Bab 12

429 28 0
                                    

AIR matanya mengalir deras bagai aliran air terjun yang sentiasa mengalir menuju muara tanpa henti dan itu menggambarkan betapa remuknya hatinya sebagai seorang isteri apabila mengenangkan semula saat dia diceraikan oleh Emir dek kerana fitnah dan adu domba yang telah Yusra lakukan.

Keadaannya masih tidak pulih kerana kerap bersedih mengenang nasib diceraikan dan merindui si kecil yang masih tidak mengenal siapa ibunya. Suri menjadi begitu lemah sekarang ini. Zayn dan Marlia yang memerhatikan dirinya di balik tingkap wad itu berasa simpati dan marah terhadap Emir dan Yusra sebaik saja Suri menceritakan segala-galanya kepada mereka.

"I tak sangka semua ni akan jadi pada Suri. Tergamak Emir buat dia macam tu semata-mata termakan fitnah yang Yusra cakapkan. Sepatutnya dia lebih percayakan Suri sebab Suri tu isteri yang dia kahwini selama enam tahun. Apa punya suami macam tu? Dayus betul!"

Marlia sakit hati apabila memikirkan hal itu.

"Patutlah Emir macam tak suka bila Suri nak kenalkan I pada dia masa dekat taman tasik tu. Dia memang percaya kata Yusra yang kononnya I dengan Suri ada skandal? Huh... I really can't believe this. Suri tu dah anggap I tak lebih daripada adik aje dan I pun sedar yang dia isteri orang. I belum gila lagi nak berskandal dengan isteri orang tau," ujar Zayn sambil menggelengkan kepalanya.

"Kalau orang dah iri hati macam tulah. Suri tu tak kacau hidup Yusra pun tapi Yusra pulak over macam Emir tu kepunyaan dia. Dasar bodoh betullah perempuan tu!"

Zayn mengajak Marlia kembali berjumpa dengan Suri di dalam wad itu.

"Suri..." panggil Marlia.

Suri memandang Marlia kemudian terus berkalih kembali ke arah tingkap.

"Cik Marlia dengan Encik Zayn buat apa lagi dekat sini? Tak jijik ke dengan keadaan muka saya yang dah buruk ni?"

"Jangan cakap macam tu, Suri. Sama ada muka awak elok atau buruk... saya tetap akan ada untuk awak. Macam mana awak rasa sekarang?"

"Saya rasa kosong, bodoh dan putus asa. Semuanya dah hilang daripada saya sekarang. Saya hilang suami saya, anak saya dan semuanya dengan sekelip mata saja. Saya--"

Dan... Suri terus kembali menangis.

"Saya tak kisah kalau Emir dah terlalu benci pada saya tapi saya tak boleh terima bila dia pisahkan saya dengan anak saya. Saya tak salah! Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Zayn. Cik Marlia, tolonglah percaya cakap saya! Saya sumpah saya tak ada skandal dengan Encik Zayn."

Beria-ia Suri berkata sambil menangis dan mengangkat tangannya tanda sumpah pada Marlia. Dia seolah-olah takut dengan jawapan yang bakal Marlia berikan.

Marlia terus jadi sebak apabila melihat Suri begitu. Dia pantas memeluk tubuh Suri maka makin lebatlah air mata Suri menangis.

