOI PINTU AKU TU ! " Doktor yang duduk berdekatan dengan katil Amalia itu menjeling mereka yang sedang berdiri dimuka pintu itu. " Sorry doktor. Lia, kau okay tak ? " Dia segera berlari ke arah wanita itu selepas melihat tangan wanita itu yang berbalut. Melihat Zafril yang berdiri agak jauh dari katil Amalia itu membuatkan dia berkerut. " Kau pehal berdiri macam patung dekat sini ? " Dia menggeleng kecil sebelum kembali fokus pada wanita itu.

" Ada kereta langgar motor kau ke apa ? Aku dah kata jangan bawa motorkan ?! " Melihat keadaan wanita itu buatkan dia tiba-tiba jadi marah. Dia sudah banyak kali berpesan pada wanita itu supaya jangan bawa motor lagi, bahaya. Tapi wanita itu sangat degil. Dia tahu dia patut paksa wanita itu berhenti.  " Aku okaylah. Tadi ada kucing tiba-tiba melintas, aku try elak tapi terbabas pula. " Melihat senggihan kecil wanita itu buatkan kemarahannya sedikit reda. Dia marah sebab dia risau, bukan sebab dia benci.

" Kau nak makan apa-apa tak ? Aku belikan. "

Perlahan-lahan wanita itu menggeleng. " Korang pergilah masuk kelas, cakap dengan prof aku accident. I'm okay nowlah. " Yang dia paling tak suka pada wanita itu ialah wanita itu terlalu lebihkan orang lain berbanding diri sendiri. Sentiasa risaukan orang lain tetapi tidak risaukan diri sendiri. " Biar aku jaga Lia, korang pergilah. " Kata-kata Irdina itu dibalas dengan gelenggan oleh wanita itu. For sure Amalia tak mahu orang teman dia. Wanita itu pasti tak mahu rakan-rakannya terlepas kelas.

" Dina, aku okay. Aku nak balik je ni, nak pergi bengkel repair motor tu. Aku okay sangat dah ni. Trust me guys. " Amalia memegang tangan wanita itu sambil senyuman tak lekang dari bibir. " Kau nak duit tak repair motor tu ? " Sekali lagi wanita itu menggeleng. Dia sudah agakkan jawapan itu, wanita itu memang tak suka menyusahkan orang lain.

" Biarlah aku teman kau pergi bengkel. Kawan akukan ada buka bengkel, mana tahu dapat murahkan ? " Zafril yang sedari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara dan tawaran yang dibuat oleh lelaki itu berjaya menarik perhatian wanita itu. Tapi dia pelik. Bukankah kalau lelaki itu mahu menemani Amalia ke bengkel bermakna lelaki itu takkan ke kelas mereka sekejap lagi ? No way. Lelaki itu tak pernah ponteng. " Bolehlah kalau macam tu eh tapi kau tak pergi kelas ke ? Kau mana pernah ponteng. " Dia memandang ke arah Zafril sambil menantikan jawapan lelaki itu

" Guys, cakap dengan prof aku sakit perut. "

MS : Untuk KitaWhere stories live. Discover now