Bab 7

193 12 0
                                    

"DINA, hari selasa minggu depan awak ikut saya pergi ibu pejabat HZ ya. Kita ada human resource training selama seminggu kat sana. Lagi satu, lepas rehat awak tolong belikan tiga tiket flight. Masa nak buat payment nanti call saya untuk ambil Kod Kebenaran Transaksi (TAC)." panjang lebar arahan yang diberikan Puan Syikin.

"Baik puan." jawab Irdina ringkas, segala arahan itu dicatatkan di dalam buku nota.

Puan Syikin melorek senyuman, setakat ini dia suka dengan cara gadis itu melakukan kerja. Irdina juga ringan mulut untuk bertanya dan dia cepat belajar sesuatu perkara.

"Thank you, Dina. Kalau ada apa-apa yang awak tak faham terus cari saya, okay." sejurus memberi pesanan, Puan Syikin melangkah keluar dari bilik kerja Irdina.

Beberapa minit kemudian, sekali lagi pintu bilik kerja Irdina diketuk seseorang. Kelihatan Lut berdiri di luar bilik sambil tayang sengih.

"Busy ke?" tanya Lut sebaik saja punggungnya dihenyak di atas kerusi.

"Busy lah juga sebab aku masih terkial-kial nak ingat semua benda. Aku nak tanya kau something boleh tak?" Irdina berkata.

Tiada lagi panggilan formal antara mereka berdua. Kata Lut, panggil 'aku-kau' lagi mesra dan tak kekok dari menggunakan 'saya-awak'.

"Aku single lagi kalau kau tertanya-tanya pasal status aku." Lut sengaja mengusik. Irdina menjeling sekilas.

"Dah tiga hari aku kerja kat sini tapi tak pernah nampak pun CEO dengan COO. Dia orang tak ada kat sini eh?"

"Tuan Zayd sekeluarga duduk kat Australia. Sekali-sekala je dia akan datang sini melawat office dengan staff."

"Kenapa kau tak stay kat sana juga? Tak susah ke buat kerja jarak jauh macam ni?" tanya Irdina polos.

"Mungkin pertengahan tahun ni dia orang akan pindah Malaysia. Tapi aku okay je buat kerja macam ni sebab dia bayar gaji aku berkali ganda kot." jawab Lut dengan suara rendah.

Tambah pula ada sesetengah majikan suka mengambil kesempatan jika seseorang itu tahu melakukan kerja-kerja lain dari skop asal pekerjaannya sendiri. Satu bonus juga bagi majikan kerana mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk menggajikan pekerja baru.

"Oh... kiranya company sini apply operation dan management untuk staff ikut HQ sanalah ke macam mana?" Irdina menyoal lagi. Dia masih belum faham dengan cara syarikat ini beroperasi.

"Depend on your position level. Kalau kau higher level dapatlah merasa gaji dalam dollar Australia. Operation kita pula ikut standard procedure Malaysia terutama sekali untuk site dan worker. Ada apa-apa lagi yang kau nak tahu?" jelas Lut. Laman wajah bersih Irdina tanpa secalit solekan itu direnung seketika.

"Macam mana HZ senang-senang je terima aku kerja kat sini sedangkan aku belajar pun tak habis lagi?" tanya Irdina. Lut menarik segaris senyuman.

Seingat Irdina, tempoh hari dia cuma berikan Sijil Pelajaran Malaysia dan sijil Matrikulasi saja ketika temuduga.

"Rezeki Allah tak pernah salah alamat, Dina. Asalkan kau buat kerja betul-betul dan ikhlas. Tunjukkan pada orang atasan yang kau boleh bekerja tanpa perlu bergantung pada pencapaian akademik semata-mata." dalam berbicara, Lut menyelitkan sedikit nasihat buat gadis itu.

"Terima kasih asbab pertolongan kau, aku dapat mulakan hidup baru kat sini." ucap Irdina.

"Benda kecil je, kau pun dah macam adik aku. Best juga eh ada adik perempuan." Lut membalas.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now