Bab 17

162 15 0
                                    

SEPANJANG Honda Civic itu berada di jalan raya, ruang di dalam kereta Lut hanya dipenuhi bunyi radio yang terpasang semata-mata.

Dikerling Niaz di tempat duduk penumpang sebelum sepasang mata Lut beralih pada cermin pandang belakang. Masing-masing terus menyepi melayan perasaan.

"Terima kasih hantarkan aku balik." ucap Niaz semasa kereta Lut berhenti di luar pagar rumah mewah Tuan Zayd.

Lut membalas ucapan itu dengan anggukan kepalanya. Setelah menapak keluar, Niaz membuka pintu belakang pula.

Irdina mendongak. Dahinya berkerut halus tatkala menatap laman wajah Niaz.

"Kenapa?" tanya Irdina.

"Kenapa apa?" Niaz menyoal semula sambil sebelah tangannya menahan pintu kereta.

"Tiba-tiba buka pintu saya kenapa? Barang tuan ada tertinggal kat belakang ni ke?" meliar mata Irdina meneliti tempat kosong disebelahnya.

Niaz berdeham. Berulang kali dia memberikan isyarat supaya gadis itu keluar. Namun, Irdina masih tidak dapat menangkap maksudnya.

"Pindahlah depan. Kau ingat aku ni driver e-hailing ke?" suara Lut memecah keheningan. Seakan memberi isyarat agar Irdina keluar dari keretanya.

Macamlah dia tak nampak pasangan itu bermain mata. Bahkan, dia sendiri terdengar perbualan kedua-dua manusia itu sewaktu di kandang kambing Haji Jalil semalam. Pembetulan, dia terdengar tanpa tidak disengajakan!

Irdina segera menerobos keluar. Sebaik pintu ditutup, dia berpusing menghadap Niaz yang sedang berdiri di arah bertentangan.

"Tuan ada nak cakap apa-apa ke? Kalau tak ada, saya balik dululah." kata Irdina.

"Oh, please. I don't like your first word." Niaz berdecit.

"Susahlah... saya dah terbiasa panggil tuan macam tu." Irdina melepaskan keluhan perlahan.

"Again?" mengecil mata Niaz menatap wajah polos itu.

"Jangan sampai saya tarik balik apa yang saya cakap semalam eh." balas Irdina bersama ugutan.

Sesekali Irdina menoleh ke arah tingkap kereta. Risau pula jika Lut mendengar perbualan mereka berdua.

"Sepatutnya awak rasa bangga dapat kekasih merangkap bakal suami yang cukup pakej macam saya ni."

"Shhh... Mulut awak ni kan! Kalau Lut dengar macam mana, hah?" perlahan suara Irdina memarahi lelaki itu.

Tersungging di bibir Niaz sebuah senyuman. Terhibur dengan tingkah spontan Irdina yang memijak hujung kasut sarungnya.

"Biarlah kalau dia dengar pun. Mesti dia happy bila dapat tahu saya ni akan jadi adik ipar dia." ujar Niaz bersahaja.

Matanya masih tak lepas dari merenung gadis yang sedang berkerut-kerut menahan bahang cahaya matahari.

"Dahlah, kalau awak setakat nak kenakan saya baik saya balik dulu." ujar Irdina. Tidak mahu mengikut rentak lelaki itu. Tak tahu ke dia tengah menanggung malu yang maha dahsyat sekarang ini?

Niaz ketawa kecil. Saat fokusnya dan Irdina bersatu, jelas kelihatan wajah gadis itu merona merah. Terbantut niatnya untuk terus mengusik gadis itu.

"Jumpa awak dekat office esok. Jaga diri." pesan Niaz sebelum gadis itu menerobos masuk ke dalam kereta.

Sempat sepasang mata redup Niaz menangkap senyuman yang singgah di bibir Irdina. Dalam beberapa saat, kereta Lut berlalu meninggalkan kawasan perumahan itu.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now