Bab 35

396 29 1
                                    

GAMBAR perkahwinan Suri Hawani dan Emir Hadi yang masih disimpan oleh Anggun Alessa ditunjukkan kepada Darina sambil diperhatikan oleh Iskandar Raid. Anggun menceritakan semuanya pada Darina agar anak gadis itu memahami apa yang sudah berlaku sekaligus membuang rasa wasangka terhadap dirinya sebagai seorang ibu dan isteri di dalam rumah agam ini.

"Mommy kahwin dengan Emir sebab mommy fikir dia adalah jodoh terbaik untuk mommy. Masa tu hidup mommy sebagai seorang Suri Hawani sangat bahagia. Mommy ada Emir sebagai suami dan Tiara sebagai anak tapi kebahagiaan tu tak kekal lama bila Yusra muncul."

"Yusra adalah sepupu Emir dan kawan kerja mommy di syarikat Mak Su Marlia dulu. Dia dah dari dulu sukakan Emir dan bencikan mommy sebab kahwin dengan Emir. Dia berlakon dengan mommy kononnya nak jadi kawan baik mommy tapi rupanya itu adalah cara untuk dia runtuhkan rumah tangga mommy dengan Emir."

"Dulu kan Pak Su Zayn bekerja dengan Mak Su Marlia dan dia adalah bos kedua mommy. Mommy dengan Mak Su sangat rapat sampaikan apa saja yang Mak Su suka, tak suka semuanya mommy tahu. Pak Su dengan Mak Su bercinta tapi tak ada seorang pun dalam pejabat tu tahu kecuali mommy. One day, Pak Su said he wanted to proposed Mak Su to be his wife. He asked me to choose which ring that Mak Su might loved at the jewellery store. Masa tu Pak Su memang tak pandai nak pilih barang perempuan apatah lagi barang kemas macam cincin dan Mak Su pulak on the way nak balik dari outstation."

"Tengah sibuk kitaorang pilihkan cincin untuk Mak Su tiba-tiba Yusra rekod kitaorang di kedai tu dan fast forward, after Pak Su berjaya melamar Mak Su... kitaorang bertiga kena pergi outstation bersama. On the way nak pergi outstation tu... kereta mommy rosak dan dalam masa yang sama Pak Su dan Mak Su tertinggal fail di pejabat. Dalam perjalanan, Pak Su call mommy, tanya sama ada mommy dah sampai belum tapi mommy cakap kereta mommy rosak."

"Pak Su dan Mak Su terus pergi tolong mommy dekat tepi jalan. Disebabkan kereta mommy rosak, Mak Su suruh Pak Su tumpangkan mommy sekali. Pak Su tolong angkatkan beg dan Mak Su ada dalam kereta tapi ada orang rekod video kitaorang seolah-olah mommy dan Pak Su naik kereta berdua saja dan seolah-olah mommy sengaja park kereta tepi jalan supaya mommy dapat naik kereta dengan Pak Su."

"Balik aje dari outstation, kereta mommy dah siap dibaiki. Mommy pun balik ke rumah dengan harapan mommy dapat jumpa Emir dengan Tiara. Tapi waktu pun dah malam dan bila masuk aje ke dalam rumah, Emir mengamuk dan terus tuduh mommy curang dengan dia. Emir tuduh mommy macam-macam... hina mommy itu ini sambil tunjuk semua video fitnah yang Yusra rakam antara mommy dengan Pak Su. Masa tu mommy betul-betul cuba buktikan... cuba buat Emir percaya yang mommy tak curang dengan dia. Mommy siap melutut merayu pada dia supaya percaya pada mommy tapi knowing Emir is a jealousy husband, I know he will not believe me. Akhirnya Emir halau mommy keluar dari rumah macam anjing kurap. Dia lafazkan cerai talak satu pada mommy dan haramkan mommy jumpa Tiara lagi. Hak mommy sebagai mommy Tiara dinafikan dan mommy hilang segala-galanya sewaktu hujan lebat."

"Mommy drive dalam keadaan yang sangat sedih. Baru aje balik dari kerja, dah kena cerai. Mommy pun accident masa drive. Mommy dibawa ke hospital dan hospital call Mak Su sebab latest phone call mommy adalah Mak Su. Lama mommy koma di hospital tapi Emir tak pernah sekalipun datang jenguk mommy."

Anggun memandang Raid.

"Then... your daddy came into my life," katanya.

Raid memandang Darina dan sambung apa yang Anggun telah cerita.

