Bab 25

480 27 2
                                    

"YOU yakin ke nak buat semua ni? Balas dendam pada diorang dengan cara macam ni?" tanya Raid yang tidak berapa yakin apabila Anggun memberitahu dirinya mengenai rancangan balas dendamnya terhadap Emir dan Yusra.

"Ya, I memang dah nekad nak balas dendam pada diorang. I tak boleh tunggu lagi," kata Anggun.

"Tapi I pulak risau kalau you terperangkap dalam game you sendiri. Dear, it's not easy to do this. You nak rapat dengan Emir, habis tu kalau Emir dah betul-betul jatuh cinta dengan you macam mana? Kalau dia memang gila bayang dengan you, apa yang you akan buat?"

"Itu semua lakonan sajalah, d. I akan buat dia angau dengan I tapi I takkan angau dengan dia. D, I beritahu semua plan I ni sebab I tak nak you salah faham. I masih nak jadi isteri you... I masih nak you ada dalam hidup I dan I sayangkan hubungan kita. Nanti kalau ada apa-apa yang berlaku antara I dan Emir... I nak you percayakan I. Keep on trusting me even though the situation is not like that."

Raid mengeluh.

"What if you jatuh cinta balik dengan dia dan you nak hidup dengan dia? I tak akan lepaskan you, Anggun. Serious talk!"

Anggun menggeleng.

"I won't, ok? D, I tak akan terima lelaki bodoh tu dalam hidup I balik sebagai suami. Dah tak ada cinta untuk dia sebaik saja dia buang I macam anjing kurap malam tu. I tahu I isteri you tapi kalau I tak buat macam ni, diorang takkan rasa sakit yang I rasa. I cuma nak diorang rasa lebih teruk daripada apa yang I rasa. Tentang kita... jangan risau. I takkan tinggalkan you. I janji, Raid."

"You takkan tinggalkan I untuk dia? You buat semua ni hanya sebab dendam aje kan? Bukan sebab you masih cintakan Emir."

Raid mahukan kepastian.

"Yes, d. I'm doing this just for revenge. Not because of love. Just revenge!"

Raid mengangguk.

"Ok, I pegang kata-kata you dan anggap ianya sebagai janji. Tapi ingat, Anggun Alessa... kalau hati you berubah kembali sayang pada Emir dan you nak hidup semula dengan dia, I akan pastikan you dengan dia tak akan dapat bersama. You ingat kan syarat-syarat I masa you nak I tolong you dulu? Once you are mine, you always be mine... forever!"

Kata-kata Raid seriring dengan pandangan tajam yang terpaku pada Anggun. Anggun tahu dari nada suara dan kata-kata itu, Raid sememangnya serius. Anggun turut sedar sikap diri Raid yang sebenar selama mereka berkahwin. Ya, memang terbukti Raid amat menyayangi Anggun namun melalui sisi dirinya yang lain, dia juga bersikap posesif terhadap Anggun.

Pendek kata, walau apa pun jadi... Anggun tak akan boleh pergi dari hidup Raid untuk selama-lamanya.

Raid memegang dagu Anggun agar Anggun mendongak memandangnya.

"Faham tak?" soalnya lembut namun tegas.

"Faham, d. I tahu dan I masih ingat dengan janji kita. I takkan tinggalkan you."

Raid tersenyum mengangguk.

"Good. Ok, I izinkan you balas dendam pada diorang dan rapat dengan Emir tapi kalau semua ni dah jauh tersasar dari rancangan asal, jangan salahkan I kalau I berubah jadi someone yang you tak suka."

Anggun mengangguk faham. Dia menggosok tangan Raid sambil tersenyum.

~~~

PROJEK kerjasama antara Perkasa Holdings dan Global Sphere berjalan dengan lancar sebaik saja Anggun bersetuju untuk meneruskan tandatangan perjanjian antara dua syarikat itu bersama Emir. Kini, sudah rasmi Emir akan selalu bersama dengan Anggun sehinggalah projek mereka ini tamat dalam tempoh satu tahun.

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now