"KALAU rindu telefon ajelah. Buat apa ditenung telefon tu lama-lama." Suara garau Haji Jalil menyentakkan si isteri. Harum semerbak ruang rumahnya dipenuhi dengan bau wangian kasturi.
Sejak dia balik dari kandang kambing sampai dah bersiap untuk ke surau, begitulah keadaan isterinya. Termenung dan mengeluh sendirian. Macam besar sangat masalah wanita tua itu.
"Boleh ke saya telefon dia, bang?" tanya Hajah Saadiah. Masih ragu-ragu sama ada ingin menghubungi cucu kesayangannya atau tidak. Risau pula dia mengganggu waktu bekerja Irdina.
"Habis tu awak ingat si Niaz pasang telefon ni untuk buat perhiasan saja ke?" Soalan dibalas soalan. Lantas Hajah Saadiah menggeleng. Tujuan Niaz pasang telefon rumah ini untuk kegunaan mereka berdua. Jika ada hal kecemasan atau dia rindu pada Irdina.
Hajah Saadiah bangkit dari sofa dan menukar tempat. Lalu, sofa berdekatan dengan meja bulat kecil di sudut ruang tamu menjadi pilihannya. Bibir berkedutnya melorek senyuman tipis. Siap ditampal lagi nombor-nombor penting pada telefon itu.
"Kamu tengah buat apa tu, Niaz?" Hajah Saadiah yang baru keluar dari dapur menegur lelaki itu. Atas meja kopi ada buku, pen, pita pelekat dan gunting.
"Oh, ni... Niaz tulis nombor telefon kat sini. Ada nombor Dina, Niaz, pak andak. Nombor hospital dengan balai polis pun ada sekali. Mana tahu ada kecemasan ke. Senang nanti Nek Yah dengan Tok Lil nak buat panggilan." Niaz angkat sedikit kertas yang dah digunting kecil.
Terpicing separuh mata Hajah Saadiah cuba membaca. Maklumlah tanpa bantuan kaca mata agak terkial-kial dia nak baca tulisan Niaz yang terlalu kecil dan comel.
"Kenapalah kamu susah-susah pasang telefon ni? Nek Yah dengan Tok Lil dah ada handphone sendiri." Hajah Saadiah menatap sejenak wajah tampan Niaz. Lagak lelaki muda itu sentiasa tenang. Sopan dan menghormati orang lain. Dia juga pandai bawa diri dalam setiap tempat walaupun membesar dalam keluarga ternama.
Hati tuanya berasa lega kerana Irdina bersama dengan lelaki sebaik Niaz. Betapa tinggi rasa sayang dan cinta Niaz pada cucunya hingga sanggup melakukan apa saja untuk gadis itu.
"Mana ada susah pun, Nek Yah..." Niaz sengih tayang barisan gigi yang tersusun.
Seperti mana Hajah Saadiah dan Haji Jalil sudi memberi perlindungan dan melayan Irdina dengan baik, begitu juga dia akan membalas semula jasa kedua pasangan tua itu.
"Tak susah kamu kata? Dah banyak sangat kamu keluarkan duit untuk kami, Niaz. Pasal benda tu Dina dah tahu ke belum?" tanya Hajah Saadiah.
Dari majlis akad nikah, kenduri doa selamat dan barang perabot di rumah ini semuanya disediakan oleh Niaz. Sampai naik segan mereka suami isteri dibuatnya.
Niaz menggeleng. Jari telunjuk diletakkan ke bibirnya. Sebagai permintaan supaya Hajah Saadiah merahsiakan hal itu. Bila tiba masa, dia sendiri akan beritahu pada isterinya.
"Yang pasal hal tu Nek Yah jangan cerita dulu kat Dina tau. Niaz nak buat surprise untuk birthday dia nanti." Pinta Niaz.
"Hurm... yelah." Ringkas balasan Hajah Saadiah.
——
TERASA cepat masa berjalan. Dalam tidak sedar telah melepasi waktu makan tengah hari. Minggu ini terlalu sibuk. Dengan kemasukan beberapa orang pekerja baru ke dalam syarikat hartanah ini membuatkan Irdina tak cukup tangan.
Itu belum lagi dengan persiapan Karnival Kerjaya yang akan berlangsung pada hujung bulan ini. Dia rasa macam nak bertukar jadi sotong yang ada banyak tangan. Boleh dia buat semua kerja sekali jalan.
YOU ARE READING
𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]
Storie d'amore(3rd Series of Love's) SPIN-OFF : Love's Regret. Nurin Irdina seorang gadis kecil molek tetapi mempunyai jiwa setinggi awan di langit. Biarpun hidup serba kekurangan, namun ianya tidak pernah melunturkan semangat Irdina untuk berjaya dalam pelajaran...