IRDINA tergamam sebaik pintu rumah dikuak dari luar. Dia tidak terkejut dengan susun atur ruang tamu yang telah berubah. Namun, dia terkejut melihat perabot lama yang dah diganti dengan perabot baru.
Mungkin opah dah jadikan rumah ini sebagai inap desa. Tiada sebab pun dia nak pertikaikan kerana tanah ini memang kepunyaan wanita tua itu. Opah bagi dia menumpang di sini sehari dua pun dah cukup bermakna.
"Awak kenapa tercegat kat sini?" tanya Niaz apabila isterinya berhenti melangkah secara tiba-tiba.
Irdina yang sedang berdiri di depan pintu rumah, segera berpaling ke belakang. Niaz mesti tahu sesuatu kerana suaminya yang berurusan dengan opah.
"Ada orang duduk sini ke? Atau opah dah buat rumah ni jadi homestay?" soal Irdina.
Niaz ketawa kecil. Tidak tahu kenapa dia suka tengok muka isterinya yang terpinga-pinga. Nampak comel dan polos.
"Adik sesat ke?" Niaz cuit dagu Irdina. Sebelah tangannya menolak lembut belakang tubuh Irdina supaya meneruskan langkah.
"Orang tanya betul-betul dia boleh bergurau pula." Irdina mengomel. Dia rasa tak puas hati. Dari tadi Niaz asyik mengelak setiap kali dia bertanya tentang rumah ini.
"Tak ada siapa pun yang duduk sini dan rumah ni tak pernah jadi homestay." Niaz letak bagasi di tepi meja kopi.
Irdina menarik lebihan tudung bawal dan menutup hidungnya. Tidak tahan dengan bau perabot yang terperangkap di ruangan itu. Terlalu kuat.
"Macam mana awak boleh tahu semua pasal rumah ni?" soal Irdina lagi. Geram sungguh tengok muka bersahaja Niaz.
"Awak mandi dulu. Lepas solat maghrib nanti kita pergi rumah pak andak. Dia nak jumpa awak." Niaz cepat-cepat ubah topik. Ditarik tangan isterinya masuk ke dalam bilik.
Irdina hanya menurut. Ikut rasa hati dia nak soal siasat Niaz hingga dapat jawapan. Tapi dibatalkan niat itu kerana risau mereka akan terlepas waktu maghrib.
Tuala dan barang mandian yang dihulur Niaz bertukar tangan. Setelah itu, dia segera melangkah ke bilik air.
Hilang saja kelibat isterinya, Niaz rebahkan tubuh atas tilam. Ingin merehatkan mata sebentar.
——
"KENAPA kita datang sini? Rumah pak andak kan kat sebelah sana." Jari telunjuk Irdina dihalakan ke arah rumah Encik Hussin.
Sekarang ini mereka berada di halaman rumah Hajah Aminah. Tidak tahu apa tujuan Niaz bawa dia datang ke sini sedangkan lelaki itu tahu opah tidak pernah suka dengan dirinya.
"Ya, saya tahu. Tapi pak andak tunggu kita kat rumah opah. Jom." Niaz terus menapak keluar. Kemudian berjalan menuju pintu penumpang.
Di tempat duduk, Irdina masih tidak bergerak. Mengeras tubuhnya di situ. Dia tidak berdendam dengan opah. Cuma dia belum bersedia untuk berjumpa wanita tua itu.
"Tak nak. Awak masuklah, saya boleh tunggu kat luar ni." Irdina tahan pintu dari ditarik oleh Niaz.
"Mana boleh macam tu. Saya ada. Jangan risau." Pujuk Niaz. Tangan Irdina dicapai sebelum dia menarik isterinya keluar dari kereta.
Hendak tak hendak Irdina akur juga. Terpaksa. Terasa berat setiap langkah kakinya. Itu pun Niaz yang tarik untuk paksa dia berjalan.
Dari muka pintu rumah, ada Encik Hussin sedang berdiri menyambut kedatangan pasangan itu.
"Jemput masuk Dina, Niaz. Opah tengah tunggu kamu datang." Beritahu Encik Hussin sejurus bersalaman dengan Niaz.
"Kenapa tiba-tiba opah nak jumpa? Opah tak marah kat Dina ke?" Perlahan suara Irdina menyoal Encik Hussin.
YOU ARE READING
𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]
Romance(3rd Series of Love's) SPIN-OFF : Love's Regret. Nurin Irdina seorang gadis kecil molek tetapi mempunyai jiwa setinggi awan di langit. Biarpun hidup serba kekurangan, namun ianya tidak pernah melunturkan semangat Irdina untuk berjaya dalam pelajaran...