Bab 45

622 41 1
                                    

Dua minggu kemudian...

HOSPITAL sudah menjadi seperti rumah kedua bagi Tan Sri Iskandar Raid tatkala menemani Puan Sri Anggun Alessa yang dirawat. Sebaik saja ambulans membawa Anggun ke hospital, doktor mendapati bahawa Anggun kehilangan banyak darah jadi Anggun disaran untuk ditidurkan seketika.

Raid menjadi sungguh kusut dan tidak terurus malah dia langsung tidak berganjak ke mana-mana hanya kerana mahu menemani isterinya.

Segala urusan pejabat dihentikan sementara bagi menunggu Anggun Alessa sedar. Anak-anak mereka pula dijaga oleh Zayn dan Marlia.

"Nah, Mar ada masakkan makanan untuk abang. Makanlah," ujar Marlia yang datang melawat abang dan kakak iparnya bersama Zayn.

"Thanks but I'm not hungry," jawab Raid.

"Abang, janganlah macam ni. Mar tahu abang risau dengan keadaan Kak Anggun tapi abang tetap kena jaga kesihatan. InsyaAllah Kak Anggun akan sedar tak lama lagi."

Marlia sayu melihat abangnya begitu.

"Polis tak dapat tangkap Yusra lagi ke abang?" tanya Zayn.

Raid menggeleng.

"Belum."

Kemudian Raid memandang wajah Zayn dan Marlia.

"Terima kasih sudi tolong jagakan Darin dan Darina. Abang dah tak tahu macam mana nak beritahu diorang pasal mommy diorang ni. Especially Darin... abang tak nak dia menangis lagi setiap kali tanya pasal Anggun."

"Tak apa, abang. Tak susahkan pun jagakan diorang tu lagipun Mar dengan Zayn dah explain pada Darin tentang keadaan Kak Anggun. Dia faham tapi dia rindu jugalah. Nak masuk melawat, tak boleh."

"Abang rindu anak-anak tapi abang tak boleh tinggalkan Anggun. Risau kalau Yusra datang balik dan cuba nak bunuh Anggun lagi. Dia tu memang dah gila."

Raid kemudiannya merenung saja ke arah Anggun yang terlantar di atas katil hospital itu.

~~~

DI SEBUAH lorong yang bercahaya putih, dia bangun dari tidurnya. Dia memandang kiri dan kanan untuk melihat jikalau ada sesiapa yang turut bersama di situ namun tiada. Kehairanan mula terbit di hati apabila dia tidak mengetahui di manakah tempat dia berada ketika ini.

Namun setelah dari jauh dia terlihat seseorang wanita yang sedang berjalan ke arahnya, rasa hairan di dalam diri makin menebal. Wanita itu masih berjalan ke arahnya sehingga dia sendiri memandang jelas wajah wanita itu.

"Anggun Alessa," sapa wanita itu.

Anggun berdiri di hadapan wanita itu.

"Macam mana kau tahu nama aku? Aku dah mati ke?" soal Anggun yang keliru.

"Tak, kau tak mati lagi. Ini semua mimpi kau saja dan aku tahu nama kau sebab aku adalah kau."

"Hah? Kau adalah aku? Kau siapa?"

Wanita yang berselendang putih itu menunjukkan wajahnya pada Anggun dan Anggun terus terkejut.

"Suri Hawani!" kata Anggun.

Suri hanya tersenyum mengangguk.

"Suri... maafkan aku. Aku gagal pertahankan hak kita," kata Anggun lagi.

"Tak, Anggun. Kau dah buat segalanya yang kau mampu. Sekarang, kita dah tak merana lagi."

"Aku rindu diri dan wajah aku sebagai Suri."

"Tapi kau tahu hidup sebagai Suri tak bahagia kan? Kita terlalu banyak terluka... terlalu naif kerana cinta," balas Suri.

"Tapi hidup sebagai Anggun juga terluka. Aku terpaksa lepaskan Tiara demi mendapatkan hidup yang lebih baik. Aku tak boleh nak dakap dia walaupun dia ada depan mata aku."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now