" LIA ! " Irdina menyergah rakan baiknya itu dengan nafas termengah-mengah. Wanita yang sedang makan itu memandangnya pelik lalu memukul kuat bahunya. " Boleh tak jangan sergah macam tu, tercekik aku. " Dia mencuba mengatur nafasnya sebelum mulakan bicaranya.
" Apa yang aku tengok tu betul ke ?! " Dia menggoncang kuat badan rakannya itu.
" What did you see ?! " Teriak wanita itu. Irdina masih cuba mengatur nafasnya dan belum sempat dia menyambung bicaranya, seseorang menyergah mereka. " AMALIA ! " Suara Farhan yang begitu nyaring itu membuatkan mereka berdua menutup telinga. Sakit betul telinganya.
" What's wrong with you guys ?! "
Kini bukan sahaja dia tetapi Farhan juga mencuba untuk mengatur nafasnya. Masalahnya universiti ni bukan kecil, dia berlari dari dewan kuliah ke kafe. Jauh nok. " Kau dengan l– " Sekali lagi bicaranya dipotong.
" Lia, madam Nia nak jumpa kau tadi dia cakap. " Kehadiran Ryan disitu membuatkan dia mengeluh berat. Jauh-jauh dia berlari untuk bertanya pada wanita itu, senang-senang saja lelaki itu menyuruh Amalia beredar. " Hah okay, aku gerak dulu korang. " Belum sempat dia menghalang wanita itu, Amalia laju berjalan pergi dari sana.
" Baby ! I baru nak soal siasat Lia. "
Ryan mengerutkan dahinya. " Soal apa pula sayang ? Ada apa-apa jadi ke ? " Irdina mengurut perlahan dahinya. Haih kenapalah teman lelakinya itu terlalu tidak up-to-date. Dia memberi Farhan pandangan kau-tunjuk-dekat-dia-wey kerana dia terlalu malas mahu membuka telefonnya.
Farhan mencari sesuatu ditelefonnya sebelum menghulurkannya kepada Ryan. Membulat mata lelaki itu melihat perkara tersebut.
" WHAT ?! "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Truyện Ngắn❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...