Bab 33

173 17 4
                                    

HARI ini bermula kuliah pertama Irdina setelah dua tahun pengajiannya tertangguh. Seawal 8 pagi mereka tiba di Tanjung Malim. Kelasnya akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Terjengah-jengah kepala Irdina melihat ke luar kampus itu. Lama dia tak datang ke sini. Saat ini, dia rasa seperti pelajar yang baru mendaftar masuk ke kolej.

"Ya Allah... nervous!" Irdina mengumam. Ditarik tangan Niaz dan meramas jari-jemari panjang suaminya.

"Keep it up, don't give up! Sayang boleh buat punya." Niaz memberi kata-kata semangat. Terasa sejuk jari-jemari halus isterinya.

"Macam mana kalau otak saya dah tak boleh nak terima apa yang lecturer ajar? Tak boleh nak fokus masa belajar nanti?" Irdina mula persoalkan kemampuan diri sendiri.

"Belum cuba lagi awak dah mengalah. Kerja department lain kat office boleh pula awak tolong buat." Niaz angkat kening.

"Mana sama." Irdina berdecit.

"Apa yang tak sama? Konsep dia sama je asalkan awak ada usaha nak belajar benda baru." Nada Niaz rendah tetapi tegas.

Irdina diam membisu tanpa sebarang balasan. Setiap kali lawan mulut dengan Niaz mana dia boleh menang. Lantas, tangan kanan Niaz yang masih berada dalam genggamannya dikucup penuh hormat.

"Semoga maju jaya, sayangku. Habis kelas nanti jangan merayau pergi tempat lain. Tunggu kat sini sampai saya datang ya." Pesan Niaz. Kedua tangannya menekup sisi kepala Irdina dan sebuah ciuman dilabuhkan ke dahi isterinya.

"Okay... hati-hati drive. Jangan lupa makan sarapan yang awak beli tadi. Nanti basi, membazir rezeki." Sempat lagi Irdina membebel sebelum dia menapak keluar dari kereta.

----

KELAS yang sepatutnya tamat pada pukul 6 petang, ditamatkan sejam lebih awal. Irdina segera keluar meninggalkan dewan kuliah. Langkah kaki diatur ke kafeteria terlebih dahulu bila Niaz masih belum sampai.

Dia capai beberapa bungkus roti yang berlainan inti dan sebotol air mineral. Lapar yang teramat sangat. Waktu rehat tengah hari tadi dia tertidur selepas solat zohor. Bila terjaga, tinggal lagi beberapa minit saja sebelum kelas seterusnya bermula.

Selesai membuat pembayaran, Irdina duduk di bangku yang disediakan di situ. Hujung minggu seperti ini tidak terlalu padat dengan pelajar. Mungkin ada yang balik ke rumah keluarga atau keluar cuci mata di dunia luar sana.

"Hai... awak student intake baru ke?" Sapa seorang lelaki.

Lantas, Irdina mendongak memandang ke arah lelaki asing itu. Mungkin lelaki itu muda sedikit dari usianya.

"Eh, tak-tak. Saya student lama." balas Irdina.

"Yeke? Saya tak pernah nampak pun. Mesti awak tipu, kan?"

Berkerut kening Irdina dengan tuduhan lelaki itu. Dah kenapa pula dia nak tipu? Memang betul pun dia pelajar lama di sini. Aduhai...

"Nama awak siapa?" soal lelaki itu. Sejak tengah hari tadi dia dah perhatikan Irdina ketika keluar dari surau. Wajah mulus tanpa secalit solekan itu membuatkan hatinya berdetak kencang.

"Irdina. Boleh panggil Dina." Mendatar nada Irdina membalas.

"Hai, Dina. Kebetulan, nama kita hampir sama. Saya Dani Mirza, semester ketiga dalam jurusan Perakaunan." Teruja Dani tunjuk kad matrik yang tergantung di lehernya.

Mulut Irdina membentuk bulat lalu dia tersenyum janggal.

"Boleh tak saya nak pinjam pen dengan kertas?" Pinta Dani.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now