Bab 15

215 15 0
                                    

USAI majlis malam itu, Irdina membantu Hajah Saadiah dan Puan Salmiah iaitu ibu kepada Lut, mengemas sisa-sisa makanan dan segala perkakas yang telah digunakan.

Dari bawah khemah, Irdina memerhati Hajah Aminah dan Puan Hasna tergesa-gesa meninggalkan teratak Encik Hussin.

Malas mahu mengambil tahu tentang kedua wanita itu, Irdina kembali menyambung kerjanya yang tergendala. Sedang dia leka mengutip pinggan dan cawan pakai buang, dia terasa ada seseorang yang baru muncul di sisinya.

"Meh saya tolong pegangkan plastik tu." ujar Niaz. Plastik sampah hitam bersaiz XL mula bertukar tangan.

Pinggan pakai buang yang telah disusun terus dimasukkan ke dalam plastik. Dari meja ke meja, Niaz setia mengikuti setiap pergerakan Irdina. Sepasang matanya tak lepas dari menatap seraut wajah ayu itu.

"Susah betul nak dengar suara awak. Macam ada peti harta karun dalam mulut tu." omel Niaz.

Tingkah Irdina terhenti saat suara Niaz menyapa pendengarannya. Sejenak dia berdeham. Membetulkan peti suaranya.

"Terima kasih tuan sudi datang majlis tahlil arwah mak dan ayah saya malam ni." ucap Irdina. Segaris senyuman ikhlas turut dilayangkan untuk lelaki itu.

"Ya Allah! Manisnya... lagi manis dari agar-agar yang saya makan tadi. Kalau hari-hari awak senyum kat saya macam tu boleh kena diabetes tau." ujar Niaz seraya melekapkan sebelah tapak tangannya ke dada.

Haih... memang lena tidurnya malam ini.

"Tuan pun dah patut kurangkan makan makanan yang manis." Irdina menjeling sekilas.

Sedikit sebanyak, pujian Niaz memberi kesan pada dirinya. Tak semena-mena senyuman yang pada awalnya tipis kian melebar di bibirnya.

"Saya cakap benda betul kot. Kalau awak tak senyum memanglah nampak manis tapi bila awak senyum macam tadi makin bertambah-tambah manis."

"Sudah-sudahlah tuan nak mengayat. Simpan sikit ayat-ayat manis tu untuk bakal isteri tuan pula."

"Okay, saya ikut cakap awak."

"Kenapa nak kena ikut cakap saya?" Irdina mengerutkan kening. Laman wajah Niaz ditatap seketika.

"Awak kan bakal isteri saya. Mestilah saya kena ikut cakap awak." jawab Niaz.

"Tak kelakarlah!" Irdina mengetap giginya.

"Siapa cakap saya tengah buat lawak? Saya..."

Niaz menggantungkan ayatnya apabila tiba-tiba kelibat Mak Nab terpacul di hadapan mereka berdua.

Irdina menghela nafas panjang. Masalah apa lagi yang akan dia hadapi sebentar nanti. Bukan dia tak tahu bahawa Mak Nab masih tidak berpuas hati dengannya sejak kejadian sewaktu di warung dulu.

Walaupun wanita itu berusia hampir ke 55 tahun, tetapi tak dapat dinafikan perangai dan umur Mak Nab tidak seiring dengan tingkah lakunya. Kadang-kadang Irdina sendiri tak faham apa yang wanita itu mahukan sebenarnya.

"Patutlah lama tak balik kampung. Dah dapat lelaki yang lagi kaya dari Azad rupanya kat bandar tu." selamba Mak Nab berkata.

Berdesing telinga Niaz sebaik mendengar tuduhan Mak Nab. Dia kerling ke arah Irdina. Gadis itu membisu seribu bahasa dengan riak wajah kosong seakan kata-kata Mak Nab tak memberi kesan.

"Mak cik tengah bercakap tentang Dina ke?" tanya Niaz. Plastik sampah yang berada di tangannya di letakkan ke tanah.

"Ada orang lain lagi ke kat sini selain dia?" Mak Nab tersenyum sumbing.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now