Bab 24

171 15 0
                                    

NIAZ menghamparkan tikar di tepi pusara Puan Hayati buat isterinya melabuhkan punggung. Kemudian, dia turut duduk di sisi Irdina.

Nafas digali dalam-dalam sebelum dilepaskan semula. Air mata Irdina tidak pernah lelah mengalir setiap kali teringat akan Puan Hayati.

Andai saja ketika itu Puan Hayati mahu mengikuti Irdina keluar dari kampung, pasti mereka sudah hidup bahagia berdua. Irdina beristighfar di dalam hati. Dia seolah-olah seperti menyalahkan takdir Allah.

Niaz mengusap belakang badan isterinya yang terhinggut-hinggut menahan tangisan. Dia tidak pernah mengalami kehilangan ahli keluarga apatah lagi orang yang paling dia sayang. Jadi, dia tidak dapat merasai apa yang isterinya rasakan.

Niaz juga tahu bukan mudah bagi Irdina melalui setiap ranjau perjalanan hidupnya selama ini. Dalam sekelip mata, Irdina hilang satu-satunya tempat untuk dia bergantung.

"Assalamualaikum, mak. Ini Niaz Isaac, suami Irdina dan menantu mak." tutur Niaz setelah mereka selesai membaca surah Yasin.

Irdina melorek senyuman tipis. Wajah tenang Niaz dikerling sekilas sebelum dia memerhati tangan lelaki itu bergerak membersihkan daun-daun kering yang jatuh di atas pusara Puan Hayati.

"Terima kasih mak sebab dah besarkan Dina sebaik mungkin. Hanya Allah saja yang mampu balas semua kebaikan mak. Insya-Allah, sekarang giliran Niaz pula untuk jaga anak mak hingga hujung nafas Niaz." ucap Niaz.

Suara garau Niaz yang melepasi pendengaran Irdina terasa sungguh syahdu. Ianya menambahkan lagi rasa sayu di hatinya. Tanpa segan-silu, Irdina memeluk lengan lelaki itu.

"Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa mak. Menantu mak ni baik sangat walaupun kadang-kadang dia kuat perasan." Irdina mula bersuara setelah lama membisu.

Meletus tawa kecil Niaz. Hujung lebihan tudung bawal Irdina digunakan untuk mengesat sisa air mata isterinya.

"Sebelah ni kubur arwah ayah. Kubur arwah ibu pula selang tiga baris dari kubur ayah." maklum Irdina.

Niaz meluruskan pandangannya ke arah yang di beritahu Irdina. Lantas, dia bangkit dan mendekati pusara Encik Zaini dan Puan Aminah.

Manakala, Irdina tetap kekal di situ. Dia hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan ekor matanya.

Tidak lama kemudian, Niaz kembali mendapatkan Irdina. Mereka sedang mengejar masa.

"Jom, sayang. Nanti kita terlepas feri." Niaz menyapa. Jam tangan dijeling sesaat. Lagi 10 minit akan melepasi angka 11.30 pagi.

Feri yang mereka tempah secara dalam talian akan bertolak pada pukul 2.45 petang. Perjalanan dari Kamunting ke Jeti Lumut menelan hampir satu jam perjalanan. Justeru, mereka perlu tiba awal dari waktu perjalanan sebenar.

"Dina balik dulu. Nanti Dina datang melawat mak lagi tau. Assalamualaikum, mak..." ucap Irdina dengan ton suara paling rendah. Sekadar pada pendengarannya sendiri.

Huluran tangan Niaz disambut Irdina. Sepasang kasut tanpa tumit disarungkan semula ke kakinya sebelum beriringan Irdina dan Niaz meninggalkan kawasan perkuburan itu.

——

BAYU lembut menyapa wajah ditemani dengan bunyi deruan ombak mengisi keheningan malam di Pangkor Laut Resort. Nampaknya, nasib tidak menyebelahi mereka.

Sejurus mendaftar masuk ke bilik penginapan petang tadi, hujan turun dengan lebat tanpa ada tanda-tanda akan berhenti.

Dari balkoni sea villa itu, pandangan Irdina lurus ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Rambut panjangnya yang diikat satu kelihatan bergerak-gerak mengikut tiupan angin.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now