Bab 38

396 30 4
                                    

"Bye, sayang. Mommy balik lambat hari ni. So, daddy will send and fetch you from school today."

"Mommy ada hal dekat luar kejap. You dinner dengan daddy ok?"

"Sorry, sayang. Mommy busy hari ni. Nantilah mommy teman Darin main. Ajak ajelah daddy main sekali."

ITULAH ayat-ayat yang sering Anggun ungkapkan pada Darin setiap kali si anak kecil itu mendekatinya untuk meluangkan masa bersama. Sudah sebulan Anggun berubah rutin dengan Darin kerana sibuk dengan urusan di luar.

Sehingga Darin sendiri sudah tidak mahu meminta mommynya untuk meluangkan masa bersama kerana dia sudah tahu apa jawapan yang akan dia dapat daripada Anggun.

Raid pula sentiasa peka dengan emosi anak-anaknya. Jadi, apa yang berlaku pada Darin amat mudah untuk dia meneka. Dia tahu si anak bongsunya itu merindui perhatian dan tumpuan daripada Anggun.

Dia mendekati Darin yang sedang sibuk bersama permainan Lego seorang diri. Selalunya Darin akan gembira bermain Lego namun kali ini dia bermain permainan kesukaannya itu dengan wajah yang muram saja.

"Darin... kenapa monyok aje ni? Bosan ke duduk rumah?"

Darin memandang Raid.

"Daddy... mommy dah tak sayang Darin ke?"

Soalan itu membuatkan Raid tersentak namun dia lekas menanyakan kembali.

"Kenapa Darin cakap macam tu? Mommy sayang sangat Darin tau."

"Kalau sayang, kenapa mommy dah jarang ada dekat rumah dengan kita? Mommy dah tak nak spend time dengan Darin lagi. Bila Darin cakap dengan mommy aje... mesti mommy cakap mommy sibuk. Mommy dah tak sayang Darin lagi sebab Darin nakal ke daddy?"

"Eh, tak adalah. Darin tak nakal pun dan mommy masih sayang Darin. Mommy sibuk dengan kerja. Nanti bila mommy dah tak sibuk, mommy akan spend time dengan kita macam dulu-dulu."

"Tapi daddy pun kerja macam mommy tapi daddy boleh aje ada dekat rumah dengan Darin macam sekarang ni. Hmm... Darin tak naklah mommy tak sayang Darin lagi. Darin nak mommy... Darin rindu mommy," rungut Darin pada Raid.

Raid hanya mampu diam kerana dia tidak tahu mahu berikan jawapan apa yang boleh menyenangkan hati Darin.

Dia juga marah dengan sikap Anggun yang berubah sejak sudah semakin akrab dengan Emir dan Tiara. Perubahan yang tidak pernah dia jangkakan.

"Tak apa, nanti daddy cakap dengan mommy ok? Dah, sekarang ni... Darin kemas semua Lego ni dan kita keluar pergi makan piza. Nak tak?" ajak Raid.

Darin tersenyum mengangguk.

"Nak," jawabnya sambil mengemas semula mainan Lego itu.

~~~

SETELAH malam menjelma dan Darin pun sudah masuk tidur dengan lena di dalam biliknya, Raid masih setia menunggu kepulangan Anggun. Tepat jam 11.00 malam, barulah Anggun pulang ke rumah apabila Raid mendengar enjin kereta isterinya di garaj.

"Baru balik? Apa yang sibuk sangat dekat luar tu sampai tengah malam macam ni baru balik?" soal Raid pada Anggun.

Anggun terkejut dengan soalan Raid. Dia sangkakan Raid sudah berada di bilik tidur mereka.

"D, sorry. Tadi ada banyak kerja di ofis sampai petang lepas tu I keluar dengan Tiara, bawa dia pergi makan dan beli barang sekolah dia Sedar-sedar dah malam," jawab Anggun.

"Antara kerja, Tiara dan orang dalam rumah ni mana lagi penting untuk you?"

Anggun hairan. Dah kenapa Raid bertanya soalan begitu padanya?

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now