Bab 10

188 15 0
                                    

SEJAK kemunculan Irdina dalam hidup Niaz, suara dan riak wajah gadis itu sering kali berlegar-legar dalam laut fikirannya. Kadang-kadang dia sendiri tak sedar bibirnya menguntum senyuman apabila teringat akan Irdina.

Bahkan bukan sehari saja Niaz merasakan begitu. Malah setelah berminggu-minggu dia mula menyedari bahawa bayangan Irdina telah bertapak kukuh dalam mindanya.

Bila dikenangkan semula, Niaz dah berjumpa dengan bermacam jenis perempuan. Dari anak orang kaya hinggalah yang cantik bak Miss Universe namun hanya Irdina saja yang mampu meleburkan sekeping hatinya hingga tak dapat kembali ke bentuk asal.

Sewaktu hari terakhir sebelum Irdina berangkat pulang ke tanah air, Niaz ada menyatakan sekali lagi hasrat hatinya untuk berkenalan dengan Irdina. Malah gadis itu tetap tidak mahu memberi peluang kepada Niaz.

"Jangan cakap besar sangat Niaz. Aku harap kau jatuh cinta lepas tu kau kena reject dengan perempuan tu. Padan muka kau!"

Tak semena-mena ucapan Noah tempoh hari terasa segar dalam kotak ingatannya.

'Tak guna punya abang!'

Niaz mengomel sendiri sambil merenung kosong skrin telefon bimbitnya yang berada atas meja kerja. Spontan dia telah menghubungi seseorang. Selang beberapa saat kemudian taliannya bersambung.

"Kamu mimpi apa Niaz tiba-tiba aje call daddy?"

Berkerut pelipis Niaz. Cepat-cepat telefon bimbit itu dilekapkan ke telinga kanannya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum Niaz memulakan bicara.

"Assalamualaikum, daddy dengan mummy sihat?" tanya Niaz.

Kelopak mata Niaz yang terpejam rapat kembali terbuka luas apabila kedengaran tawa halus Tuan Zayd di hujung talian.

"Waalaikumussalam, Niaz... daddy rasa kamu yang tak sihat sekarang ni." ujar Tuan Zayd. Berkerut alis Niaz.

"Alhamdulillah, Niaz sihat aje kat sini."

"Habis tu dah kenapa pagi ni sampai dua kali kamu call daddy tanya soalan yang sama? Niaz nak cakap apa sebenarnya?"

Sejurus itu, Niaz menghantukkan dahinya berkali-kali pada permukaan meja kerja. Aduhai Niaz! Dia betul-betul tak ingat jika pagi tadi telah menghubungi Tuan Zayd.

"E-err... sebenarnya Niaz..." Niaz tercari-cari ucapan yang sesuai, tapi tak tahu kenapa otaknya tak dapat berfungsi dengan baik.

"Niaz fikir dulu nak cakap apa, nanti bila dah jumpa ayat baru call daddy semula." balas Tuan Zayd, berura-ura ingin menamatkan panggilan.

"Kejap! Niaz sebenarnya nak minta transfer ke KL boleh tak daddy?"

"Hah? Ini kenapa tiba-tiba pula kamu tukar fikiran? Bukan ke hari tu kamu sendiri yang beria tak nak balik sini semula?" tanya Tuan Zayd. Dapat dia rasakan bahawa sikap anak bongsunya agak aneh sejak kebelakangan ini.

"Bukan apa daddy, Niaz terfikir ada betul juga apa yang mummy cakap dulu. Kat KL pun Niaz boleh cari pengalaman bekerja. Buat apa duduk jauh-jauh kat sini. Lagi pun mesti mummy happy kalau dia tahu Niaz nak balik sana." Niaz mula mengeluarkan alasan.

"Bila Niaz nak balik Malaysia?"

"Kalau boleh malam ni." Niaz tersengih sendiri.

"Kamu jangan nak buat gila, Niaz. Balik seminggu sebelum majlis nikah Noah. Selesaikan dulu semua kerja kamu kat sana." Tuan Zayd berbicara tegas.

"Okey, daddy. Niaz sedia menurut perintah. Bye, love you!" Niaz segera menamatkan panggilan yang dibuat melalui aplikasi WhatsApp itu.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now