Bab 26

143 18 2
                                    

SUASANA di lobi syarikat hartanah milik Tuan Zayd hingar-bingar dengan pekerja-pekerja yang ingin pulang setelah tamat waktu bekerja.

Sejak Irdina melangkah keluar dari pejabatnya, tidak putus-putus dia menerima ucapan tahniah dari rakan sekerjanya. Ada juga yang hanya melempar pandangan sinis. Seolah-olah perkahwinannya dan Niaz adalah satu jenayah besar.

Dalam tidak sedar, hampir tiga minggu Irdina dan Niaz melayari bahtera rumah tangga. Boleh dikatakan, kehidupan peribadi mereka berdua berubah hampir 80 peratus.

Banyak perkara baru yang mereka belajar bersama. Niaz yang nampak serba sempurna, masih ada kekurangannya dan begitu juga sebaliknya dengan Irdina.

Lamunan Irdina lenyap sebaik saja kereta Niaz berhenti betul-betul di hadapannya. Kelihatan lelaki itu keluar dari perut kereta sebelum membukakan pintu untuknya.

"Sorry sayang, sorry saya lambat datang ambil awak." Bersungguh-sungguh Niaz meminta maaf kerana membiarkan isterinya menunggu lama.

Irdina menatap wajah Niaz yang jelas terpancar rasa bersalah. Rambut coklat gelap lelaki itu basah dengan peluh. Kedua belah kaki Niaz pula disarung selipar dan stoking. Kenapa comel sangat suaminya ini walaupun nampak tidak terurus? Meletus tawa Irdina.

"Tak apa... Saya pun baru aje turun." balas Irdina lalu menerobos masuk ke dalam kereta. Usai memasang tali keledar, dia toleh wajah ke tempat pemandu.

"Dapat client cerewet ke?" soal Irdina setelah kenderaan itu meluncur meninggalkan bangunan HZ Land.

"Muka saya nampak ketara sangat eh?" Soalan dibalas soalan. Irdina mengangguk seraya jemarinya ligat membetulkan rambut Niaz yang berserabut.

Niaz tersentak dengan perbuatan spontan Irdina. Namun, dia hanya membiarkan tangan lembut itu merapikan rambutnya. Sentuhan isterinya membuatkan dia rasa sangat dihargai.

"Kali ni special case. Saya bukan pergi inspection dengan client tapi dengan boss yang cerewet gila!"

Berkerut alis Irdina. Tidak mungkin 'boss' yang dimaksudkan Niaz itu Tuan Zayd pula?

"Daddy ke?"

"Nope. Bukan daddy tapi Noah. Semua serba tak kena kat mata dia. Forecast tak betullah, over budgetlah. Sampai delivery schedule lambat pun dia nak complain. Apa yang dia nak pun saya tak tahu. Patut tak saya suruh daddy hantar dia balik Australia? Biar dia uruskan HQ aje." rungut Niaz. Jari-jemari Irdina diraih dan dikucup bertalu-talu.

"Dah nama pun boss. Suami saya ni kan pekerja yang berdedikasi. Takkan tak boleh nak handle boss cerewet."

Niaz tersenyum sendiri. Bahagia. Ingat senang ke isteri dia yang kaku dan beku ini menggelarnya sebagai suami?

"Awak ni cantik tau, tapi sayang..." Sengaja Niaz menggantung ayatnya.

Irdina segera berpaling. Niaz yang tiba-tiba saja memuji membuatkan dia ternanti-nanti sambungan dari lelaki itu. Namun, tiada sebarang tanda Niaz ingin melanjutkan bicaranya.

"Tapi apa?"

"Hah? Apa yang tapi?"

"Awak cakap tak habis tadi. Kenapa?"

Niaz menggeleng. Pura-pura tidak faham dengan soalan yang diajukan isterinya. Kebetulan ketika itu mereka berhenti di lampu isyarat. Dia membalas renungan Irdina. Terketap-ketap bibirnya menahan senyum.

"Kenapa sayang?" tanya Irdina dengan muka polos.

"Awak panggil saya sayang ke?" Niaz bermain soalan.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now