(3rd Series of Love's) SPIN-OFF : Love's Regret. Nurin Irdina seorang gadis kecil molek tetapi mempunyai jiwa setinggi awan di langit. Biarpun hidup serba kekurangan, namun ianya tidak pernah melunturkan semangat Irdina untuk berjaya dalam pelajaran. Kerana satu azamnya, dia ingin mengubah nasib keluarga supaya tidak menjadi bualan mulut dek umpatan orang kampung. Akibat kerakusan si ayah yang suka berjudi dan hutang keliling pinggang, dia dipaksa berkahwin dengan Azad, si lintah darat sebagai satu cagaran. Irdina nekad melarikan diri! Segala impian dan cita-citanya terpaksa dilupakan. "Dina janji dengan mak, walau apapun yang jadi pada mak dan ayah jangan pernah balik sini ya." - Puan Hayati. "Kenapa Dina tak boleh balik? Macam mana Dina nak jumpa mak kalau Dina rindu kat mak?" - Nurin Irdina. "Doa. Setiap doa Dina, titipkan nama mak dan ayah selalu. Jaga diri Dina di tempat orang. Nurin Irdina cinta hati mak..." - Puan Hayati. Pertemuan pertama, dari mata turun ke hati. Itulah yang dirasakan oleh Niaz Isaac saat melihat Nurin Irdina. Comel tapi garang! Sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang Eksekutif Sumber Manusia. "Orang kata cinta pandang pertama itu, akan kekal abadi. Saya tak tahu bila dan macam mana tapi saya yakin saya dah jatuh cinta pada awak, Dina." - Niaz Isaac. "Maaf, saya tak dapat terima cinta dari seseorang secara terburu-buru. Ianya bagai cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun." - Nurin Irdina. Biarpun ditolak berkali-kali ianya tidak mematahkan semangat Niaz. Si teruna yang optimis memikat hati si gadis akhirnya membuahkan hasil. Irdina menerima Niaz masuk ke dalam hidupnya. Perkahwinan mereka bahagia tetapi lain pula tanggapan dari orang sekeliling. Lidah tak bertulang lebih tajam dari mata pedang. Boleh menghunus sehingga melukakan dan malahan boleh membunuh hati-hati orang yang mendengarnya. Banyak kesalahan tatabahasa dan typo❗️ Konflik ringan❗️ Hero 🟢 Start : 19/03/20 End :