"Saya tahu, Suri. Saya tahu awak tak ada apa-apa dengan Zayn. Saya percaya awak... saya percaya awak tak salah, Suri. Jangan risau... saya ada dekat sini untuk awak."

~~~

PULANG dari hospital, Marlia membawa Zayn pulang ke rumah untuk berjumpa dengan abangnya iaitu Tan Sri Iskandar Raid. Marlia dan Zayn berniat untuk memberitahu Raid mengenai kisah Suri agar ada sesuatu yang boleh dibantu oleh lelaki itu dalam memperbetulkan kembali hidupnya yang sedang derita.

"Apa yang abang boleh buat, Marlia? Perlu ke abang tolong orang yang tak ada kena mengena dengan kita?" tanya Raid saat mendengar niat adiknya yang mahu membantu Suri.

Raid adalah seorang manusia yang susah mahu mempercayai orang lain apatah lagi mahu membantu orang lain. Padanya, tiada sebab mahupun keperluan untuk membantu Suri Hawani yang asing terhadap dirinya sendiri.

Berbeza dengan Marlia yang amat suka membantu dan mudah berasa kasihan pada orang lain.

"Alaa... abang, please? I know you can do something to help her out from this depression. Abang kan Tan Sri Iskandar Raid... you have all the power to do something."

Raid menggeleng.

"Kenapa beria sangat nak tolong dia? Dia yang ada masalah... dia yang kena cerai, jadinya apa kena mengena dengan Mar? Apa kena mengena dengan abang? I don't even know who is she!"

Marlia memandang wajah abangnya.

"Mar sayang Suri tu macam kakak sendiri dan Mar memang dah anggap dia macam kakak sendiri sebab dia yang banyak guide Mar sepanjang Mar balik duduk Malaysia ni, abang. Suri hormat Mar lebih daripada seorang majikan. Dia selalu caring pasal Mar even dia yang banyak ajar Mar untuk handle company kita."

"Her presence makes me feel like I still have a mother and a sister to be talking to everyday. Plus, she is you when you're not here with me, abang. She always there for me during your absence."

Raid terdiam.

"Sebab tu Mar tak nak ikut abang pindah duduk London semula? Sebab dia?" soal Raid yang inginkan kepastian.

Marlia masih lagi memandang wajah abangnya itu.

"Betul. Abang, lepas apa yang jadi pada arwah bonda dan arwah Kak Rania... abang tahu kan macam mana keadaan Mar? Abang masih ingat kan apa yang jadi pada Mar? Sama aje apa yang berlaku pada Mar dulu dengan apa yang berlaku pada Suri sekarang ni. Kami berdua rasa kehilangan, hadapi kemurungan dan rasa kosongnya hidup. Mar beruntung sebab masih ada abang sebagai penguat semangat tapi Suri? Dia tak ada sesiapa, abang. Anak tunggal, anak yatim piatu, sebatang kara dan sekarang kena cerai dengan suami yang bangang mudah sangat percaya fitnah orang. Abang tak rasa simpati ke?"

"Kalau Suri tu hanya staf biasa yang Mar tak kenal sangat... Mar pun takkan beria nak tolong dia macam sekarang ni tapi disebabkan Suri adalah orang penting untuk Mar... Mar nak sangat abang tolong dia. Sebab Suri tu adalah orang kedua yang Mar paling sayang selepas abang dalam dunia ni. So, please... help her."

"Tak, masalahnya sekarang ni bukan senang tau untuk abang tolong dia. Abang kena fikir pasal anak-anak abang juga, Darin dan Darina. Darina tu baru aje nak masuk 10 tahun dan Darin pulak masih baby. Dengan anak-anak sendiri pun abang tak terdaya nak uruskan... apatah lagi nak tolong Suri tu."

"Hmm... Abang Raid, saya rasa pasal Darin dan Darina tu saya boleh tolong," ujar Zayn.

Lalu itu membuatkan Marlia tersenyum.

"See? My lovely future husband pun boleh nak tolong abang. Sekarang, tak ada masalah dah kan? Abang boleh tolong Suri demi Mar? Boleh kan?"

"Pandai ke Zayn jaga budak-budak?" tanya Raid.

"Tak pandai tapi saya boleh belajar. Yalah... nanti bila dah kahwin, saya boleh jagakan anak-anak untuk Marlia. Tak apa, hal sekolah Darina dan pengasuh Darin tu, saya boleh uruskan dengan kawan saya. Mama dia ada buka pusat jagaan bayi dan saya boleh tolong hantar Darina ke sekolah sementara dia memandangkan abang belum buat keputusan sama ada nak balik ke London atau tinggal terus di KL. InsyaAllah, semuanya ditanggung beres!"

Marlia dan Zayn tersenyum sengih pada Raid dan Raid mengeluh malas.

"Ok, fine... fine... fine! Abang akan tolong kakak angkat kesayangan Mar dan Zayn tu--"

"Yes! Thank you, abang!" ucap Marlia.

"Eh, abang belum habis cakap lagi tau! Ok, abang akan tolong Suri tapi ada syaratnya..."

"Syarat apa, abang?" tanya Zayn.

"Suri, Zayn atau Marlia tak boleh masuk campur dalam apa saja keputusan abang terhadap Suri. That means segala kos rawatan, pembiayaan diri dan segala-galanya yang melibatkan diri dia adalah seratus peratus keputusan abang! Apa aje yang abang nak buat pada Suri tu hak abang. Boleh? Setuju?" 

"Tuan punya badan pun tak boleh masuk campur? Abang, apa ni?" soal Marlia.

Raid tersenyum sinis.

"Itulah syaratnya kalau Mar nak sangat abang tolong Suri. Senang aje... kalau setuju, kata setuju. Kalau tak, kata tak. Abang tak kisah kalau tak jadi tolong dia."

"Ok, setuju! Apa sajalah... asalkan Suri dapat hidup yang baru," kata Marlia.

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now