Bab 30

158 19 0
                                    

RUANG keluarga yang tadinya gelap, kembali terang dengan cahaya lampu. Puan Amelia duduk di sofa sambil peluk tubuh. Sesekali dia menjeling ke tangga. Lama betul anak bongsunya ambil masa untuk turun.

Fikirannya mula membuat tanggapan kalau-kalau Irdina sedang mengadu tentang apa yang berlaku tadi kepada Niaz. Sebab itu Niaz masih berada dalam biliknya. Mudah betul menantunya itu mempengaruhi pemikiran Niaz.

Selang satu tempat di sofa yang sama, Noah merenung sejenak botol susu yang berada di tangannya. Niat asal Noah yang ingin membancuh susu Nayden juga terbantut.

"Mummy panggil Niaz ke?" Niaz sekadar berbasa-basi sejurus muncul di hadapan mummynya.

Itu apa yang diberitahu isterinya tadi. Belum sempat Niaz bertanya dengan lebih lanjut, Irdina sudah menghilang dalam bilik air.

Bersilih ganti Niaz pandang wajah Puan Amelia dan Noah. Pukul 1 pagi. Nak bincang pasal hal apa pula ini?

"Mummy terjumpa ubat Dina." Noah berterus-terang bila tiada tanda-tanda Puan Amelia akan bersuara.

Terhambur keluhan Niaz. Jadi inilah punca isterinya mengelak dari bertentang mata dan terus berkurung dalam bilik air.

"Pasal hal tu... Niaz minta maaf sebab rahsiakan dari pengetahuan mummy dan daddy." ucap Niaz dalam keadaan tenang.

Puan Amelia ketawa sinis. Senang saja Niaz menutur kata maaf. Itu pun setelah rahsia terbongkar. Jika tidak, sampai bila-bila dia tak akan tahu hal sebenar.

"Apa lagi rahsia tentang Dina yang mummy masih belum tahu? Walau rapi macam mana pun you guys cuba simpan, mummy mesti dapat tahu juga." Puan Amelia rasa tertipu dan dikhianati anak sendiri.

"Dah tak ada apa-apa rahsia. Semuanya mummy dah tahu pasal Dina." Akui Niaz. Cuma tentang penyakit itu saja yang dia rahsiakan dari pengetahuan orang lain. Kerana dia yakin bahawa Puan Amelia akan terus bersikap prejudis pada Irdina. Sekarang telah terbukti.

"Berpisah dengan Dina. Ceraikan dia. Hantar dia pergi tempat asal dia semula, Niaz. Sampai bila-bila pun mummy tak boleh terima dia dalam keluarga kita." ujar Puan Amelia tanpa berselindung lagi.

Dada Niaz berombak-ombak. Matanya dipejam rapat. Dalam hatinya beristighfar tanpa henti. Cuba menahan gelora hati sendiri. Mummynya ingat Irdina sejenis haiwan peliharaan ke? Sampai nak hantar ke tempat asal bagai. Allahuakbar!

Noah turut terkesima. Begitu mudah Puan Amelia memberi arahan kepada Niaz. Hal berkaitan penceraian ini bukan perkara mudah untuk dilakukan. Ianya melibatkan hati dan perasaan kedua belah pihak.

"Tak ada sebab untuk Niaz ceraikan Dina, mummy. Boleh tak mummy berhenti masuk campur urusan hidup, Niaz? Anak bongsu mummy ni dah besar, dah dewasa. Jangan layan Niaz macam Niaz ni budak remaja."

"Niaz sedar tak tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?" Renungan tajam Puan Amelia menikam tepat pada mata Niaz.

"Ya. Niaz sedar sepenuhnya. Mummy Niaz yang sekarang dah banyak berubah. Mummy lebih sibuk dengar cakap orang lain. Sibuk nak jaga hati orang lain sampai sanggup ketepikan hati dan perasaan keluarga sendiri." Niaz masih kekal tenang menepis setiap lontaran kata-kata Puan Amelia.

"This is what I meant. Her whole existence was a big problem in your life, Niaz. Sampai berani melawan cakap mummy. Tolonglah sedar. She's not worth for you." Puan Amelia berterusan mendesak.

Bagaikan hilang pertimbangan diri. Langsung tidak dihiraukan hati seorang anak dan menantu yang telah hancur berkeping-keping.

"Apa hak mummy nak cakap isteri Niaz macam tu?" Tanpa sedar suara Niaz sedikit meninggi. Wajahnya bertukar tegang.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now