Bab 30

450 33 4
                                    

DENGAN rasa amarah yang penuh membuak-buak di dada, Iskandar Raid pulang ke rumah lantas mencampak saja kot bajunya ke lantai. Wajahnya merah kerana bengang dengan keadaan antara dia dan Emir di pejabat sebentar tadi. Emir memang sengaja mahu membakar perasaannya tatkala beria bercerita tentang Anggun.

"Lepaskan ajelah Anggun. Dia dah tak sayang kau lagi," kata Emir.

Raid menarik kolar baju Emir.

"Kau jangan melampau! Anggun sayang aku! Dia selamanya akan sayang aku!" tegas Raid.

Emir tersenyum sinis.

"Kalau dia sayang kau... aku takkan ada dalam hidup dia sekarang ni tau. Come on Raid... memang secara dasarnya kau ada lebih daripada apa yang aku ada tapi kau tak ada cinta Anggun sebab cinta Anggun ada pada aku. Itu saja dah cukup membuktikan bahawa Anggun lebih pentingkan aku daripada kau."

"Yakin sangat kau bila bercakap kan? Hei, kau baru kenal Anggun tu sebulan dua tau sedangkan aku ni dah empat tahun hidup dengan dia. Aku lebih kenal siapa isteri aku. Jadi, kalau kau fikir bila kau cakap macam ni aku akan percaya, tak payahlah. Aku tak bodoh nak percaya jantan macam kau!"

"Terpulang..." ujar Emir.

"Terpulang pada kau sama ada nak percaya aku atau tak tapi manusia yang kau kenal bertahun-tahun pun boleh berubah. Tak semestinya hari ini dia masih sama dan esok dia takkan berubah. Air laut pun ada pasang surutnya, ini kan pulak hati manusia." 

"Dan kau ingat Anggun manusia yang macam tu? No, she will never changed. She loves me more than everything in this world!"

"We'll see," kata Emir lagi.

Raid memandang wajah Emir.

"Kau cabar aku ke ni?"

"Tak cabar tapi may the best man wins."

Apabila kenang kembali kata-kata Emir yang mencabar dirinya membuatkan Raid rasa sungguh marah.

"Aku takkan lepaskan Anggun pada mana-mana lelaki sampai bila-bila!" desis hatinya yang marah.

"D, dah balik? Jom makan?"

Raid menjeling ke arah Anggun.

"You ada apa dengan Emir sebenarnya?"

Anggun hairan. Dia meletakkan lauk di atas meja kemudian memandang Raid.

"Nothing. It's just a game between us."

"Kalau tak ada apa-apa kenapa dia boleh berani datang ofis dan mengaku yang you dah janji nak hidup dengan dia!?" jerkah Raid.

Anggun terkejut apabila dijerkah kemudian dia pun turut rasa marah.

"Excuse me, Tan Sri Iskandar Raid! You jerkah I?"

Jeda.

Raid diam. Dia mengeluh sendiri.

"I'm sorry. I serabut sekarang ni... especially dengan apa yang Emir beritahu I."

"Emir beritahu apa pada you?" tanya Anggun serius.

"Dia cakap you akan tinggalkan I dan kahwin dengan dia tak lama lagi. You dah janji dengan dia untuk kahwin dengan dia. Betul ke?"

"Ya, memang betul I ada cakap macam tu tapi you pun tahu itu semua pura-pura aje. I takkan tinggalkan you. Kan I sendiri dah janji semua tu?"

"Tapi you pun dah janji dengan dia," kata Raid.

"Janji I dengan you adalah tulus dari hati I sendiri. Janji I dengan dia adalah dusta dari dendam yang masih I simpan. Tak sama, d."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now