Bab 19

414 26 2
                                    

USAI selesai solat Isyak, Raid terus duduk di atas katil sebelah Anggun. Dia memandang Anggun yang masih lagi belum tidur kemudian dia membuka buku yang sering dia baca sambil bercakap sesuatu dengan isterinya.

"Kenapa tak tidur lagi?" tanya Raid.

"Tak mengantuk lagi," jawab Anggun.

"Tak mengantuk ke masih fikir pasal permintaan Darina tu? Tak payah fikir sangatlah semua tu."

Anggun memandang Raid.

"Tapi macam menghampakan dia pulak. Haih... susahlah macam ni. I tak nak buat anak-anak kita hampa."

"Dah tu you nak ikut apa yang dia nak? Ok, jom. Kita tunaikan sekarang."

"Hish... you ni!" kata Anggun.

Raid tersenyum sinis sambil berdehem.

"Tak nak pulak. Tadi you juga yang kata tak nak hampakan permintaan anak-anak."

"It's not a easy thing. Apa kita nak jawab kalau dia betul-betul berharap? I belum bersedialah. Tak pernah terfikir pun sampai macam ni sekali bila I kahwin dengan you. Kita tak pernah lebih ke arah batin."

"Sebab tu I cakap tak payah fikir sangat."

"You rasa I ni isteri yang berdosa ke sebab tak turutkan keinginan you sebagai suami dan tak menunaikan kewajipan I sebagai isteri di tempat tidur?"

Raid menutup buku yang dibacanya itu. Seterusnya dia memandang wajah Anggun dan berpaling badannya menghadap wanita itu.

"You jaga pakai makan I tak selama ni?"

Anggun mengangguk.

"You uruskan harta benda I tak selama ni?"

Anggun mengangguk.

"You jaga aib I sebagai suami you tak bila you ada di luar selama ni?"

Anggun mengangguk.

"You dengar cakap I sebagai suami tak selama ni?"

Anggun mengangguk.

"Habis tu you rasa you isteri berdosa ke hanya kerana you tak tunaikan tanggungjawab you pada I di tempat tidur? I sendiri pun tak pernah mempersoalkan semua tu kan?"

Anggun diam.

"Dear... I tahu semua ni bukan mudah untuk you. I tahu you masih ada trauma dengan hidup lama you tapi I ok aje. Yalah... tipulah kalau I cakap I tak bernafsu dengan you. You kan isteri I... tapi kalau I terlalu ikutkan nafsu, I takut I tak hormat you. Macam mana sekalipun I tetap kena hormat you."

"Kalau I memaksa, I takut ianya jadi rogol dalam perkahwinan. I tak nak berdosa dengan you dan I tak nak sakitkan you. Macam mana sekalipun I tetap kena bersabar dan tunggu you bersedia."

"So, anytime whenever you're ready, please let me know."

"I'm sorry. Kadang-kadang I rasa yang I dah seksa you dalam perkahwinan kita ni. Banyak hak you yang I dah nafikan sebab I masih takut dengan apa yang dah jadi. I'm sorry, d. I am being unfair to you."

"No, you're not, dear. Sebagai suami I memang kena selalu faham you. I ok aje dengan segala apa yang you nak buat kecuali satu..."

"Apa dia?" soal Anggun.

"Jangan menduakan I. Walaupun satu hari nanti you dah tak sayang I... dah tak nak I jadi suami you atau pun you dah jatuh cinta dengan lelaki lain, janganlah menduakan I. Please beritahu I walaupun I kecewa. At least, I tak rasa kena tipu dan you tak menipu."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now