Bab 6

374 23 1
                                    

Happy belated birthday, Abang Emir! Harap abang sudi dan suka dengan hadiah ni. - Yusra.

KAD ucapan bersertakan hadiah itu dibaca oleh Emir dan apabila dia membuka kotak hadiah tersebut, dia dapati ada sehelai kemeja berwarna dusty pink bersama sehelai tali leher bercorak jalur hitam di dalamnya.

Suri yang melihat Emir memegang kotak itu bertanya apakah yang ada di dalamnya.

"Apa tu abang? Siapa kasi?" soalnya.

"Oh, kemeja dengan tali leher. Abang jumpa dalam peti surat tadi. Katanya dari Yusra."

"Yusra?" sedikit terkejut apabila Suri mendengar namanya.

Emir mengangguk. Dia menunjukkan kad ucapan dan hadiah itu pada Suri.

"Lain macam Yusra ni... tiba-tiba bagi abang semua ni," kata Suri.

"Entahlah... tapi tak apalah kan? Yusra pun sepupu abang dan kawan sayang juga."

Suri diam. Hairan juga tiba-tiba kali ini Yusra boleh kasi hadiah yang boleh dikatakan mahal begini pada Emir sedangkan sebelum-sebelum ini... dia hanya sekadar berikan ucapan mulut dan belanja sepotong kek saja.

"Tak adalah... selama ni bila birthday abang dia selalu wish lepas tu bagi sepotong kek aje tapi kali ni bagi hadiah macam ni. Suri rasa pelik sikit."

"Hmm... tak ada apa yang pelik pun. Mungkin kali ni barulah dia berkemampuan untuk belikan abang semua ni. Alaa... hadiah ni kan rezeki dan rezeki tak baik ditolak. Sayang tak payah overthinkinglah. Abang tak pernah anggap Yusra lebih daripada seorang sepupu tau."

"Ok," jawab Suri.

Kemudian dia mendukung Tiara manakala hadiah tadi diletakkan di atas meja kopi. Sebenarnya Emir dan Suri mahu membawa Tiara keluar untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka bercadang untuk berkelah di taman rekreasi.

"Dah bawa semua barang kan?" tanya Emir.

Suri mengangguk. Emir terus mengunci pintu rumah lantas memandu kereta ke taman rekreasi pilihan mereka. Sampai saja di sana, mereka mula berkelah. Pelbagai topik yang pasangan suami isteri itu bualkan dan sempat juga mereka merakam kenangan-kenangan indah bersama Tiara.

"Sayang?"

"Hmm..."

"Bahagia tak dengan abang?"

Suri memandang Emir sambil memangku Tiara di atas ribanya.

"Bahagia. Bahagia sangat sebab sekarang Suri dah rasa hidup Suri cukup lengkap dan sempurna. Suri ada suami macam abang... Suri ada anak macam Tiara."

"Tak malu ke bersuamikan lelaki macam abang? Abang dah dua kali jadi penganggur dalam perkahwinan kita ni. Dulu masa kita awal-awal kahwin... abang kena buang kerja dan terus menganggur selama tiga bulan tapi sekarang jadi hal yang sama juga. Abang menganggur sekali lagi dalam masa enam bulan."

"Nak malu buat apa? Bukannya abang tak berusaha untuk kekalkan kerja kan? Rezeki ni semua Allah dah tentukan. Ada masa kita dapat rezeki panjang... ada masa kita dapat rezeki singkat. Apa-apa pun ianya tetap rezeki yang Allah kasi."

"Tapi tengok diri sayang... tengok diri abang. Selama enam bulan ni ramai aje orang cakap kita macam-macam. Orang cakap sayang terpaksa bekerja keras sebab nak kasi duit dekat abanglah... orang cakap abang nak jadi biawak hidup sebab gaji sayang besar. Tak habis-habis orang cakap pasal kita tau," ujar Emir.

"Kalau nak kisah pasal apa yang orang cakap... sampai mati pun takkan habis, abang. Dahlah... tak payah nak cakap macam ni lagi. Kita kan tengah happy satu keluarga sekarang ni. Let's enjoy the day."

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now