"Mak Su ceritakan semuanya pasal mommy pada daddy dan suruh daddy tolong mommy sebab Mak Su tak sanggup tengok mommy kemurungan dalam wad. Hari-hari mommy merintih nama Tiara, menangis teresak-esak dan emosi tak stabil. Masa tu muka mommy cedera teruk! Parut jahitan, luka sangat panjang dan memang kalau bukan sebab balutan doktor... semua orang akan lari bila tengok muka mommy."

"One day, mommy meracau-racau cari Tiara. Jadi, disebabkan takut mommy makin teruk... daddy suruh driver ambil Darina dan Darin bawa datang ke hospital. Masa tu Darin masih baby dan masih perlu menyusu badan. Daddy bagi Darin pada mommy supaya mommy berhenti meracau. Mommy ambil Darin dan peluk cium macam anak sendiri."

"Masa tu juga daddy berniat nak tolong mommy dan daddy ajak mommy kahwin. Mommy cakap dengan daddy yang dia nak mulakan hidup baru. Dah tak nak jadi Suri Hawani lagi. So, daddy bawa mommy pergi ke London dan dapatkan mommy plastic surgery. Daddy tukar semua maklumat diri mommy supaya tak ada seorang pun tahu yang mommy adalah Suri Hawani. Daddy arahkan orang untuk beritahu satu Malaysia yang Suri Hawani dah mati dalam accident. Bila sampai di London, daddy tukarkan nama mommy kepada Anggun Alessa. Dengan wajah yang baru dan maklumat diri yang berbeza... no one will knows who is she."

"Hidup mommy dengan daddy bahagia macam apa yang Darina dan Darin tengok selama ni. Tapi bila kitaorang terserempak dengan Emir dan Yusra, mommy mula teringat akan kisah hidup dia yang lama. Panic attack mommy datang balik dan mula buatkan mommy teringat balik semua tragedi yang jadi dulu. Mommy plan nak musnahkan hidup Emir dan Yusra sebagai tanda balas dendam. She told me everything about the plan and I know everything including what happened when I'm not around. Mommy tak pernah pun curang dengan daddy atau pun menjalang dengan Emir belakang daddy."

"Betul, mommy buat tu semua sebab nak balas dendam aje. Mommy sayang daddy. Mommy takkan curang dengan daddy," ujar Anggun pada Darina.

"Tapi kenapa mommy masih nak ingat diorang tu semua? Sekarang ni mommy dah ada daddy, Darina dan Darin sebagai keluarga. Kitaorang ni tak cukup ke untuk mommy?" tanya Darina.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Mommy bersyukur ada daddy, Darina dan Darin dalam hidup mommy sekarang ni tapi Tiara tetap anak kandung mommy. Bukan senang nak hidup menanggung rindu pada anak sendiri. Nasib baik Darina dan Darin ada dalam hidup mommy masa mommy sangat rindukan Tiara. Darin pulak sebaya dengan Tiara jadi untuk melepaskan rindu, mommy jadikan Darin sebagai anak susuan mommy. Mommy sayang apa yang mommy ada sekarang ni dan kehadiran kau orang sangat bermakna dalam hidup mommy."

"Mommy cuma nak Tiara kenal mommy walaupun bukan sebagai ibu kandung dia. Bila mommy rapat dengan Emir, mommy dapat hancurkan hidup dia, mommy dapat cemburukan Yusra dan mommy dapat dekat dengan Tiara. Hati seorang ibu ni... walau sejauh mana dan sesusah mana, dia tetap akan ingat anak dia."

Anggun memeluk Darina.

"Mommy sayang Darina sangat-sangat. You are my first daughter and I love you so much. Tiara, Darina dan Darin tetap anak mommy sampai bila-bila."

"I'm sorry, mommy. Dar tahu Dar tak sepatutnya kurang ajar dengan mommy macam semalam. Dar cuma takut mommy akan tinggalkan kitaorang. Dar tak nak hilang mommy."

Darina memeluk dan meminta maaf pada Anggun.

"Dar tak akan hilang mommy. Mommy akan sentiasa ada untuk Dar dan mommy akan sentiasa jadi mommy Dar."

"Ok, sekarang ni Dar dah tahu semuanya kan? Daddy harap Dar takkan curiga dengan mommy lagi. Daddy percayakan mommy sebab mommy isteri yang terbaik untuk daddy. Pasal balas dendam ni pulak... dah tak lama dah. Sikit aje lagi, semuanya akan berakhir."

Raid berkata dan Anggun mengangguk mengiyakan.

The Revival of Love (Completed)Where stories live. Discover now