TERGAMAM. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan Irdina ketika ini. Semuanya terasa bagaikan mimpi sejurus dia menjejakkan kaki di Queensland yang merupakan negeri kedua terbesar di Australia.
'Bertenang Dina, kau datang sini atas urusan kerja bukannya cuti-cuti Malaysia. Ingat tu.' getus hati kecil Irdina.
Sengaja Irdina berjalan sendirian di belakang Lut dan Puan Syikin. Dia ingin melihat-lihat kawasan sekitar perkarangan bangunan ibu pejabat mereka.
"Oi! Jauh berangan!" sergah Lut, dia menapak ke arah Irdina. Sementara Puan Syikin pergi ke tandas yang berada di aras lobi.
"Mana ada aku berangan. Cuma terpegun je tengok negara orang." balas Irdina mendatar.
"Yeke? Entah-entah kau tengah usyar mat saleh yang lalu lalang depan ni." Lut mengusik gadis itu.
"Ish! Kau ingat aku tak ada kerja lain ke?"
"Malu nak mengaku konon... kau punya manager pun handsome tau. Seminggu ni dapatlah kau cuci mata tengok dia. Bonus untuk kau sebab dia bujang." Lut menaikkan keningnya berkali-kali. Irdina tayang riak bosan. Lut tak habis-habis ingin menyakat dia.
Setelah Puan Syikin kembali dari tandas, mereka bertiga segera menaiki lif lobi. Tidak tahu kenapa jantung Irdina berdegup-degap kencang sampai rasa memulas isi perutnya. Mungkin perasaan teruja dan gugup bercampur menyebabkan dia kegelisahan.
Sejurus lif berhenti di tingkat lima, kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang menunggu di hadapan pintu bilik mesyuarat.
Masing-masing melabuhkan punggung di atas kerusi sambil berbual antara satu sama lain. Irdina hanya memerhati dan mendengar perbualan mereka yang lain.
"Hi, Miss Irdina. Let me introduce myself. My name is Ashton Nguyen as a Payroll Manager and this is our Head of Department, Sierra Bailey." ujar lelaki bernama Ashton, dia berdiri lantas menghulurkan tangan kanan pada Irdina.
Melihatkan Irdina kaku tidak bereaksi, Lut segera bertindak bersalaman dengan Ashton. Segaris senyuman Lut layangkan buat lelaki kacukan Vietnam-Australia itu.
"It was nice meeting you and miss Sierra, sir." Irdina membalas, tangan kanan diletakkan di dada seraya mengangguk kepala sebagai isyarat sapaan.
"She's a muslim, Ash. They don't tend to touch someone who is opposite gender that aren't related to them without a reason." Sierra berbisik di sisi lelaki itu.
Ashton tersenyum sumbing lalu dia memohon maaf pada Irdina atas keterlanjurannya sebentar tadi.
Beberapa minit kemudian, perhatian mereka semua tertumpu ke arah pintu bilik mesyuarat yang dibuka dari luar.
Seorang lelaki separuh abad melangkah masuk dan diikuti oleh dua orang jejaka di belakang lelaki itu. Senyuman mesra tak lekang terukir di bibir Tuan Zayd.
"You'll meet with our director who are here with us, Dina. From the left side, we have our CEO, Mr. Zayd Hayes. Our COO, Mr. Noah Hayes and our MD (Managing Director), Mr. Isaac Hayes." Ashton bersuara, memperkenalkan ketua mereka kepada Irdina.
Lantas, Irdina mengulum senyuman tipis pada majikannya.
Niaz merenung ke arah susuk Irdina yang duduk tegak di sebelah Lut. Meski pun gadis itu tersenyum tetapi riak gadis itu tampak kosong. Seolah-olah Irdina berada di dalam dunia ciptaannya sendiri.
YOU ARE READING
𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]
Romance(3rd Series of Love's) SPIN-OFF : Love's Regret. Nurin Irdina seorang gadis kecil molek tetapi mempunyai jiwa setinggi awan di langit. Biarpun hidup serba kekurangan, namun ianya tidak pernah melunturkan semangat Irdina untuk berjaya dalam pelajaran...