Bab 8

354 20 0
                                    

"MOMMY pergi work kejap tau. Tiara tinggal dengan ayah dulu. Nanti lepas tiga hari mommy janji mommy akan balik jumpa Tiara," seloroh Suri sambil mendukung dan mencium pipi anaknya yang baru berusia enam bulan.

Kemudian Emir datang meletakkan beg pakaian isterinya di dalam kereta sebelum mengambil Tiara daripada pangkuannya.

Suri bersalaman dengan Emir.

"Abang ok ke jaga Tiara seorang aje ni? Kalau tak boleh, Suri minta tolong aje dengan jiran depan rumah kita tu. Dia memang pengasuh budak-budak."

"Ok, abang ok aje jaga Tiara ni. Janganlah risau. Abang boleh jaga anak kita," kata Emir.

Suri mengangguk. Dia kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan bersedia untuk memulakan pemanduan ke Johor.

"Sayang... jangan rapat sangat dengan Zayn. Sayang tahu kan abang tak suka?"

"Ya, abang. Saya sentiasa tahu abang tak suka dan saya janji saya dengan dia atas dasar kerja saja. Jangan risau ok? Percaya saya."

Emir mengangguk.

Suri pun berlalu pergi meninggalkan anak dan suaminya. Dalam perjalanan dia mendapat panggilan telefon daripada Zayn yang turut sama di dalam perjalanan sepertinya.

"Helo, bos."

"Helo, Suri. Awak dah gerak ke?"

"Dah, bos. Hmm... bos dengan Cik Marlia gerak sekali atau asing?"

"Gerak sekali. Dia ada aje di sebelah saya ni. Hmm... Suri, awak gerak dulu tau. Saya dengan Marlia nak singgah ofis sekejap sebab ada dokumen yang tertinggal. Apa-apa nanti kita jumpa di sana."

"Ok, bos. Hati-hati memandu dan kirim salam pada Cik Marlia."

Panggilan dimatikan. Suri teruskan pemanduan sehinggalah tiba-tiba saja enjin keretanya terhenti di tepi jalan raya yang sibuk. Suri hairan dan dia cuba untuk menghidupkan semula enjin keretanya namun tidak boleh jua.

Di situ dia tahu bahawa keretanya sedang rosak.

"Allahuakbar! Time macam ni jugalah kau nak rosak. Padahal aku baru aje servis kau dua bulan lepas. Aduh!"

Suri mengeluh. Dia membuka hud hadapan kereta lalu berkepul-kepul asap keluar dari bahagian dalaman. Suri mengeluh sekali lagi.

Apalah dugaan yang dia lalui hari ni?

Mahu menelefon Emir... dia sudah terlalu jauh dari rumah. Akhirnya, Suri duduk di dalam kereta sendirian selama 10 minit sehingga Zayn menelefonnya sekali lagi.

"Helo, Suri. Awak dah sampai mana?"

"Helo, bos. Saya tersadai dekat tepi jalan ni sebab enjin kereta saya tiba-tiba mati. Tak boleh start langsung. Saya rasa saya akan sampai lewat sikit bos."

"Kereta rosak? Ok, awak kasi location pada saya. Nanti saya dengan Marlia datang ambil awak."

"Ok bos," jawab Suri.

Suri menunggu Zayn dan Marlia selama satu jam. Mereka berdua tiba di tempat Suri dan Zayn yang keluar dari kereta.

"Tak ada orang singgah tolong ke tadi?" tanya Zayn.

"Tak ada. Semua orang pandang aje tak tolong pun. Ni nasib baik bos berdua datang sini dan tak gerak ke Johor lagi."

"Tak apalah, tinggal aje kereta dekat sini. Awak naik ajelah dengan kitaorang," ujar Marlia dari dalam kereta Zayn.

"Betul tu. Tinggal aje kereta dekat sini dulu. Nanti saya uruskan dengan pomen saya. Jom," kata Zayn.

Suri mengangguk.

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now