Bab 29

80 12 0
                                    

USAI solat maghrib, Irdina segera membawa diri ke tingkat bawah. Petang tadi dia dah berjanji dengan Ayra untuk sama-sama sediakan makan malam.

Sesuai dengan azam Irdina untuk menambat hati ibu mentuanya. Jadi, dia perlu berusaha lebih agar dapat membuahkan hasil yang baik.

Irdina tersenyum puas. Berjaya juga dia menyiapkan masakan ini semua dengan bantuan Ayra. Lauk-pauk elok tersusun di atas meja makan. Menanti keluarga mentuanya untuk menjamah saja.

"Macam mana kalau mummy tak suka lauk tu, akak?" Irdina berdiri di tepi meja makan dengan air muka keruh. Walhal, tadi dia sudah berfikiran positif.

Kenapa otak manusia sentiasa mengkhianati hati sendiri? Suka merasuk fikiran dengan tanggapan yang tidak elok. Bencinya!

"Mummy mesti suka punya. Niaz cakap Dina masak sedap. Boleh kalahkan juara MasterChef." balas Ayra dalam ketawa.

Tadi pun Ayra sempat rasa masakan birasnya itu. Semua cukup rasa. Wajar saja jika Irdina gugup kerana ini pertama kali wanita itu memasak untuk keluarga mentua sendiri. Perasaan itu normal bagi setiap menantu perempuan.

"Akak tak payahlah percaya cakap Niaz. Adik ipar akak tu kalau Dina bagi makan batu dengan kayu pun dia kata sedap." Irdina mencebik. Lelaki itu memang suka tabur pujian.

Ayra tertawa kecil bila teringat segala bentuk pujian Niaz tentang Irdina tempoh hari. Dipaut erat bahu Irdina dan diurut-urut lembut bahu itu. Menyalur sedikit semangat kepada gadis muda itu.

Apa yang Irdina rasa sekarang ini, Ayra turut faham. Rasa sakit bila usaha yang dilakukan tidak dihargai langsung. Meskipun mereka berdua berada dalam situasi yang berbeza.

Sejak sebelum berkahwin lagi Ayra dilayan dengan baik oleh ibu mentuanya tetapi dia pernah dikhianati suami sendiri. Manakala, Irdina pula tidak diterima ibu mentua tetapi mendapat layanan bak permaisuri dari suaminya.

"Kalau kita nak tengok pelangi yang indah, kita kena hadap hari hujan dulu." Tutur Ayra tiba-tiba. Dia tahu Irdina faham apa yang cuba disampaikannya.

Irdina toleh ke sisi seraya mengangkat sedikit kepalanya. Entah kenapa, dia rasa Ayra ini seperti arwah Puan Hayati. Tapi versi muda.

"Tapi pelangi yang muncul lepas hujan tu sekejap aje. Dan bukan semua orang dapat peluang untuk tengok pelangi tu, akak." Senyuman tipis terbentuk di bibir Irdina.

"Betul... samalah macam kehidupan kita ni, Dina. Selepas segala bentuk ujian yang kita hadapi, Allah dah sediakan kekuatan dan kemanisan untuk diri kita." Ayra membalas.

"Meriahnya lauk malam ni." Suara garau Tuan Zayd mengalih perhatian Irdina dan Ayra.

Meja makan yang mampu memuatkan hingga 12 orang itu sudah mula meriah dengan kehadiran seisi rumah. Tuan Zayd mengambil tempat di kepala meja. Nayden, Niaz dan Puan Amelia duduk bertentangannya.

Mujur Noah bijak membaca situasi itu. Rela hati dia menukar tempat dengan Irdina. Risau pula jika adik iparnya tak dapat nak makan dengan tenang gara-gara Puan Amelia.

"Inilah chef yang sediakan makan malam kita, daddy." Ayra memberitahu.

Tuan Zayd senyum nipis seraya melemparkan pandangan pada lauk-pauk di hadapannya. Ada ikan goreng daun kari, sup ayam, masak lemak udang dan sambal belacan.

"Habis tu sayang buat apa aje kat dapur? Bergosip?" Noah mencuit lengan Ayra.

"Mana ada! Ayra jadi sous chef, okay. Tolong-tolong apa yang patut. Suka hati je tuduh Ayra macam tu." Ayra menjeling suaminya. Suka cari pasal!

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now