Mereka berlima berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk mall itu. " So kita nak makan mana sekarang ni ? " Soalan Irdina itu membuatkan dia tersenyum kecil. Amalia memandang ke arah Zafril lalu mengangguk kecil tanda dia akan memulakan rancangan mereka. Rancangan ? Rancangan apa ?
" Okay here's the plan. Kau ajak Dina dengan Han pergi makan dulu sementara aku ajak Ryan pergi teman aku kononnya nak beli buku. Simplekan ? "
Itulah rancangan dari seorang gadis yang tak tahu cara membuat rancangan yang bagus, sekian. Dia cuba sebaik mungkin untuk mengeluarkan idea yang baik tapi itu sahaja dia mampu. " Aku rasa aku nak pergi beli buku dululah. " Dia yang mula-mula berbicara membuatkan yang lain memandang ke arahnya. " Bagus juga tu, aku pun nak be– " Belum sempat Irdina menarik perlahan tangannya, Zafril terlebih dahulu menarik wanita itu menjauhinya.
" Kalau semua pergi nanti penuhlah kedai yang kita nak makan tu. Kau ingat tak kau kata ada satu kedai baru buka yang sedap nak mampus seafood dia ? Lambatlah kita dapat makan kalau kita semua pergi kedai buku. " Wanita itu memang paling pantang kalau perut tidak dapat dipuaskan tepat waktunya. " Okay senang macam ni. Aku, Han dengan Dina pergi jaga meja and Ryan teman Lia pergi beli buku. Okay jom ! " Lelaki itu langsung tak memberi peluang sesiapa untuk bercakap dan terus langsung menarik lengan Farhan dan Irdina ke arah kedai makan yang mereka mahu pergi.
" Dah tu, jomlah. Takkan aku nak dukung kau pula, tangan kau patah bukan kaki. "
Lelaki itu jalan terlebih dahulu lalu diikuti dengan dirinya. Walaupun hanya berjalan tanpa ada sebarang perbualan, itu sudah cukup buatkan dia senyum hingga ke telinga. Jarang sekali dia dapat jalan berdua dengan lelaki itu, yelah biasanya jalan berlima. " Kau ni single memanjang, takda perempuan ke kau suka ? Jangan cakap kau suka lelaki sebab tu kau rapat dengan Zaf. " Kata-katanya itu berjaya membuatkan lelaki itu tertawa besar.
" Kau jangan bongok sangat eh ! "
" Kalau aku suka lelaki pun, takdanya aku suka si bongok tu. " Semakin besar tawa mereka. Ya juga. Takkanlah nak suka si bongok tu. " Tapi aku sebenarnya dah lama nak bagitahu kau satu benda ni. " Damn, takkan secepat ini ? Mudahnya, kalau dia tahu dah lama dia tanya soalan itu. " Apa ? " Tahap keterujaan serta sifat ingin tahunya meningkat secara mendadak. Adakah ini saat yang dinanti-nantikan ? Dia harap begitulah !
" Aku suka Dina ! "
Pernah dengar bunyi kaca jatuh lalu pecah ? Itu bunyi hatinya yang sedang berkecai sekarang. Dia tak boleh memberi respon negatif jadi dia cuba mencipta respon palsu. " I KNEW IT ! No wonder kau rapat and manja sangat dengan Dina. " Lelaki itu nampak sangat teruja dan gembira selepas mengatakan perasaannya untuk Irdina itu padanya membuatkan dia serba salah untuk kecewa. " Obvious sangat ke ? Aku mulanya tak nak buat nampak ketara sangat aku suka dia tapi I can't help doh. "
Dia hanya mampu tersenyum kecil sewaktu lelaki itu bercerita. " Tolong aku boleh ? " Dia memandang lelaki itu dengan fikiran yang penuh tanda tanya. " Tolong apa ? " Lelaki itu melihatnya dengan penuh harapan. Entah apalah yang lelaki itu harapkan dari dirnya ini. " Alah buatlah 'girl to girl' talk ke apa. Tanyalah dia suka lelaki macam mana ke apa, tolong eh ? " Dia jadi pening. Dia suruh Zafril membantunya untuk dapatkan Ryan tapi sekarang Ryan memintanya untuk menolongnya mendapatkan Irdina. Such a complicated love.
" Boleh eh ? Yes ! That's why your my best friend. " Best friend. Hanya sekadar teman baik.
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...