Bab 36

379 26 1
                                    

TANPA sedikit pun rasa malu, Anggun menunjukkan saja semua gambarnya bersama Emir di atas katil pada Yusra. Dia ingin sekali melihat reaksi wanita yang pernah menghancurkan hidupnya dahulu apabila melihat gambar-gambar yang begitu ghairah ini.

"Aku tunjuk kau semua gambar ni bukan sebab aku nak buat kau rasa cemburu tapi aku nak kau sedar yang kau dah game dengan Emir. Dia janji nak kahwin dengan kau tapi dia tidur dengan aku. Hmm... lelaki macam tu ke kau nak jadikan suami?"

Yusra melihat gambar-gambar itu kemudian memandang Anggun.

"Apa bezanya kau? Kau pun sanggup jadi perempuan murah semata-mata kerana Emir sedangkan kau ada Raid yang kaya-raya sebagai suami."

Anggun tersenyum sinis.

"Aku bukannya hadap sangat Emir Hadi tu. Oh, please! Kau ingat selama ni aku duk berkepit dengan dia macam belangkas tu sebab aku cintakan dia ke? Tak, Yusra. Aku tak pernah sikit pun ada rasa cinta pada dia apatah lagi terfikir nak kahwin dengan dia. Hei, aku takkan tinggalkan suami aku untuk lelaki macam tulah."

"Habis tu? Kau dah buat dia gila bayang dengan kau tau. Kenapa kau buat semua ni?"

"Hahaha... dia gila bayang dengan aku tapi bukan masalah aku. Aku cuma gunakan dia untuk habiskan masa terluang aku saja. Raid selalu busy sampai tak ada masa untuk aku. So, I'm using him for my own pleasure. Hmm... bila aku dah bosan nanti, aku buang ajelah dia dan kau pulak boleh aje kutip dia."

"Kenapa kau buat macam ni pada aku... pada Emir? Kenapa kau nak kena musnahkan hidup dan kebahagiaan kitaorang? Kau tahu aku dah lama tunggu Emir untuk kahwin dengan aku kan? Tapi kenapa kau tetap nak ganggu hubungan aku dengan dia?"

"Betul, kau nak tahu kenapa aku buat semua ni?" soal Anggun.

"Ah, cakap ajelah. Tak payah nak berkias-kias dengan aku," jawab Yusra.

Anggun tersenyum sinis.

"Aku buat semua benda ni pada kau orang berdua hanya kerana satu sebab aje. Dendam."

"Dendam? Eh, bila masa pulak aku atau Emir buat masalah dengan kau? Kitaorang tak pernah kenal kau pun selama ni, Anggun Alessa."

"Memanglah... memang kau orang tak pernah kenal Anggun Alessa. Tapi... kau orang kenal Suri Hawani. Kan?"

Yusra tersentak. Anggun terhibur melihat reaksi itu.

"Eh, kenapa muka macam tu? Terkejut bila aku sebut nama Suri Hawani? Hmm... Yusra, Yusra. Kau buat kerja tak clean tau. Kau dah berjaya musnahkan rumah tangga aku dengan Emir dulu tapi kau tak berjaya singkirkan aku dalam hidup Emir. Sampai sekarang pun Emir masih ingat pada aku kan? Sebab tu sampai sekarang kau masih tak kahwin dengan dia."

"Suri? Kau Suri? Macam... macam mana kau masih hidup?"

Yusra tidak sangka bahawa Anggun Alessa adalah Suri Hawani.

"Aku tak pernah mati, Yusra. Accident yang kau tengok dalam TV tu hanya cara aku untuk matikan diri Suri Hawani. Lepas aje Emir halau aku dan ceraikan aku... aku accident sampai muka aku jadi hodoh sehodohnya tapi umur aku masih panjang. Aku buat plastic surgery dan tukar identiti diri aku menjadi Anggun Alessa macam apa yang kau tengok sekarang ni."

"How do I look now? Hot, beautiful, sexy and classy. Lebih cantik daripada Suri Hawani kan? Hmm... sebab nilah kut agaknya Emir boleh tergila-gilakan aku."

Yusra diam. Dia terlalu terkejut dengan apa yang baru saja dia tahu saat ini.

Tak mungkin perempuan yang dia benci kini telah berubah menjadi perempuan yang lebih hebat berbanding dirinya.

"Haih... janganlah terkejut sangat macam baru nampak hantu, Yusra Zulaika. Chill, aku masih bernafas depan kau. Aku belum mati lagi."

"Sekarang... sekarang kau dah jadi Anggun Alessa dan hidup kau pun dah lebih baik daripada hidup lama kau kan? Kenapa masih kau nak ganggu aku dengan Emir?"

