Bab 21

162 20 0
                                    

IRDINA membuat keputusan untuk terus bertahan di rumah Tuan Zayd. Meskipun dia tahu kedatangannya di situ tidak diraikan Puan Amelia.

Berada di kalangan mereka semua membuatkan dirinya terasa sangat kerdil. Tak ubah seperti burung pipit yang berangan untuk terbang sama tinggi dengan si enggang.

Namun, Irdina dapat menarik nafas lega kerana Tuan Zayd, Noah dan Ayra melayan dia selayaknya seperti seorang tetamu.

"Siapa perempuan yang duduk sebelah menantu you, Amy?" tanya Anne sambil melirik ke arah meja makan.

Puan Amelia turut menebarkan pandangannya ke arah yang sama. Matanya menangkap susuk Irdina sedang tertawa bersama anak, menantu dan suaminya.

"Oh, itu staff husband I. Saja jemput dia join sekali hari ni."

"I see... I ingatkan girlfriend anak teruna you. Ada peluang lagilah untuk Nadine kan?"

"As you wish, Anne. You ingat I saja-saja ke jemput family you datang sini." jawab Puan Amelia. Kedua-dua wanita itu tertawa halus.

Nadine yang mendengar perbualan itu hanya mampu tersenyum palsu. Dia bukannya buta hingga tidak dapat membezakan cara pandangan dan layanan Niaz terhadap Irdina.

Nadine juga tidak berminat dengan jodoh aturan keluarga. Ianya belum tentu bahagia. Silap-silap, berkahwin tak sampai seminggu dia dah minta cerai.

"Jom, Dina. Saya hantar awak balik." Niaz bersuara setelah sedar akan perubahan pada Irdina. Air muka gadis itu tampak suram biarpun berselindung di balik senyuman.

Dengar saja kata-kata Niaz itu, Irdina bingkas dari duduknya. Memang itu yang dia tertunggu-tunggu sedari tadi. Dia ingin segera keluar dari rumah ini.

"Saya balik dulu, Tuan Zayd, Tuan Noah, Puan Ayra. Terima kasih sudi terima saya sebagai tetamu hari ni." ucap Irdina penuh hormat.

"Uncle harap kamu tak seriklah datang ke sini lagi. Uncle minta maaf kalau ada terkurang dari pihak kami sekeluarga." balas Tuan Zayd. Panggilan dirinya juga bertukar.

"Luar dari kawasan office awak dah boleh tukar panggilan. Ini uncle, yang ini panggil abang." Noah mengingatkan. Niat sebenarnya lebih kepada ingin mengusik Niaz.

"Tak payah mengadalah kau. Abang-abang, geli aku!" pangkah Niaz. Dijeling si abang yang hanya tayang muka selamba.

"Aku suruh Dina yang panggil macam tu, bukannya kau."

"Cukuplah akak sorang je panggil kau abang. Dina tak payah."

"Betullah apa yang abang kamu cakap. Dah tentu Noah lagi tua dari Dina. Cemburu tak kena tempat!" Tuan Zayd mencelah.

"Kan, daddy? Jealous macam dia sorang je yang ada buah hati." Noah memeluk erat bahu isterinya sebelum tangan Ayra merangkul pinggang lelaki itu.

"Tak payah nak cakap orang. Kamu tu pun sama aje." balas Tuan Zayd. Meletus tawa anak-anak dan menantunya.

Irdina hanya tersenyum simpul melihat telatah ketiga-tiga lelaki itu.

"Saya nak jumpa Puan Amelia sekejap." beritahu Irdina perlahan ketika mereka berdua menjauhi meja makan.

"Tak apa, nanti saya bagi tahu mummy yang saya dah hantar awak balik." Niaz membalas. Tertunduk kepalanya bagi melihat wajah Irdina yang berdiri di sisi kanannya.

"Ala... janganlah macam tu. Saya datang cara baik, takkan saya nak terus balik je."

"Meh, saya temankan awak jumpa mummy."

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now