Bab 9

345 18 1
                                    

SEMASA makan malam bersama bertiga, banyak topik yang mereka bualkan. Suri berasa seronok kerana dapat satu meja dan meluangkan masa bersama orang muda seperti Zayn dan Marlia yang sangat berwawasan dan berfikiran jauh.

"But seriously, don't be afraid with marriage. Perkahwinan ni adalah ibadah yang paling lama kita nak buat dalam hidup kita. So, takkanlah nak kahwin untuk setahun dua aje kan? Bila kita buat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan pilihan kita, kita sepatutnya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang datang dalam rumah tangga kita."

"Kalau kitaorang bergaduh macam tak ada hari esok dan mula benci antara satu sama lain tu macam mana pulak?" tanya Zayn.

"Pergaduhan tu kadang-kadang perlu dalam sebuah perkahwinan. Ianya seolah-olah sebagai perencah rumah tangga untuk menjadi lebih baik di masa akan datang. Tapi bila gaduh besar... jangan terlalu ikutkan rasa marah tu. Sebab rasa marah tu boleh bertukar racun yang boleh membunuh rasa cinta. Bergaduh hari ni... esok sebolehnya cubalah berbaik. Macam mana pun setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian yang munasabah."

"Allah tak suka kita bergaduh dan tidak bertegur sapa selepas tiga hari tau. Itu dikira sebagai putuskan hubungan silaturahim," pesan Suri lagi.

Zayn dan Marlia mengangguk faham.

"Best dengar apa yang awak cakap ni, Suri. Hmm... awak dah berapa tahun kahwin?" tanya Marlia.

"Baru enam tahun. Tapi semua apa yang saya cakap tadi... datang daripada arwah mak ayah saya. Diorang selalu pesan macam tu pada saya dan saya ikut pesanan tu dalam rumah tangga saya dari mula kahwin sampai sekarang bila dah ada anak satu."

"Hah... cakap pasal anak, pressure tak bila orang duk tanya pasal anak sebelum wujudnya Tiara? Suri dapat Tiara selepas lima tahun lebih kahwin kan?" tanya Zayn.

Suri mengangguk.

"Ya, selepas lima tahun lebih mencuba akhirnya Allah berikan rezeki Tiara untuk saya lahirkan. Sebelum mengandung, memang pressure juga. Kiri kanan... baik saudara mara mahupun jiran tetangga semuanya duk bertanya bila nak ada anak. Down jugalah bila acap kali ditanya soalan macam tu tapi saya kuatkan semangat dan terus percaya pada rezeki dan takdir yang Allah nak kasi. Sebagaimana jodoh itu rahsia Allah, begitu jugalah anak."

"Anak adalah anugerah dan amanah daripada Allah untuk pasangan suami isteri menjadi ibu bapa. Bila dah dapat anugerah macam tu... kenalah jaga dan pelihara elok-elok. Setiap apa yang kita asuhkan pada dia sama ada menjadi baik atau buruk, itu semua Allah akan tanya balik di akhirat nanti. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak ni berat dan besar. Jangan rosakkan setiap peluang yang Allah dah bagi pada kita."

Suri memandang Zayn dan Marlia.

"Encik Zayn dan Cik Marlia... perkahwinan boleh menjadi sempurna seperti syurga kalau kita pandai menguruskannya tapi perkahwinan juga boleh menjadi sengsara seperti neraka kalau kita ambil mudah mengenainya. Tiada perkahwinan yang kekal sempurna dalam dunia ni tapi perkahwinan boleh mengajar kita tentang kehidupan yang kita tak pernah sedar."

Kemudian dia senyum.

"Tapi saya percaya jodoh Encik Zayn dan Cik Marlia panjang. Banyakkan doa supaya segala urusan persiapan perkahwinan ni berjalan dengan lancar."

Dalam masa yang sama, telefon pintar Marlia berbunyi. "Oh, call dari staf lain. Dah sampai sini agaknya. Kejap, I pergi jawab." Dia terus bangun dari tempat makan meninggalkan Zayn dengan Suri.

Suri sambung makan manakala Zayn sudah selesai. Namun tiba-tiba Suri sedikit tersedak saat dia minum air menggunakan straw.

Uhuk! Uhuk!

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now