Bab 35

117 11 0
                                    

SELEPAS solat subuh, Niaz keluar menghantar Irdina ke warung Hajah Saadiah. Sengaja dia mengizinkan isterinya luang masa di sana bersama wanita tua itu.

Bila tengok wajah ceria Irdina sejak pulang dari rumah opah semalam, hati Niaz juga rasa lega. Setidaknya separuh beban yang ditanggung isterinya telah berkurangan.

"Terima kasih hantarkan saya." ucap Irdina sejurus kereta itu berhenti di hadapan warung. Tangan kanan Niaz dicapai dan dikucup hormat.

"Sama-sama. Enjoy your day, sayang." Digenggam kemas tangan isterinya. Sengaja Niaz menyuakan pipi kirinya.

Irdina ketawa. Pipi Niaz ditolak lembut. Tak kena tempat betul lelaki itu nak bermanja.

"Jangan mengada. Nampak tak ramai orang tengah tengok."

"Tahu." balas Niaz selamba. Memang dari awal dia dah perasan kehadiran mereka menjadi perhatian setiap manusia di situ.

"Pukul 11 nanti baru datang ambil saya tau." Pesan Irdina sebelum dia keluar dari perut kereta.

Warung Hajah Saadiah hanya beroperasi pada sebelah pagi sahaja. Menjual sarapan pagi. Boleh dikatakan waktu perniagaan warung itu tidak pernah melebihi 12 tengah hari.

----

SEDANG Irdina sibuk membantu Hajah Saadiah menyediakan pesanan pelanggan, muncul Mak Nab dan Puan Hasnah di warung wanita tua itu.

Dari luar Mak Nab masih kenal figura Irdina walaupun tanpa melihat wajah wanita muda itu. Penampilan Irdina masih tetap sama. Tidak banyak yang berubah pun.

"Bila masa anak saudara kau balik sini, Nah?" Perlahan suara Mak Nab menyoal Puan Hasnah.

"Entah. Tak kuasa aku nak ambil tahu hal dia." Menonong Puan Hasnah berjalan. Meja kosong menghadap sawah padi menjadi pilihan. Lagi bagus dia tengok sawah dari tengok muka anak saudaranya itu.

Masih sakit hati dia bila Hajah Aminah tiba-tiba boleh lembut hati menerima Irdina. Dan yang paling dia tak dapat terima tentang tanah milik arwah adiknya.

Selama ini dia buat baik dengan Hajah Aminah semata-mata kerana nak dapatkan tanah itu. Sekarang segala-galanya hancur bila tanah itu dah jadi hak Irdina. Sungguh dia tidak puas hati!

"Tak nampak kami kat sini ke, hajah?" laung Mak Nab.

Hajah Saadiah hanya mampu menggeleng. Sudah agak lama tak nampak kelibat dua orang wanita itu. Tiba-tiba hari ini muncul makan di warungnya. Tapi dia tahu tujuan Mak Nab dan Puan Hasnah datang ke sini.

"Biar Dina pergi ambil order." Irdina sentuh bahu Hajah Saadiah. Kesian pula tengok wanita itu terkejar-kejar. Nak memasak, nak ambil pesanan lagi.

Kebetulan seorang pekerja Hajah Saadiah ambil cuti hari ini kerana ada urusan peribadi. Memang tak menang tangan wanita itu nak buat kerja. 

"Jangan dilayan kalau dia orang ada cakap yang bukan-bukan." Sempat Hajah Saadiah menitipkan pesan. Irdina senyum tipis sebelum dia capai pen dan kertas di atas meja kaunter.

"Mak Nab dengan mak ngah nak minum apa?" soal Irdina. Anak matanya hanya fokus pada kertas di tangan. Entah kenapa setiap kali berhadapan dengan dua wanita ini emosinya cepat berubah.

"Bagi aku nasi lemak ayam dengan teh o suam. Aku tak nak kamu yang bancuh air. Nanti entah apa benda kamu letak dalam tu." Sinis Mak Nab.

"Baiklah, Mak Nab." jawab Irdina acuh tak acuh. Mak Nab tak nak, dia pun tak ingin nak buat.

"Aku punya sama dengan Nab." Puan Hasnah mencelah sebelum sempat Irdina bertanya.

Sejurus mengambil pesanan, Irdina segera berlalu ke dapur. Dua biji gelas kaca diambil dan diletakkan atas dulang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now