"NIAZ..."
Mati langkah Niaz. Ikutkan hati yang masih kecewa, ingin saja dia berlalu pergi tanpa mengendahkan panggilan itu.
Namun, mengenangkan suara syahdu si ibu yang telah melahirkan dan membesarkannya, mana mungkin dia bersikap seperti itu.
Dari anak tangga, Niaz berpaling mencari susuk Puan Amelia. Dipaksa juga bibirnya melakar segaris senyuman.
"Ya, mummy?"
"Nanti turun makan malam. Dah lama kita tak makan sekali."
"Okey."
"Niaz masih marahkan mummy lagi ke?"
Nafas berat dihela perlahan. Niaz menggeleng. Lidahnya seakan terpasak pada lelangit. Tidak tergagah mulutnya untuk mengungkapkan sebarang kata-kata.
"Marah dan kecewa adalah dua perkara yang berbeza, mummy. Niaz tak marah cuma rasa kecewa dengan sikap mummy. Mummy perasan tak yang mummy dah banyak berubah lepas join aktiviti-aktiviti persatuan tu semua?"
Dalam tidak sedar, Puan Amelia mula terpengaruh dengan rakan-rakan dari persatuan feminisme. Masing-masing mengatur jodoh anak-anak mereka dari kalangan kelompok sendiri demi kepentingan perniagaan dan nama baik.
"Disebabkan seorang perempuan, Niaz sanggup cakap mummy macam ni. You know what, honey... There's someone else who is better than her. Choose wisely for the sake of your future self." ucap Puan Amelia panjang berjela.Niaz meraup wajahnya. Kedua kelopak matanya turut terpejam rapat.
"I love you and I love her too, mummy. Do we need a solid reason to love someone?" soal Niaz.
Puan Amelia terpempan dengan pertanyaan yang dilemparkan Niaz. Dia merenung tepat mata redup si anak. Geram dengan sikap degil Niaz itu.
"Just because you have feelings for her doesn't mean you love her, Niaz. Loving someone comes with reasons and purpose. If you don't have a reason for love, it's not love."
"Mummy... Dina tu tak sama dengan perempuan lain. Perwatakan dia yang buatkan Niaz jatuh cinta. Kalau mummy tak sukakan Dina, mummy nak Niaz cari bakal isteri yang seksi, pakai mekap tebal 10 inci, tipikal anak orang kaya yang tahu enjoy macam dah tak ada hari esok ke?" Niaz menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
"At least, dia orang datang dari keluarga yang valid. Ada asal usul yang kita tahu dan kenal, Niaz. Kalau kawan-kawan mummy, family kita yang lain tanya pasal background Dina, nak jawab apa? Niaz tak malu ke?" balas Puan Amelia. Sedikit meninggi suaranya.
"There's nothing to be ashamed of. Instead, I'm really proud with every inch of her being."
"Kawan-kawan mummy ada anak perempuan yang perfect. Niaz tinggal pilih je nak yang mana satu. Mummy boleh terus pergi pinangkan untuk Niaz."
"Niaz naik mandi, solat dulu." balas Niaz, ingin segera menghentikan perdebatan mereka.
Puan Amelia memerhati anak bujangnya hingga hilang ke tingkat atas. Dengan rasa marah yang membuak-buak, dia segera mengambil telefon bimbit di atas meja makan.
____
"Tuan Niaz?"
Lamunan Niaz terbang pergi bila suara lunak Irdina memukul gegendang telinganya. Segala perbalahan bersama Puan Amelia turut lenyap. Dia sendiri tidak sedar berapa lama gadis itu berada di ruangan pejabatnya.
"Ya, saya. Kenapa Dina?" Hanya untuk beberapa saat saja Niaz melihat ke arah Irdina. Dia kembali menunduk, menatap kertas kerja di atas meja.
"Saya cuma nak tanya jadi ke nak pergi hostel pekerja sekejap lagi?"
YOU ARE READING
𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]
Romance(3rd Series of Love's) SPIN-OFF : Love's Regret. Nurin Irdina seorang gadis kecil molek tetapi mempunyai jiwa setinggi awan di langit. Biarpun hidup serba kekurangan, namun ianya tidak pernah melunturkan semangat Irdina untuk berjaya dalam pelajaran...