"Sebab aku tak puas hati dengan kau. Kau tikam belakang aku... kau musnahkan kebahagiaan aku dengan Emir! Kononnya kaulah kawan terbaik aku tapi rupa-rupanya kau adalah manusia keji yang sanggup fitnah aku semata-mata kerana cemburu. Aku kena cerai dengan Emir dalam hujan sebab kau tau."

"Hidup aku yang bahagia dengan suami dan anak aku... kau musnahkan macam ni aje!" Anggun memetik jari sambil berkata begitu dengan wajah yang serius.

"Sekarang ni kau boleh tanya kenapa aku masih nak ganggu hidup kau dengan Emir? Hei... takkanlah baru kena karma sikit dah rasa sakit macam ni? Ini semua belum cukup untuk puaskan hati akulah. Lepas ni akan ada lagi karma untuk kau daripada aku."

"Aku akan beritahu Emir pasal semua ni... pasal siapa diri kau sebenarnya!" ujar Yusra.

"Pergi! Pergilah beritahu dia. Kau ingat dia nak percaya cakap kau? Kau ingat dia nak percaya yang aku ni Suri Hawani? Hahaha... silap-silap dia tuduh kau perempuan gila tau."

"Aku tak ganggu hidup baru kau, Suri. Jangan ganggu hidup aku!"

"Anggun! My name is Anggun! Kau jangan sebut nama Suri tu lagi!" arah Anggun.

Kemudian dia tersenyum sengih.

"Hmm kejap... apa? Kau cakap apa tadi? Kau tak ganggu hidup baru aku jadi aku tak boleh ganggu hidup kau? Ewah... ewah, sedapnya mulut kau bercakap! Kau ingat apa yang kau buat pada aku dulu tu benda yang remeh ke? Hei, apa ni? Takkanlah baru kena sikit, dah tersungkur macam ni? Come on, Yusra Zulaika. Kalau nak jadi jahat, tak boleh lembik macam ni! Takkanlah dengan aku pun kau kalah? Hmm... tak sangka perempuan keji macam kau ni, selembik ini!"

"Buat malu semua golongan penyondol dan perampas ajelah kau ni. Kalau kau masuk kelab penyondol-penyondol Malaysia, terus kena kick on the spot!" ejek Anggun lagi.

Melihat Yusra yang hanya mampu terdiam membuatkan Anggun berasa puas hati. Tidak sangka perempuan itu tidaklah sehebat yang disangka.

"Oklah, pasal Emir tu... kalau kau masih nak dia, kau ambil ajelah. Dia pun dah dua kali jadi bekas aku dan kau memang suka ambil sisa bekas aku kan? Ambil ajelah. Aku dah tak hadap lelaki bodoh macam dia tu lagi. Dia pun memang selayaknya dengan kau. Dua-dua sama aje bodoh!"

"Aku akan beritahu Raid pasal semua ni. Masa tu kita tengok siapa yang akan tersungkur."

Anggun terus ketawa.

"Haih... nak beritahu Raid pulak? Eh, boleh sangat. Pergilah... pergi beritahu dia pasal semua ni termasuk dengan gambar-gambar tu. Kau tahu kan location Global Sphere dekat mana? Pergilah. Aku sangat mengalu-alukan kedatangan kau ke Global Sphere dengan semua gambar ni. Sebab aku pun nak tengok juga saat-saat kau akan dimarahi oleh Tan Sri Iskandar Raid sebab dah fitnah isteri dia, Puan Sri Anggun Alessa."

"Suami aku tu tak bodoh macam Emir Hadi yang senang-senang aje boleh percaya apa yang orang lain cakap pasal isteri dia. Dia lebih percayakan aku sebab tu aku sikit pun tak takut kalau kau nak pergi beritahu dia. Tapi kalau kau tetap nak cuba nasib, pergi ajelah Global Sphere tu. Aku tak halang tau. Aku siap mengalu-alukan lagi dan kalau kau nak aku sediakan red carpet untuk kau masa kau datang nanti pun boleh."

Tidak tahan diejek dan diperli, Yusra terus bangun untuk beredar dari situ.

Langkah yang hendak berjalan keluar tiba-tiba terhenti tatkala Anggun berkata sesuatu.

"Ini baru permulaan untuk kehancuran hidup kau dengan Emir. Lepas ni akan ada banyak lagi balasan daripada aku untuk kau orang berdua. Karma is real, Yusra Zulaika. You just need to wait and see."

Lalu, Yusra pun berlalu pergi. Dalam masa yang sama, Anggun tersenyum puas apabila melihat wajah Yusra yang gentar itu.

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now