Tiga hari kemudian...
KERETA Suri pun sudah siap dibaiki oleh mekanik upahan Zayn. Kerja mengenai projek syarikat pun sudah selesai diuruskan. Kini, dia boleh pulang ke pangkuan keluarga dengan hati yang gembira.
"Terima kasih bos sebab tolong uruskan kereta saya sampai siap bawa datang kereta saya ke Johor," ucap Suri.
"Sama-sama. Nanti bila dah sampai KL, call Marlia ya? Dia pesan pada saya supaya awak call dia bila dah sampai rumah. Dia risau bila awak drive petang macam ni sebab mesti akan sampai KL malam."
Suri mengangguk faham.
"Hmm... bos berdua balik bila? Tidur semalaman lagi ke dekat sini?"
"Haah, nampaknya macam tulah. Marlia cakap dia tak puas nak berjalan dekat Johor ni dan tak puas shopping, so saya pun extend satu malam lagi. Esok pagi baru kitaorang balik."
"Oklah kalau macam tu... saya balik dulu. Hari pun dah petang ni. Tak nak sampai KL lewat sangat."
Zayn mengangguk. "Drive safe," ujarnya.
~~~
SAMPAI saja di perkarangan rumah, hati Suri begitu teruja. Dia sudah begitu teruja untuk memakaikan Tiara baju-baju yang sempat dia beli di Johor malah ada juga pakaian yang dia belikan khas untuk Emir. Setibanya dia di Kuala Lumpur, cuaca sudah pun hujan dan waktu sudah gelap malam tapi tidak mengapa, asalkan dia dapat bersama keluarganya.
"Assalamualaikum!" ucap Suri saat dia masuk ke dalam rumah.
Dia tersenyum saat melihat anak dan suaminya di ruang tamu. Suri terus memeluk Emir dan mencium pipi Tiara.
"Abang, Suri dah balik!" katanya.
Namun Emir tidak bereaksi. Dia tetap menonton televisyen tanpa menghiraukan kepulangan Suri.
"Abang, saya ada beli something untuk abang dan anak kita. Mesti abang suka. Tengoklah."
"Beli untuk aku ke beli untuk Zayn?" tanya Emir.
Suri bingung.
"Of course saya belikan untuk abang. Kenapa nak belikan untuk Zayn pulak? Apa ni?"
"Yalah... mana tahu asalnya nak belikan untuk dia tapi dah terbawa balik rumah, kau cakaplah kau belikan untuk aku."
"Ya Allah, abang! Dah kenapa macam ni? Saya ni baru aje balik rumah. Penat pun tak habis lagi... abang dah buat macam ni. Kenapa?"
Emir bangun dan dia mencengkam lengan Suri.
"Penat? Penat melayan Zayn berhari-hari kan? Eh, Suri... kau jangan ingat kau pandai sebab kau tipu aku! Apa sebab kau pergi Johor tu? Kau cakap dengan aku sekarang!"
"Saya pergi Johor tu sebab kerjalah! Saya dah beritahu abang sebelum tu lagi tapi abang cakap saya tipu? Saya tipu apa?"
"Aku nampak kereta kau tersadai tepi jalan dua hari lepas. Bila aku call kau banyak kali, kau tak jawab langsung. Lepas tu aku dapat video pasal kau dengan Zayn. Dalam video tu aku nampak kau tunggu Zayn lepas tu kau ikut dia naik kereta dia. Kau tinggal kereta kau macam tu aje! Itu bukan menipu lagi ke namanya, Suri Hawani!?" pekik Emir pada Suri.
Suara pekikan itu turut mengejutkan Tiara yang sedang berbaring di dalam katil bayi berhampiran dengan mereka berdua. Tiara menangis di situ namun Emir tidak mempedulikan tangisan anaknya itu.
"Saya tinggal kereta dekat situ sebab kereta tu rosak, tak boleh hidup! Saya nak telefon abang tapi saya dah terlalu jauh dengan rumah. Kalau saya call abang... macam mana abang nak datang? Macam mana abang nak bawa Tiara naik motor? Sebab tu saya tak call abang. Dalam masa yang sama, Zayn pun lalu jalan yang sama... so saya minta tolong dia. Ya, memang betul dia ajak saya naik kereta dengan dia tapi dalam tu juga ada tunang dia. Kami tak berdua dalam kereta tulah. Dalam kereta tu ada tunang dia juga!"
![](https://img.wattpad.com/cover/365529730-288-k149217.jpg)
YOU ARE READING
The Revival of Love (Completed)
RomanceSuri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir me...