Bab 7

363 22 2
                                    

"KENAPA dengan abang ni? Sakitlah pegang tangan Suri macam ni!" adu Suri apabila Emir menarik tangan Suri sebaik saja mereka sampai di rumah dan Suri meletakkan Tiara di dalam bilik tidurnya.

Wajah Emir masih lagi tegang serius. Dia membawa Suri ke ruang tamu.

"Siapa lelaki tadi?" soalnya dingin.

"Zayn, bos Suri. Kenapa dengan dia?"

"Apa hubungan Suri dengan dia?"

Suri mengeluh.

"Hubungan kitaorang adalah hubungan antara pekerja dan majikan ajelah. Abang... kenapa tiba-tiba nak cemburu macam ni? Suri tak sempat kenalkan Zayn dengan abang pun tadi."

"Abang tak suka dengan dia. Jangan rapat sangat dengan dia."

"Dia bos Suri. Abang... abang tak boleh macam ni... abang jangan macam ni. Jangan mula cemburu."

"Mestilah abang cemburu! Sayang isteri abang."

"Cemburu atas sebab? Abang, abang tak percaya pada isteri abang sendiri ke? Suri isteri abang dan abang patut tahu yang Suri takkan pernah terfikir untuk curang dengan abang."

Emir diam. Suri mengeluh kemudian memeluk badan Emir.

"Suri sayang abang seorang aje dalam dunia ni. Janganlah buat Suri macam ni, abang. Jangan cemburu macam ni sebab abang dah janji dengan Suri yang abang tak nak cemburu buta macam ni lagi."

"Abang cemburu sebab abang sayang Suri. Abang sayang Suri sangat-sangat. Abang tak nak Suri tinggalkan abang."

"Tak, Suri takkan tinggalkan abang. Janganlah fikir sampai macam tu sekali. Abang tak percaya pada Suri ke? Kita dah lama kahwin abang. Suri memang sayang abang seorang aje."

Emir membalas pelukan isterinya itu.

"I'm sorry," katanya.

"I love you," ucap Suri.

"I love you more, sayang."

Dan... pergaduhan itu berlalu begitu saja. Suri tetap dengan pendiriannya untuk bekerja seperti biasa walaupun dia tahu Emir tidak suka dengan Zayn. Akan tetapi Zayn hanyalah rakan sepejabat bahkan dia juga sudah menjadi tunangan orang. Tidak mungkin isteri orang seperti Suri mahu berhubungan sulit dengan tunang orang seperti Zayn.

Sudahlah Zayn itu muda tiga tahun daripadanya.

Di pejabat, Suri bekerja seperti biasa. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan anginnya tidak elok. Sangat tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Suri... ok tak? Diam aje aku tengok kau dari tadi," tegur Yusra yang memerhati.

Suri mengangguk sambil tangan dan matanya sibuk melakukan kerja dengan menggunakan komputer.

"Ok aje. Aku kan bila kerja memang akan diam. Tengah fokus, kenalah diam."

"Hmm... eh, Emir suka tak baju yang aku kasi tu?" Dia mula bertanya soalan lain pada Suri.

"Entah, tengok pada muka macam suka aje. Kenapa tak tanya sepupu kau sendiri?"

Suri sengaja menekankan ayat 'sepupu' itu.

"Dah tanya tapi tak balas. Alang-alang kau ada dekat sini... aku tanya ajelah kau. Kenapa lain aje nada kau ni? Kau marah aku kasi hadiah pada Emir ke?"

"Tak marah cuma pelik. Kenapa lain birthday gift kau untuk dia tahun ni? Kau tahu kan dia belum dapat kerja tetap? Kau bagi dia hadiah macam tu macam tengah perli dia aje. Kau perli dia ke?"

Yusra menggeleng.

"Mana ada aku perli dia. Aku kasi hadiah macam tu sebab aku rasa baju dengan tali leher tu sesuai dengan dia aje. Aku bukan nak perli... aku cuma nak kasi."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now