Bab 9

187 13 0
                                    

SEJURUS tamat sesi latihan, Irdina segera pulang ke bilik hostel yang disediakan oleh pihak syarikat. Dia perlu bersiap-siap kerana mereka menerima undangan makan malam di teratak milik Tuan Zayd.

Usai membersihkan diri dan berpakaian, Irdina merebahkan tubuhnya seketika di atas tilam bersaiz queen bagi merehatkan diri. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup, tanpa sedar Irdina lena dibuai mimpi.

"Astaghfirullah!" sepantas kilat Irdina menegakkan tubuhnya. Rambut panjangnya yang menutupi muka disisirkan ke belakang.

Termasuk hari ini, empat hari berturut-turut dia termimpikan tentang Puan Hayati dan Encik Zaini. Adakah kedua orang tuanya baik-baik saja di kampung?

Tidak betah pertanyaan itu bermain-main di benak fikirannya, Irdina turun dari katil lalu mencapai telefon bimbit di atas meja solek. Aplikasi WhatsApp dibuka, terus dia mendail nombor telefon Encik Hussain.

Beberapa kali Irdina mencuba namun panggilan tetap tidak bersambung. Hampa. Irdina menghela nafas panjang. Mungkin Pak Andaknya sibuk kot. Tak apa, malam nanti dia akan cuba menghubungi bapa saudaranya itu lagi.

Dikerling sepintas lalu jam analog di permukaan dinding, sudah pukul 5.45 petang. Irdina bergegas masuk ke kamar mandi, dia ingin mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib.

Sesudah itu, Irdina menanggalkan telekung di tubuhnya lantas dia berdiri di hadapan cermin meja solek. Seluruh wajahnya disapu tipis dengan bedak bayi sebelum dia menutup mahkotanya dengan tudung bawal krim.

____

LIMA minit awal Irdina menunggu kehadiran Lut dan Puan Syikin di luar bangunan hostel dua tingkat itu. Mereka berjanji untuk berjumpa di sini sebelum pukul enam petang.

Sesekali Irdina membelek skrin telefon bimbitnya. Mana tahu kot-kot dia ada terlepas pandang mesej pesanan ringkas dari kedua manusia itu.

Dari dalam kereta, Niaz menebarkan pandangannya ke arah Irdina yang mundar-mandir seperti kucing kehilangan anak. Air muka gadis itu jelas terpancar kegelisahan.

Tak semena-mena, segaris senyuman terukir di bibir Niaz, kedua belah tangannya pula melekap di dada. Entah apa punca yang menjadikan jantungnya bergoncang hebat bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya. Hebat betul aura seorang Nurin Irdina hingga dia jadi seperti ini.

"Tak, tak! Kau tak boleh macam ni, Niaz. Kau tak kenal pun Irdina tu siapa? Mustahil dalam masa berapa jam kau dah tangkap cinta dengan dia. Perasaan tu tak valid dan tak masuk akal. Full stop. Hesy! Gila betul!" sangkal Niaz.

Tergawang-gawang tangan Niaz seakan-akan mengusir semua ingatan yang terapung di atas kepalanya. Nafas digali sedalam mungkin sebelum dia menghembus perlahan.

Brek tangan diturunkan lalu Niaz menekan sedikit pedal minyak hingga pacuan empat roda itu berhenti di bahu jalan. Niaz menurunkan separuh cermin keretanya.

"Cik Nurin Irdina?" laung Niaz dari dalam kereta.

Serta-merta tubuh Irdina berpusing ke hadapan apabila namanya diseru oleh seseorang. Irdina berjalan mendekati kenderaan lelaki itu dengan muka penuh tanda tanya.

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong ke? Atau tuan cari Puan Syikin dan Lut juga?" tanya Irdina. Macam sangat mustahil jika anak kepada majikannya itu mencari Irdina.

"Masuklah, ikut saya balik rumah." Niaz beri arahan. Alis Irdina hampir bertaut rapat dengan kenyataan Niaz.

"E-eh tak! Maksud saya, saya tumpangkan awak naik kereta pergi rumah saya untuk makan malam." Niaz membetulkan semula ayatnya.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now