Bab 27

183 20 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM. Good morning, Tuan Niaz." Affan menyapa mesra. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat dengan penuh bersemangat.

Salam lelaki itu, Niaz jawab perlahan. Segaris senyuman dihadiahkan untuk pembantu peribadinya.

"Kenapa kau nampak ceria sangat pagi ni?" tanya Niaz.

"Eh, yeke? Saya memang hari-hari ceria. Tuan aje kot yang tak perasan." balas Affan sambil tersengih.

Niaz tawa kecil. Mana nak perasan benda lain kalau dah fokusnya 100 peratus cuma pada Irdina saja.

"Duduklah." Pelawa Niaz.

Sejurus mengucapkan terima kasih, Affan menghenyak punggung di kerusi hadapan meja kerja Niaz. Buku nota, pen dan komputer riba dikeluarkan dari beg galasnya.

"Pukul 10 pagi nanti tuan ada safety meeting dengan Production team. Lepas tu ada QC (Quality Control) inspection untuk delivery hari ni." Affan membaca setiap butiran yang tercatat.

"Ada berapa order yang sampai site?"

"Sepatutnya lima order masuk site tapi satu order kena cancel sebab lori breakdown."

Terbit keluhan berat dari mulut Niaz.

"Transporter mana tu?"

"Sunshine Transport. Banyak kali dah saya dengar staff Logistics complain pasal transporter ni. Agak bermasalah sebab selalu delay delivery barang ke site."

Niaz diam seketika.

"Kalau macam tu suruh team Logistics cari transporter baru aje. Tak payah pening-peningkan kepala lagi."

"Baik, tuan. Lepas ni saya akan inform dia orang."

"Tolong aku check forecast chart ni." Niaz hulur fail nipis pada Affan.

"Seriuslah tuan suruh saya?" soal Affan dengan riak tak percaya. Lambat-lambat dia sambut huluran itu.

"Ada orang lain lagi ke kat sini?" tanya Niaz. Laju Affan geleng kepala.

"Tapi, saya tak faham cara baca chart ni, tuan." Affan menyeringai senyum.

"Tak faham boleh belajar. Belakang paper tu ada manual. Kalau masih tak faham-faham juga tak tahulah aku nak cakap apa." Sinis Niaz.

"Oh..." Perkataan itu saja yang keluar dari mulutnya.

Suasana di dalam bilik itu mula bertukar sepi kecuali bunyi deru angin penghawa dingin yang tidak putus-putus.

"Affan." seru Niaz.

Serta-merta Affan mengangkat muka. Kertas dan pen di tangan juga diletakkan atas meja. Berdebar-debar pula dia tengok muka serius majikannya itu.

"Ya, saya?"

"Kau tahu tak sejarah asal tapak bangunan HZ ni?" soal Niaz secara tiba-tiba.

Bergaris pelipis Affan. Dah kenapa dia kena ambil tahu pasal sejarah bangunan ini pula? Bukan ke sepatutnya Niaz yang perlu tahu asal usul syarikat milik keluarganya?

"E-er... Saya tak pastilah tuan. Kenapa tuan tanya?"

"Sajalah aku tanya. Aku cuma nak pastikan bangunan kita ni tak masuk ke dalam alam sebalik mata je."

"Maksud tuan?" Muka Affan berkerut seribu. Satu habuk pun dia tak faham apa yang cuba disampaikan lelaki itu.

"Sebab aku selalu nampak perempuan cantik kat depan sana." ujar Niaz bersahaja sambil menopang dagu.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now